Nik Amar perlu ukur baju di badan sendiri
Kedudukan penyandang jawatan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kini dilihat lebih selamat apabila dua tokoh yang sebelum ini hangat diperkatakan sebagai calon yang akan menggalas cabaran bertanding jawatan timbalan presiden membuat kejutan apabila mengumumkan tidak akan bertanding jawatan tersebut.
Ini bererti, Mohamad Sabu bakal berdepan satu lawan satu dengan Nik Amar dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden.Baca di sini
Walaupun Wak baru saje berjinak2 dengan PAS, tetapi Wak dah lame mengikuti perkembangan PAS dari semenjak tahun tujuh puluhan dulu. Ketike itu darah mude Wak memang hangat menyokong UMNO sehingge sampai pade tahun sembilan puluhan. Wak mule membenci pemimpin2 UMNO yang dah semakin melupekan perjuangan nye membele kaum melayu.
Kini Wak sudah mule menyokong PAS walaupun masih belum keluar dari ahli UMNO secare resmi. Hingge kini Wak juge masih belum menjadi ahli PAS secare resmi. Wak akui sudah due penggal Wak menyokong PAS -PRU12 dan PRU13 yang lalu. Sekarang Wak masih lagi ade hati untuk terus menyokong PAS.
Sekarang Wak nak mencelah sedikit tentang 'perebutan kuase' jawatan timbalan presiden PAS di antare Mohamad Sabu dan Nik Amar. Pade fikiran Wak yang kurang faham tentang politik PAS Wak minte maaf jike pendapatan Wak ni kurang sesuai kepade pemimpin2 dan ahli2 PAS sekelian.
Sebenar nye Wak tak kesah siape yang akan menang merebut jawatan timbalan presiden tu. Wak cume nak beri sedikit pandangan saje, pade hemat Wak M Sabu ni lebih di terime oleh berbagai lapisan masyarakat, tak kire hindu atau pun cine yang menyokong Pakatan Rakyat. Ini ade lah berdasarkan pade setiap kali ceramah PAS yang melibatkan M Sabu pasti ramai kaum hindu dan cine hadir mengikut ceramah nye.
Wak juge peratikan jike penceramah2 lain selain dari M Sabu sambutan dari kaum bukan melayu/islam sangat dingin. M Sabu sudah menjadi ikon PAS kepade penyokong Pakatan Rakyat dari gulungan bukan melayu, terdengar aje M Sabu datang ceramah, pasti ramai kaum bukan melayu akan hadir.
M Sabu adelah satu aset besar kepade PAS, jangan cube di perkecilkan kebolehan M Sabu berceramah dan mumukau para hadirin dalam ceramah2 nye. Sebenar nye Wak sendiri tidak pernah mis sebarang ceramah oleh M Sabu di daerah Teluk Intan ni.
Jangan tuan2 lupe, M Sabu banyak memberi sumbangan kemenangan PAS di kawasan2 majoriti 50-50 bukan melayu dan melayu pade PRU12 dan PRU13 yang lepas.........
Bosan tiada sales dalam program affiliate pay per sale (PPS) yang
ReplyDeletedisertai?
Dalam program ini, anda akan dibayar komisyen tanpa pelawat
membuat pembelian.
Komisyen anda akan bayar komisyen berdasarkan klik yang anda
berjaya kumpul dalam sesuatu kempen.
Kami namakannya program Pay Per Click (PPC).
Dan yang paling best PROGRAM INI PERCUMA!!
Daftar Sekarang ketika masa PERCUMA!!!
