KUALA LUMPUR 3 SEPTEMBER: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perusahaan Alat-alat Pengangkutan dan Sekutu menjangka kenaikan harga barang berleluasa dalam masa kurang sebulan berikutan peningkat kos pengangkutan.
Setiausaha Eksekutif kesatuan itu, Syed Shahir Syed Mohamud berkata, kenaikan itu berlaku apabila kos petroleum melibatkan banyak peringkat dalam pengeluaran sesuatu barang.
“Rakyat kena bersedia, tak berapa lama sahaja lagi, mungkin kurang sebulan akan menyebabkan kenaikan harga barang lain sebab petroleum melibatkan banyak peringkat,” katanya.
Kenaikan harga petrol RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen yang berkuat kuasa hari ini sudah dijangka Pakatan Rakyat.
Hal ini tidak akan berlaku jika Pakatan yang menawarkan penurunan harga minyak dalam tempoh 24 jam sebaik sahaja membentuk kerajaan jika menang PRU 13.
Bagaimanapun, BN yang pernah berjanji tidak akan menaikkan harga minyak jika menang, mungkir janji kurang lima bulan selepas mencatat kemenangan tipis.
“Kita memang jangka minyak akan naik jika BN menang. Kita nasihati pengundi jangan tersalah pilih tetapi ada pengundi ‘memilih’ untuk (harga) minyak naik,” kata Senator Dewan Negara itu dipetik TV Selangor.
Dalam perkembangan berkaitan, persatuan pengendali bas mahu harga tambang disemak semula ekoran tindakan kerajaan menaikkan harga RON 95 dan diesel.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak hairan jike perkare sedemikian boleh berlaku dalam PRK DUN Sungai Limau ni. Sebenarnye dalam perkare hal begini kite sangat sukar ...
-
Beginilah jadi nye nasib orang melayu dan agama Islam di negare Islam Malaysia. SYABAS:NEGERI PAHANG AKAN JADI PUSAT AGAMA BUDDHA TERBESAR...
-
"Elok le tu. Dua sahabat - satu kena tendang dan yang satu lagi melompat. Dah tu tak habeh2 melalak kesana kemari. Sedo sikit le, jawat...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
freemalaysiatoday.com Faisal Asyraf 18 Feb 2025, 11:08 AM Pihak pendakwaan memaklumkan mahu memanggil seramai 30 saksi untuk memberi keteran...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...
semoga kenaikan harga petrol dan diesel oil di Malaysia tidak memicu kenaikan harga BBM (bahan bakar minyak) di Indonesia.
ReplyDeleteSalam damai dan sejahtera untuk saudara2 ku di negeri Jiran