Sinar Harian dedah penipuan subsidi minyak yang tidak wujud? BETUL KE MAIN2 NI?
Sumber sisipan Sinar Harian: Apa Kesan Harga Minyak Naik?
Pakar Matematik Gunaan dedah fakta sama ada impaknya untung atau rugikan negara
Penyelarasan subsidi ke atas bebearapa bahan keperluan seperti petrol
dan gula bukan sahaja memberikan kesan kenaikan harga keperluan asas
lain, malah, pelbagai pihak dari sektor perkhidmatan juga menaikkan cas
atas alasan tersebut.
Dalam keadaan yang semakin tertekan ini, kakitangan kerajaan yang
bergaji RM3,000 sebulan pun sudah boleh dikategorikan miskin, apatah
lagi yang tidak bekerja.
Ironinya, setiap kali kenaikan harga barang, golongan ini disaran
berjimat cermat. Bagaimanakah lagi caranya hendak berjimat? Adakah
sehingga makan sekali seminggu itu yang dikatakan berjimat? Semua
saranan ini tentu sekali tidak akan meredakan kemelut sara hidup yang
menyeksakan.
Bagi merungkai permasalahan kenaikan harga ini, ikuti wawancara khas
wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN (Sinar Harian: 5 Januari 2011) dengan
Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin. Beliau
menggunakan pendekatan Matematik untuk meneliti fakta apakah kenaikan
harga minyak mentah di pasaran dunia benar-benar merugikan negara
sehingga terpaksa mengurangkan subsidi rakyat.
HAMID YEOP:
Ya boleh! Malah boleh diturunkan kepada 30 sen sahaja seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan. Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu.
Di pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan tidak pernah turun asyik naik sahaja.
Sesiapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter (Venezuela).
2) Bagaimanakah boleh dijual begitu murah sekali?
HAMID YEOP:
3) Maknanya, kenaikan harga minyak mentah dunia tidak merugikan negara?
Untuk memudahkan orang awam faham, ambil contoh kelapa sawit. Kita
adalah negara pengeluar. Kalau dulu harga sawit RM1,000 satu tan,
sekarang dah naik RM3,000. Kita untung atau rugi? Sudah tentu untung 3
kali ganda.
Begitu juga minyak mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar
minyak dan menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum
(OPEC). Jika Malaysia jual kira-kira 700,000 tong minyak mentah sehari
pada kadar USD130 Setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80 untuk
USD1 satu ketika dahulu), ini bermakna perolehan setahun adalah USD33
billion iaitu melebihi RM126 billion. Dengan anggaran perolehan melebihi
satu trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi,
bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jika benar rakyat
didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam negara tetapi jual
ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang
sepatutnya dinikmati rakyat.
HAMID YEOP:
Ya benar. Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya
mendapat keuntungan berganda. Seperti kelapa sawit, ramai yang tahu
tetapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak. Kita rujuk data 2008
dengan anggaran jualan minyak mentah Malaysia sebanyak 700,000 tong
sehari. Oleh kerana minyak dijual dalam dollar Amerika, bagi memudahkan
perbandingan, anggapkan kadar tukaran RM kepada USD ialah RM3.50 untuk
USD1.
Harga minyak pada Januari 2007 adalah USD50 iaitu RM175 setong. Justeru
perolehan setahun bagi 2007 adalah melebihi RM44 billion. Jun 2008,
harga minyak telah naik kepada USD138 iaitu RM483 setong. Justeru
perolahan setahun sehingga Jun 2009 adalah kira-kira RM123 billion. Ini
memberikan tambahan lebihan untung sebanyak RM78 billion. Keuntungan
tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel.
Oleh itu, keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah
jauh lebih tinggi.
4) Dengan RM78 billion lebihan untung, lebih banyakkah subsidi?
HAMID YEOP:
Kalau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan, apatah lagi jika
ada subsidi. Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga minyak
yang kononnya disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Ramai yang ingin
tahu kemanakah perginya lebihan untuk RM78 billion ini? Lagilah tidak
logik kita terpaksa pula mengurangkan subsidi. Kita bukan Singapura dan
kita tidak boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli bukan
pengeluar. Harga di kilang tidak sama dengan harga di kedai.
5) Benarkah ada subsidi dan siapakah yang menerimanya?
HAMID YEOP:
Ketika minyak mentah berharga USD130 setong (RM455 pada kadar tukaran
RM3.50 kepada USD1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di
Malaysia adalah RM3.00 seliter dan diberikan subsidi RM0.30 sen
menjadikannya RM2.70 seliter.
