Showing posts with label Agama Islam. Show all posts
Showing posts with label Agama Islam. Show all posts

Friday, February 14, 2025

Pemuda DAP jawab Akmal - Wakil rakyat ‘suruh orang pergi mati pun jenis bangang’

malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 14, 2025 3:37 PM
Pemuda DAP sekali lagi bertelagah dengan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh, seterusnya menyerlahkan perikatan mereka yang agak rapuh dalam kerajaan Madani.

Pertikaian terbaru itu berpunca daripada kritikan Adun Merlimau yang dianggap “kurang beradab” terhadap cadangan ahli Parlimen Raub Chow Yu Hui berhubung pelantikan seorang menteri persekutuan bagi hal ehwal bukan Islam.
Chow Yu Hui, Ahli Parlimen Raub
“Bila yang jadi wakil rakyat ni tidak tahu tahu fungsi kerajaan dan perlembagaan dan sensitiviti yang perlu dihormati maka lahirlah wakil rakyat yang terlalu bangang begini rupanya.

“Kalau idea begini pun disokong dan tuduh orang yang menentang ini penyokong pembangkang, maka jawapan saya kepada kamu adalah,lebih baik pergi mati saja!” tulis Akmal dalam satu catatan di media sosial.
Walaupun cuba bertenang dan memanggil Akmal sebagai "bro", namun setiausaha publisiti Pemuda DAP yang juga Adun Tanah Rata, Ho Chi Yang tidak dapat memendam rasa tidak puas hatinya.
Ho Chi Yang, Adun Tanah Rata
“Bro, bawa bertenang dulu.
“Betul, Islam adalah agama persekutuan, tak pernah ada parti politik yang mempertikaikannya.
“Mungkin wakil rakyat yang suruh orang pergi mati saja pun adalah jenis bangang di mata orang lain.
“Jangan pandai mengadu buku lidah, sebab semacam orang tidak beradab,” balasnya.
Sebelum ini, Malaysiakini melaporkan bahawa dua pemimpin Pemuda DAP, yang juga adalah peguambela, menangkis dakwaan bahawa cadangan penubuhan portfolio menteri bagi hal ehwal bukan Islam akan menjejaskan atau menggugat kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

Lim Chun Weng dan Jason Ng, mengingatkan semua pihak agar tidak terjebak dengan apa yang mereka sifatkan sebagai "perangkap politik" Akmal dan Perikatan Nasional berhubung cadangan itu.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya percubaan parti pembangkang dan pemimpin Umno tertentu, seperti Akmal, untuk merangka cadangan ini sebagai cabaran kepada kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, ia semata-mata untuk publisiti politik murahan,” kata mereka.
Jason Ng, Adun Astaka
Lim, setiausaha Pemuda DAP, dan Ng, ketua biro dasar awam sayap itu serta juga Adun Astaka, berkata bahawa mereka telah menilai cadangan yang dikemukakan oleh Chow di Parlimen, yang mencetuskan kemelut itu.

Menurut mereka, sekadar cadangan pelantikan menteri untuk menyelia hal ehwal bukan Islam tidak mencabar status agama Islam, kerana ia dilindungi di bawah Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Memetik demografi Malaysia, kedua-dua mereka menggesa agar cadangan itu dibincangkan secara diteliti dan dipertimbangkan secara rasional.

Friday, February 7, 2025

Pemimpin DAP tidak belajar daripada kesilapan yang lalu

suaramerdeka.com.my
 7 February 2025

SELEPAS lebih dua tahun kembali menjadi kerajaan, para pemimpin DAP kini sama ada sengaja atau tidak sengaja terus melakukan kesilapan yang sama semasa mereka di dalam kerajaan Pakatan Harapan tempoh hari.

Kesilapan yang sangat fatal adalah mencampuri urusan agama Islam. Mereka bukan sahaja cuba menunggang agama Islam tetapi juga mencampuri urusan agama yang di bawah kuasa raja-raja Melayu.

Sikap mereka demikianlah menyebabkan penganut Islam majoriti menolak para pemimpin DAP.

Jika Ngar Kor Ming dianggap menghina Islam apabila cuba menggunakan ungkapan yang berkaitan Islam dan memetik hadis serta ayat al-Quran, kini Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer pula mempertikai pendakwah Zakir Naik menghadiri program di Perlis.

