Saturday, May 17, 2014

Sedikit nostalgia berkenaan PRK P76 Parlimen Teluk Intan - updated

Conform calon melayu untuk penyokong2 Pakatan Rakyat di P76 Teluk Intan pade PRK ini......

Seperti yang pernah di katekan bahawe Wak ni bukan nye minat sangat tentang berpolitik ni, kerane Wak lebih suke dibidang pertanian. Oleh kerane PRK berlaku di kawasan Wak mengundi make terpakse lah Wak bercerite sikit2 tentang perkembangan nye.

P76 Parlimen Teluk Intan ni sangat unik, ianye terbahagi kepade dua kawasan DUN iaitu Pasir Berdamar dan Cangkat Jong. DUN Cangkat Jong pernah di menangi oleh calon PAS pade PRU 12 tetapi tewas pule pade PRU13 yang lalu.

Manakala DUN Pasir Berdamar ni pule telah menjadi kawasan kekal untuk DAP semenjak dari dulu2 lagi. Ianye memang telah menjadi kawasan tradisi bagi DAP. Satu ketike dahulu DAP pernah meletak kan calon nye dari bangse melayu iaitu En Fazlan Yahya. DAP menang bergaye.

Berpandukan carta pie pembahagian bilangan kaum yang di atas, kaum cine melebihi 40%, makna nye DAP cume memerlukan lebih kurang 15% sahaje sokongan undi dari kaum melayu dan india - perkare ni tidak mustahil.

Sebenar nye sokongan melayu dari PAS sudah cukup untuk menggagalkan niat Barisan nasional untuk menawan kerusi P76 Teluk Intan. Tidak boleh di nafikan kekuatan PAS Teluk Intan terutame nye di kawasan DUN Cangkat Jong.

Wak kire DAP akan terus mengekalkan kerusi nye tetapi kemungkinan dengan majoriti yang berkurangan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-