Layari : ==>http://iklansticky.com/hop.php?ref=ffila89
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/11/ketua-penguatkuasa-jaip-mati-ditembak.html#ixzz2kFhxrRzO
Salam Wak Labu
ReplyDeleteIsi borang, jadi perwakilan, nanti bolehlah mengundi dalam muktamar seterusnya
x kuat hujjah wak labu...setakat nak berceramah x semesti jadi timbalan presiden....dulu pun tak jadi timbalan presiden pun mat sabu memang berceramah....jadi ajk pas pusat pun dah ok dah kalau setakat nak berceramah....kite nak pemimpin bukan sajer pandai ceramah tapi ada wawasan...apa dia buat semasa jadi TP pas...ade ke sesuatu yang baru yg di bawanyer....biarlah TP ni benar benar boleh membantu presiden...ade idea bangunkan jemaah...ada perancangan bangunkan ahli pas ,ade anjakkan paradigma utk bawa pas ni lebih tinggi...bukan x hargai sumbangan die dalam pas selama ini....tapi level die x ..sesuai sbg timb.presiden....ape idea besar yg nampak dalam masa 2 tahun sbg timb presiden yg dia kemukakan dalam masyarakat pas... yg di lihat die bertanding utk turunkn nasarudin sje...lebih pada tu x nmpak....kite dh uji die sbg timb.presiden dan tgok kerjenyer...cuber senaraikan perkara besar yg di buaatnyer...yg nmpak macam jd orang suruhan parti lain utk gerakkan demo jer...kerje mcm tu x perlu jd timb presiden... buat malu jer sbg timb.presiden sekadar sbg pelaksana idea parti lain...spatutnyer die sbg pencetus idea utk perkara yang lebih berbentuk naasional dan antarabangsa...x nampak pun die sbg pencetus....x kn timbalan presiden pas hanya sebagai kuda parti orang lain...die x de wawasan dan gagasan....takat nk p putra jaya itu projek PKR bukan PAS...timb.presiden PAS skdar jd kuda jer...x ke malu pas cam tu....
ReplyDeleteSalam Anon November 11, 2013 at 9:10 AM,
ReplyDeleteNampak api keluar dari kepala hang tu? Hang ni memang kaki fitnah dan penghasut. Kalau Mat Sabu tak hebat, tak kan UTUSAN nak minta dia digantikan?????
Projek ke PUTRAJAYA tu projek PKR???? Inilah yang selalu dimainkan oleh puak munafikun seolah-olah dalam PR wujud kepincangan. PAS jadi kuda tunggangan DAP dan PKR???
Bercakap pasal wawasan, kerajaan yang ada sekarang pun tak ada wawasan. Asyik dok buat perbelanjaan defisit saja, bukannya berwawasan menjana pendapatan negara. Negara sedang menuju kemuflisan dan hangpa masih dok berperanan jadi tukang hasut dan batu api serta bersifat munafik.
Apa salahnya Mat Sabu digantikan?
ReplyDeleteBeliau saya rasa lebih sesuai menjadi tentera dari jeneral perang di dalam peperangan demokrasi Malaysia.
Jeneral perlu ideadan fikiran yang tajam. Abang Mat tiada benda itu. Kerana itu beliau kalah di Pendang kerana tidak dapat menangani isu syiah yang melanda Kedah ketika PRU13.
Berpoltik bukan hanya berceramah. Ianya perlu kepada kepandaian pemikiran.
Saya tak nampak salah Mat Sabu digantikan. Cuma kalau dibandingkan Mat Sabu dengan Nik Amar, dari segi politik berpihak pada Mat Sabu. Kelebihan Nik Amar adalah kerana dia dari golongan "ulama" mengikut kacamata ahli2 PAS.
DeleteMat Sabu perlu diganti tetapi dengan pemimpin yg lebih baik utk menggalas tanggungjawab sebagai org no. 2 dlm PAS. Antara nama yg sepatutnya diketengahkan spt Husam, Tuan Ibrahim (sayangnya kedua2nya tarik diri).
PAS perlu org yg cukup berkarisma dlm kepimpinannya. Allahyarham Ustaz Azizan antara pemimpin yg baik.
Jangan nampak seperti PAS ketandusan pemimpin yang hebat.
PAS perlu latih lebih ramai pemimpin yg setanding dengan TG Nik Aziz.
Mohon mat syabu terus pegang jawatan. Bila hadi awg kojol harap2 dia pulak ganti. Jadi presiden PAS. Kami perlukan orang macam mat Sabu. jgk tak lupa mahfush omar.hihi. PKR akan bertambah kuat jika mrk menerajui PAS.
