Thursday, November 14, 2013

Kesalahan yang mengancam keselamatan negare hanye di penjare 6 bulan?

20 pengawal keselamatan dipenjara

Oleh Murni Wan Omar

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap 20 pengawal keselamatan warga Filipina atas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu dan juga memiliki kad pengenalan milik individu lain.

Tertuduh yang berusia 19 hingga 44 tahun itu dihadapkan di dua mahkamah berbeza.

Sepuluh tertuduh iaitu tujuh lelaki dan tiga wanita dihadapkan atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan palsu dihadapan Majistret Mohd Nazri Omran.

Manakala sepuluh lagi juga tujuh lelaki dan tiga perempuan didakwa atas pertuduhan memiliki kad pengenalan milik individu lain di hadapan Majistret K.B. Elena Hong Tze Lan.



Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di rumah flat di Jalan SS 3/39, Sungei Way di sini, pada jam 2.30 pagi semalam.

Sebenar nye Wak tak pertikaikan keputusan mahkamah yang hanye penjarekan pesalah memiliki kad pengenalan palsu dan milik orang lain tu. Tapi ramai rakan2 Wak yang terase hukuman tu tidak setimpal langsung dengan kesalahan yang mereke lakukan tu.

Ade juge rakan Wak yang kate perkare kesalahan ni melibatkan seselamatan negare. Ianye terbukti nyate ape bile seorang pegawai keselamat yang memiliki kad pengenalan palsu tu dengan mudah merompak bank tempat ia bertugas, paling malang telah berlaku satu pembunuhan yang amat kejam pule.

Selain dari tu ade juge yang berkate, dengan menjatuhkan hukuman penjare 6 bulan sahaje masaalah ni pasti akan tidak mampu di bendung. Sebalik nye ianye akan lebih menggalak kan lagi perbuatan kesalahan memiliki kad pengenalan palsu ni. Pendatang2 asing ni pasti akan tidak serik dan akan terus melaku kan nye.

Ape susah sangat ke di penjare 6 bulan tu? Makan tanggung dan hanye berehat selame 6 bulan. Ianye hanye akan menjadi bahan ketawe bagi pendatang2 asih secare haram yang boleh dikate kan be ratus2 ribu ramai nye. Hingge ke saat ini aliran masuk pendatang asing secare haram ni masih lagi berterusan.

Kini kite akan pasti tersue dengan muke2 pendatang asing ni, same ade mereke tu datang dengan secare sah atau haram sangat sukar di bezakan lagi. Hinggekan pehak yang berkuase pun sukar membezekan nye. Bukti kukuh terserlah apebile pendatang haram yang miliki kad pengenalan ni boleh dengan mudah mohon kerje jadi pegawai keselamatan dan miliki lesen senjate api pule.

Wak yakin bahawe bilangan pendatang2 yang miliki kad pengnalan palsu lebih ramai dari yang di jangkekan oleh kerajaan. Sesuatu tindakan yang drastik perlu di ambil oleh pehak sebel;um kudis menjadi tokak.

3 comments:

  1. Salam wak.

    Setuju sangat hukuman penjara tu tak padan langsung sebab ini dah kes integriti keselamatan negara, koman koman pun kena penjara 10 tahun, atau boleh hantar pulang negara asal TAPI kena denda RM100k ke apa. Biar kerajaan depa tanggung baru depa jaga orang depa daripada langgar undang-2 tempat orang.

    Teruk lagi hukuman orang kita sendiri terpaksa mencuri benda RM50-100 untuk menyuap ahli keluarga??

    Ni bukan double standard lagi ni, ni kira dah dubious standard...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walalai'kumussalam sdr Hanz,

      Inilah salah satu sebab2 nye mengape Wak dulu UMNO kini dah jadi PAS!

      Delete
  2. Sepatutnya sebat (bukan kaedah penjara Malaysia) beberapa kali dan terus usir. Kalau dipenjara kerajaan terpaksa menanggung semua perbelanjaan banduan jenis ini. Sekiranya seorang kos makan+minum sehari RM10, untuk 6 bulan RM1,800. Bagi 20 orang ini sahaja sudah berjumlah RM36k, belum termasuk rawatan, elektrik, air, dobi, penyediaan bilik, pengangkutan dll, mungkin berjumlah RM60k. Dgn RM60k itu, bolehlah kerajaan memberi RM500sebulan kepada setiap 20 rakyat yg benar2 memerlukan. Kera di hutan disusukan, jenis apa kerajaan ni?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-