Monday, June 16, 2014

Pelampau agama? Semakin biadap!


Kurang Ajar - Tujuh Lelaki Mabuk Pecahkan Tingkap Surau Dengan Botol Arak

PENDUDUK menunjukkan cermin tingkap yang pecah.

Nilai: “Jika marah kerana ditegur sekalipun, marahlah kepada kami dan bukan kepada surau. Perbuatan mereka (suspek) begitu biadab kerana membaling botol arak ke rumah Allah ini,” kata Imam Surau Raudatul Solihin Sulaiman Mohamad, 51, dari Apartmen Sri Palma, Mantin, di sini, semalam.

Beliau melahirkan rasa kecewa dengan perbuatan biadab tujuh lelaki berusia 20 hingga 23 tahun yang membaling batu dan botol arak ke surau berkenaan selepas dipercayai berang ditegur kerana minum arak berhampiran surau itu, kelmarin.

Sulaiman berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu dia dan rakannya, bekas pengerusi surau, Zaimi Buofan, 50, dan ditemani anak, Nor Mohamad, 4, menyiapkan pembinaan tambahan ruang solat wanita di surau terbabit.

Katanya, keadaan kurang menyenangkan apabila tujuh lelaki tidak dikenali berteduh di sebuah pondok awam terletak 50 meter berhampiran surau berkenaan.

“Selepas masuk ke pondok itu, saya lihat semua mereka minum arak dan menyuruh rakan (Zaimi) menegur perbuatan itu, namun tidak disangka mereka bertindak agresif dengan menyerang surau ini,” katanya ketika ditemui, semalam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-