Perkara itu menyebabkan Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin menyatakan kesediaannya untuk “bertempur” dengan seorang anggota parlimen DAP.

Kenyataan keras itu dikeluarkan susulan programnya di Perlis dipersoal, dipercayai merujuk kepada konvensyen agama yang melibatkan penyertaan penceramah kontroversi Zakir Naik.

“Namun, jika MP DAP itu ingin sangat menjual, saya insya-Allah akan membeli seperti yang pernah saya beli ketika ‘gemulah politik DAP’ yang lepas menjualnya,” katanya.

Sebelum ini, di bangunan parlimen, RSN Rayer mempertikaikan kemunculan semula Zakir, yang diburu pihak berkuasa di India, yang sebelum ini dilarang berceramah di Malaysia.

Polis pada Ogos 2019 mengeluarkan arahan kepada semua kontinjen negeri melarang Zakir daripada menyampaikan ceramah awam di seluruh negara.

Larangan itu dikuatkuasakan selepas Zakir dilaporkan membuat kenyataan kontroversi mengenai orang Hindu dan Cina di Malaysia dalam ceramahnya di Kota Bharu, Kelantan pada 3 Ogos 2019.

Terdahulu, tujuh negeri melarang ceramah Zakir, iaitu Melaka, Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak.

Dalam status di Facebook hari ini, tanpa menyebut nama secara khusus, Asri berkata dia merasakan anggota parlimen itu berhasrat untuk kembali “bertempur” dengannya.

Dia menyamakan episod baru ini seperti pertikaiannya dengan bekas pemimpin lantang DAP P Ramasamy yang digelarnya sebagai “gemulah (arwah) politik”

Ramasamy sebelum ini bertelagah dengan Asri yang mengaitkannya dengan kumpulan bersenjata Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka.

Asri juga mendedahkan dia berdiam diri sebelum ini, termasuk beberapa kes yang membabitkan DAP, kerana menghormati Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kestabilan negara.

Selain itu, katanya, dia juga berbuat demikian kerana terdapat juga kepimpinan DAP yang menghormati sensitiviti rakyat negara ini.

Perlis dua minggu lalu menjadi tuan rumah untuk program Konvensyen Sunah Antarabangsa Perlis yang turut melibatkan pelbagai penceramah dan sarjana luar negara.

Program bertemakan al-Quran sebagai panduan ilahi tajaan Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) itu turut melibatkan Zakir yang menyampaikan ceramah berkaitan al-Quran dan sains moden.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di Tiktok, Asri berkata, sebagaimana kita tidak mempersoal apa dan mengapa beliau menyapu di dahinya, begitulah ahli parlimen berkenaan tidak harus mempersoalkan tentang program anjuran MAIPs.

Menurut Asri, setiap penceramah yang dijemput dipastikan mempunyai tauliah untuk berceramah di Perlis, bahkan penganjur memastikan mereka tidak mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan keresahan umum.

Katanya, jika penceramah berkenaan mengeluarkan kata-kata yang menimbulkan keresahan umum barulah pemimpin DAP itu boleh masuk campur.

Saturday, February 1, 2025

Pihak berkuasa perlu adil tangani isu sensitiviti agama

harakahdaily.com
February 1, 2025

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan perasaan kecewa terhadap ketidakseimbangan tindakan pihak berkuasa dalam menangani isu sensitiviti agama di negara ini.

Isu ini timbul berikutan tindakan tidak setimpal terhadap pelawak Harith Iskander yang menyindir isu halal dan komen biadab Cecelia Yap yang menghina nama suci Nabi Muhammad SAW.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohd Hafez Sabri berkata, pihak berkuasa pantas menjatuhkan hukuman terhadap individu yang mengeluarkan ugutan kepada Harith Iskander, namun tindakan terhadap pelawak itu sendiri serta komen menghina Islam oleh Cecelia Yap masih belum mendapat respon yang setimpal.

“Ini jelas menunjukkan ketidakseimbangan dalam penguatkuasaan undang-undang yang sepatutnya melindungi keharmonian antara agama di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi berkata, isu halal bukan perkara remeh, sebaliknya merupakan satu tuntutan agama Islam yang wajib dihormati oleh semua pihak.