Jika
benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat
minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain?
Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada
syarikat asing tersebut mustahil mereka mahu jual dengan harga sama
seperti dijual Petronas, iaitu RM2.70 seliter.
Sekiranya syarikat asing itu tidak mendapat sejumlah subsidi (sama ada
daripada kerajaan atau Petronas atau kedua-duanya), tentu mereka menjual
mengikut harga yang memberikan keuntungan masing-masing sebagaimana
yang dijual di negara lain. Sebab itu harga Shell di Singapura jauh
lebih mahal.
Tinjauan saya mendapati stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70
daripada pembekal syarikat asing. Daripada jumlah itu, mereka hanya
memperolehi komisen RM0.095. Ini bermakna, pengusaha stesen minyak bukan
penerima subsidi. Justeru kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar
terus kepada syarikat asing. Lebih 80 peratus daripada RM33 billion
subsidi dibayar kepada syarikat asing.
HAMID YEOP:
Berdasarkan RM33 billion yang dikatakan tadi, kita boleh mengetahui
penggunaan petrol negara ini dalam setahun adalah kira-kira 110 billion
liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari.
Mengikut laporan pada tahun 2007, terdapat 3,098 stesen minyak di
seluruh negara dengan 40% daripadanya, terutama yang di bandar besar dan
lebuhraya beroperasi 24 jam.
Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap stesen minyak
adalah sebanyak 97 ribu liter sehari, atau hampir 3 juta liter sebulan.
Suatu angka yang sukar diterima untuk sebuah stesen minyak kerana,
secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 liter.
Jika benar ada subsidi maka angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan
matematik tadi, tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena, maka
keputusan ini‘menidakkan dan menolak kewujudan subsidi petrol berjumlah
RM0.30 sen seliter atau RM33 billion setahun.’
Ada atau tidak subsidi minyak untuk rakyat? Andalah yang menentukan jawapannya.
7) Jika tiada subsidi, rakyat terpaksa membeli dengan harga yang mahal?
HAMID YEOP:
Sepatutnya tidak. Salah satu cara terbaik untuk menurunkan harga minyak
adalah dengan menyerapkan terus keuntungan Petronas ke dalam hasil
minyak (petrol dan diesel) yang dijual di dalam negara.
Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual Petrol
dengan harga lebih rendah. Secara langsung akan menaikkan lagi
keuntungan Petronas dengan peningkatan penjualan minyak.
Tindakan inilah yang sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas.
Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex,
Shell dan Mobil membeli minyak mentah dari Petronas. Itupun Petronas
tetap mengaut untung berbillion ringgit. Sedangkan dengan harga USD50
setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbillion ringgit, inikan pula
USD138 setong (RM483).
Bila untung 2 kali ganda sepatutnya turun separuh harga.
Benarkah stok minyak kita akan habis?
HAMID YEOP:
Tuhan jadikan Malaysia unik. Laluan gempa bumi pun tidak menempuh
Malaysia. Telaga minyak kita macam telaga air di kampung, dicedok banyak
mana pun tidak akan habis. Minyak kita, kalau ambil satu tong dia boleh
keluar lagi sehingga tiga tong. Saya banyak mmendapat maklumbalas
daripada ramai bekas pelajar saya yang menjadi jurutera di Petronas dan
di kawsan carigali.
Untuk satu jangka yang amat lama lagi dakwaan ini tidak benar. Kalau
habis pun, saya percaya ketika itu minyak bukan lagi merupakan sumber
utama tenaga.
9) Formula ini telah Prof cipta semenjak 2008 tetapi tidak diterima kerajaan. Apa komen Prof?
HAMID YEOP:
Sebagai rakyat biasa yang prihatin saya hanya membantu dan mencadangkan
setakat yang termampu. Asalnya pun daripada permintaan salah seorang
menteri kabinet. Pada pendapat saya, model ekonomi yang digunapakai
sekarang adalah betul pada mereka tetapi salah pada rakyat.
10) Akhirnya apakah harapan Prof?
HAMID YEOP:
Menurunkan harga barang menjadi harapan sebahagian besar rakyat. Saya
sedia berkongsi formula ini dengan mana-mana pihak terutamanya perti
politik yang berhasrat memerintah negara ini, supaya penjelasan dapat
diberikan kepada rakyat jelata. InsyaAllah jika pemerintah melaksanakan
formula ini, semua rakyat akan jadi kaya dan dalam tiga tahun Malaysia
akan jadi ‘World Reserved Bank’.
Sisipan: SINAR HARIAN (5 Januari 2011)
oleh wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.