Sunday, May 19, 2013

Nasehat ikhlas dari Wak Labu...............



Wak heran juge bile kedengaran desas desus mengatekan berlaku nye kekecohan dalam Pakatan Rakyat negeri Selangor. Sebenar nye perkare kecil kecilan ini lah yang telah menyebabkan negeri Kedah jatuh ketangan Barisan Nasional. Tidak kah pemimpin PR ni sedar dan insaf tentang ape yang telah berlaku terhadap negeri Kedah?

Sebenar nye sokongan kaum melayu terhadap PR masih lagi terlalu rapoh, bile2 mase sahaje ianye akan patah, pecah dan berkecai. Wak nak kasi sikit nasehat same ini pemimpin2 PR terutame nye PKR. Wak nasehatkan kepade pemimpin nye supaye berhenti kan "Black 505 rallies" dengan sertemerte.

Pade pandangan Wak yang cetek ni ianye tidak akan mendatang kan ape faedah kepade kedudukan parti Pakatan Rakyat. Ianye hanye membuang mase, tenage dan wang ringgit. Wak mau tanye sikit, berape lame agak nye perbuatan ini akan pasti mendatangkan hasil yang positif? Satu bulan? Satu tahun? Ataupun sehingge PRU14 menjelang?!

Di sini Wak menytekan sedikit pendapat tentang ape yang harus di lakukan segere oleh pemimpin2 Pakatan Rakyat. Jangan terlau memikirkan tentang pengundi2 hantu atau ketidak telusan SPR. Yang perlu di buat ialah mengkaji dengan secare mendalam tentang kekalahan2 calon2 PR pade PRU13 yang baru leps tadi.

Kehadiran penonton2 yang ramai ber duyun2 dalam ceramah2 tidak boleh di jadikan kayu ukuran kepade sokongan parti PR. Menyusun semule kedudukan ranting2 atau cabang2 PKR, kerane di sektor ini lah yang di dapati sangat bermasalah. Dalam pengtahuan Wak boleh di kate kan hampir semue ranting2 dan cabang2 PKR ni tidak berfungsi langsung selepas PRU12 terutame nye di kawasan2 calon nye yang tewas.

Sebagai contoh terbaik ialah di kawasan Wak, DUN Sungai Manik. Semue ranting2 dan cabang2 PKR dalam DUN ni mati dan terus tidak berfungsi langsung selepas PRU12 apebile calon nye tewas. Dalam perhatian Wak cume cawangan2 PAS sahaje yang terus aktif bergerak dan terus menganjurkan ceramah dan berbagai aktiviti parti sehingge menjelang ke PRU13.

Malang nye DUN Sungai Manik yang di tinggalkan oleh PKR telah 'dirampas' kembali oleh PKR. Perkare ini sangat mengecewakan ahli2 dan penyokong2 PAS. Sepatut nye Pakatan Rakyat telah memang di DUN ini kerane telah mendapat sokongan padu kaum cine di kawasan majoriti cine dari Langkap, Pelawan dan Chuciak. Semue peti undi di kawasan2 ini telah memberi sokongan padu kepade PR.

Tetapi oleh kerane ramai penyokong2 dari PAS yang kecewe mereke berpaling tadah dan telah menyokong BN. Penyakit yang same ini juge telah merebak keseluruh kawasan parlimen Pasir Salak dan DUN Kampung Gajah di mane PAS juge telah kalah teruk.

3 comments:

  1. Salam Wak Labu

    Betul. Yong setuju. Bab PKR ini kerja sapa? Kita tahu ia kerja yang kepala batu dalam PKR.

    Betul PAS tak perfect di Pasir Salak, Kg Gajah dan Sg Manik. Tapi parti itu lebih baik dari PKR kerana PKR langsung takde jentera yang aktif disitu.

    Calon, Mustafa Kamil Ayub pun tahu masalah PKR kawasan itu. Haji Osman pula orang PAS dan orang Cina langkap dan sekitarnya tak suka kerana perangai sebiji macam orang UMNO.

    ReplyDelete
  2. Salam., masalah PKR tu isu lain. Masalah ini memeang perlu dperbetulkan. Tapi maslah SPR pulak apa cara penyelesaiannya. Tujuan bantahan blackout 505 adalah untuk menyatakan bantahan terkuat terhadap penipuan SPR. Kalau kita lihat yang datang adalah golongan muda yang akan mengundi pada PRU 14. Tujuan DSAI ialah menguatkan kefahaman golongan ini disamping menunjukkan bantahan terhadapa BN secara besar-bsearan. Mengata perkara ni buang masa memanglah mudah. Tunjukkan cara alternatifnya. Takkan setakat nak rampas jawanatan MB selangor atau suruh presiden letak jawatan kot. Atau duduk diam-diam je kat rumah, jaga ayam, itik dan angasa. Tambah lembu, kambing adan kerbau wak.

    ReplyDelete
  3. Cadangan memberhentikan BLACK 505 RALLIES serta merta adalah cadangan yang emosional. Tak kan kita nak biarkan kesalahan yang besar kerana nak selesaikan masalah yang kecil? Tak logik kan?
    Masalah penipuan dalam PRU13 harus diambil tindakan walau dengan apa cara sekali pun. Sanggupkah kita diperintah oleh sebuah kerajaan yang HARAM? Dimanakah keberkatan hidup kita nanti?
    Wak janganlah jadi pencadang yang tak guna akal tapi menggunakan perasaan yang dikuasai oleh nafsu.
    Maaf saya pinta kalau komen saya ini merosakan labu wak yang saya fikir sudah dirosakan oleh kulat atau virus tapi bukan oleh serangga.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-