Pada masa sama, katanya penghinaan terhadap nama ‘Muhammad’ – yang merupakan junjungan besar Nabi Muhammad SAW – adalah sesuatu yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.

Sehubungan itu, katanya Pemuda PAS menggesa pihak berkuasa agar berlaku adil dan konsisten dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang mencetuskan ketegangan agama.

“Tiada sesiapa yang boleh terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya mereka menghina atau mempermainkan sensitiviti agama mana-mana pihak,” katanya.

Selain itu, Pemuda PAS menasihati masyarakat agar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan serta sentiasa menghormati prinsip Rukun Negara yang menekankan aspek kesopanan dan kesusilaan.

Katanya, sikap berdiam diri terhadap penghinaan terhadap Islam, hanya akan membuka ruang kepada lebih banyak provokasi di masa hadapan.

Justeru itu, katanya Pemuda PAS menggesa pihak berkuasa untuk segera mengambil tindakan tegas terhadap Cecelia Yap serta mana-mana individu yang menghina Islam. Tindakan tegas ini penting bagi memastikan keadilan dan keharmonian negara terus terpelihara. 

HARAKAHDAILY 1/2/2025

Tuesday, September 3, 2024

Tarik balik, bantahan MCCBCHST cabaran terhadap Islam, kata PAS

malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 3, 2024 1:54 PM
PAS hari ini menyelar kumpulan antara agama bukan Islam yang membantah cadangan menempatkan pegawai agama Islam di semua jabatan kerajaan.

Menurut Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, bantahan Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) itu jelas menunjukkan sikap Islamofobia dan cabaran mereka terhadap Islam.
“PAS mendapati pendirian MCCBCHST mempunyai kesan yang serius, malah merupakan cabaran terhadap hak orang Islam untuk mengamalkan agama mereka dengan bebas, hubungan baik dan keharmonian dalam masyarakat, serta menimbulkan persoalan berkenaan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, menurut Takiyuddin, MCCBCHST berselindung di sebalik tafsiran undang-undang yang tersasar, dan mahu menjadi hakim serta pendakwa untuk menentukan amalan orang Islam yang tidak berkaitan dengan kedudukannya.

Katanya, MCCBCHST juga seolah-olah mempersoal kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

“PAS terkilan dan kecewa atas sikap pendirian mereka yang sengaja menimbulkan suasana tidak harmoni dan permusuhan dalam kalangan rakyat Malaysia.
“Rujukan dan tafsiran sumbang undang undang dikemukakan mereka hanya topeng untuk menyembunyikan wajah dan niat sebenar yang lebih gelap dan berbahaya.

“Naratif sumbang dan berbahaya MCCBCHST bukan sahaja dibuat tanpa bukti, malah timbul sebaik sahaja kita menyambut Hari Kebangsaan ke-67,” katanya.

Tambah Takiyuddin, MCCBCHST jelas menunjukkan sikap Islamofobianya berserta naratif sumbang untuk menggambarkan bahawa sebarang langkah dan usaha untuk menambah baik kedudukan dan pengamalan Islam di negara ini merupakan ancaman terhadap hak dan kebebasan orang bukan Islam.

Semalam, kumpulan antara agama bukan Islam itu dalam kenyataan media bersama mereka berkata, tindakan itu berpotensi menjejaskan jaminan perlembagaan termasuk hak asasi yang dilindungi oleh Perkara 5 hingga 13, yang juga membentuk struktur asas perlembagaan.

Menurut MCCBCHST, penglibatan Jakim dalam penggubalan dasar kerajaan untuk memastikan ia sejajar dengan prinsip Islam adalah dalam ruang awam sedangkan ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk berbuat demikian.
Selanjutnya, mereka berkata, pencerobohan dalam ruang awam itu mungkin tidak berperlembagaan kerana ia boleh menjejaskan hak asasi yang dijamin kepada semua rakyat negara ini.

