Foto: alsaudeh.com |
[HM] Riyadh: Polis agama di Arab Saudi menyerbu satu majlis yang
dihadiri lebih 80 lelaki muda yang datang dengan pakaian wanita dan
bermekap untuk meraikan perkahwinan seorang lelaki homoseksual.
Anggota Suruhanjaya Amal Makruf Nahi Mungkar yang turut dibantu polis
menyerbu kediaman di barat Makkah itu sebelum menahan lima orang.
Tetamu lain yang menyedari kehadian pihak polis bertempiaran lari ke
kawasan gunung berhampiran untuk mengelak daripada ditangkap.
“Mereka yang hadir itu berusia antara 18 hingga 20 tahun dan berpakaian wanita serta mengenakan mekap.
“Mereka menari mengikut irama muzik disko di parti yang meraikan
perkahwinan dua lelaki,” lapor akhbar ” lapor akhbar harian Alsaudeh. -
Arab News
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.