ReplyDeletekita berpolitik untuk mentadbir dunia,kena bijak dan berani,nik amar tak mcm bapak dia allahyarham nik abdullah arshad,arwah bapak dia hebat dan cerdik politik,bapak dia setanding dgn tuan guru nik aziz,klu setakat nik amar ulamak hingusan tu,dok kelatan dok kelantan,jaga kelantan baik2 jgn sampai kelantan di rampas oleh umno,tak payah nak berangan2 nak jadi pimpinan pas pusat,aku ingat klu nik amar ni kena tahan' isa' mcm mat sabu dan mcm bapak dia aku ingat nik am ar ni dah pasti nik amar akan istihar keluar pas dan masok umno,lagi pun nik am ar ni memang berkepala mcm org2 umno,golngan2 ke rajajaan perpaduan ni aku rasa jgn mimpi le nak gabung ngan umno,ahli2 pas tulen takkan mengikut kamu,lebih baik cepat2 keluar pas masok umno sebelum kamu di terajang keluar berambus le cepat2 ye
ReplyDeleteminta maaf semua.. saya sampai sekarang tak paham kenapa tuan guru pilih 2 org ni teraju kelate.. mohon komen sikit
DeleteSaf pemimpin adalah ditentukan oleh pemilihan ahli, sebaiknya bukan dikompromi mahupun disepakati antara bakal calon. Jika ada pertandingan, sebaik2nya dilangsungkan dgn penuh tertib sebelum, semasa dan setelah selesai pemilihan dibuat. Calon dan para penyokong perlu meletakkan keutamaan perjuangan parti. Sama ada pihak yg menang dan yg kalah perlu saling memperkukuhkan saf tanpa dibayangi dgn apa jua emosi diri, positif mahupun negatif. Memiliki dan mengamalkan sifat sporting dan gentleman akan membezakan jati diri PAS dgn UMNO. Pada yg menang jalankan t/jawab sebaik2nya dan bagi yg kalah pula, jangan ada sebarang unsur kekecewaan dan teruskan semangat memperkukuh parti. Ahli yg membuat pemilihan perlu membuat keputusan yg bijak dlm menentukan pemimpin berwibawa.
ReplyDeleteYang bagi komen sini pun bukannya kita tahu, betul ke pejuang Islam atau apa. Penakut. Menyamar diri. Dan tak mahu org mengenali siapa dia yang komen.
ReplyDeleteSalam... nampaknya kempen sudah bermula... kalau nak sokong mana-mana calonpun janganlah sampai menghina yang lain...setahu ambo di dalam Islam berprinsipkan syura... jadi tak perlulah sampai mengundi.. kan di dalam PAS ada majlis syura... Syura yang menentukan kepemimpinan bukan perwakilan.... macam puak-puak UMNO jer.... undi orang berilmu sama nilai dengan undi orang jahil....tambah-tambah lagi jahil tentang ilmu Islam dan ilmu jahiliah... kedua-dua ilmu ini penting untuk menghadapi suasana dunia sekarang.... bukan ilmu agama sahaja yang penting tetapi bila nak berbincang soal ekonomi, soal TPPA, soal GST.. kita buta!... Apakah ulamak kita sudah punya kemahiran untuk semua itu?? Jadi sepatutnya kempen kepemimpinan ulamak dan profesional ini mestilah bergabung serentak... mengulamakkan profesional dan memprofesionalkan ulamak.... baru okay!.... bukan ulamak semata-mata sepertimana yang berlaku sekarang.... jap lagi serahkanlah kepada dewan ulamak untuk menangani isu-isu yang timbul di dalam negara ... berapa orang di kalangan mereka yang faham apa itu TPPA, GST, selok belok ekonomi dunia, strategi politik dan lain-lain.... bukan macam ulamak dulu-dulu... mereka mahir dalam berbagai ilmu.... Ini balik mengaji di Universiti al Azhar, Jordon, Yaman selama 3 tahun dah bergelar ulamak ... kempen mati-matian supaya diserahkan kepemimpinan kepada mereka ini.... awak ingat ni nak tadbir apa???? nak tadbir rumah tangga sendiripun punya asas ilmu kekeluargaan apa tah lagi nak tadbir negara yang bergelumang dengan isu globalisasi dan sebagainya.... sebab itu gabungan antara ulamak dan profesional ini AMAT-AMATLAH PENTING...
ReplyDeleteWalaupun saranan ini ada betulnya tetapi PAS tertegak di atas perlembagaan parti. Mana-mana klausa perlembagaan parti yg tidak bercanggah dgn pegangan iaitu AlQuran dan Hadith, perlu juga dipatuhi. Bagi sebahagian perwakilan, perlembagaan parti tidak menegah dibuat pemilihan, kenapa perlu dinafikan pula. Sekiranya PAS juga berjuang dilandasan demokrasi, maka dalaman PAS perlu disuburkan dgn demokrasi yg sihat. Ikutlah tertib sekiranya ada pertandingan. Mengatasi segalanya, jangan pula ada sebarang unsur walau sekecil mana sekalipun yg menjurus kepada perpecahan dikalangan ahli. Kapten bolasepak tidak semestinya penjaring gol, tetapi kedua-duanya bertindak demi pasukan, saling bekerjasama dgn rakan sepasukan menuju matlamat yg sama.
Delete