Kenyataan MCCBCHST itu ditandatangani bersama oleh presidennya Tan Hoe Chieow, dan naib-naib presidennya, Julian Leow, Chuan Yuan, Ganesh Babu Rao serta Sardar Jagir Singh.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, dalam konteks kebebasan orang Islam untuk mengamalkan agama mereka, sama seperti bantahan terhadap cadangan pindaan Akta 355, MCCBCHST sekali lagi menunjukkan sikap melampau dan angkuhnya untuk campur tangan dalam urusan orang Islam.

Dia juga berkata, MCCBCHST seolah-olah mempersoalkan kedudukan Islam dalam Perlembagaan serta dukungan undang-undang terhadap ruang lingkup, bidang kuasa serta peranannya dalam pentadbiran negara dan kehidupan awam rakyat.
Sehubungan itu, katanya, PAS menggesa MCCBCHST agar menarik balik kenyataan mereka yang dianggap sebagai tidak berhemah.

“PAS juga percaya MCCBCHST harus kembali kepada peranan asalnya sebagai badan perundingan antara agama dengan tujuan yang murni ke arah persefahaman dan keharmonian hubungan antara kelompok-kelompok agama di Malaysia.

“... dan bukannya menjadi barisan depan atau jurucakap kepada mana-mana kumpulan, aliran atau ideologi politik yang boleh memecahkan kerukunan hidup bersama,” katanya lagi.

Thursday, August 29, 2024

‘Sikap tolak ansur kita telah diambil kesempatan’

harakahdaily.net
August 29, 2024
Dr Azman Ibrahim

KUALA TERENGGANU: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Azman Ibrahim meluahkan kebimbangan yang mendalam terhadap isu sensitif berkaitan agama Islam yang dijadikan bahan persendaan oleh pihak tertentu.

Kata beliau, isu agama Islam sering dijadikan bahan mainan oleh bukan Islam, terutamanya apabila ‘garis merah’ yang sepatutnya dihormati sengaja dilanggar.

“Kenapa orang berani permainkan kita? Apakah kerana mereka telah kuat? Saya melihat mereka tidak kuat tapi kita yang lemah.

“Bila survival untuk kekal di puncak kuasa terpaksa bergantung kepada angka dari sebelah mereka, maka berlakulah apa yang sedang melanda,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Menurutnya, toleransi yang selama ini diamalkan demi menjaga keharmonian telah diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kita terlalu bertolak ansur demi keharmonian. Tapi apakah tolak ansur kita diraikan. Saya melihat sikap tolak ansur kita telah diambil kesempatan.

“Kes-kes penghinaan terhadap Islam hanya berakhir dengan permohonan maaf, dibebaskan tidak bersalah atau hukuman ala kadar.

“Ada ketikanya seorang pencuri Milo di pasar raya menerima hukuman yang lebih berat,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Negeri Terengganu.

Situasi itu, menurutnya mencetuskan kesedihan yang mendalam dalam kalangan umat Islam.

“Tanpa melakukan sesuatu, apa kita nak jawab di hadapan Allah kelak?” soalnya. 

Monday, March 18, 2024

Kenapa Islam sering dipermainkan?

harakahdaily.com
March 18, 2024
Muhammad Hanif Jamaluddin

KUALA LUMPUR: Agama Islam sering dipermainkan kerana kelemahan umat Islam itu sendiri.

Itu penegasan dan peringatan yang diutarakan Naib Ketua Pemuda Dewan PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin.

Beliau berkata, salah salah faktor kelemahan umat Islam pada hari ini ialah umat Islam meminggirkan ajaran Islam dari kehidupan mereka.

“Islam hanya pada sebutan nama sahaja, namun tidak dihayati dan diamalkan sepenuhnya. Bahkan ada yang merasakan syariat Islam ini menyusahkan dan menyekat kebebasan mereka.

“Sebagaimana Hadis Riwayat al-Baihaqi berkata: “Akan hampir di mana berlaku di akhir zaman kepada manusia tidak tinggal daripada Islam kecuali namanya sahaja. Tidak kekal daripada al-Quran kecuali tulisannya sahaja…”,” kongsinya dalam satu kenyataan.

Tidak bersatu atas nama Islam

Menurut beliau, faktor kedua pula faktor kelemahan umat Islam pada hari ini ialah umat Islam itu sendiri tidak bersatu atas nama Islam.

“Tatkala golongan bukan Islam bersatu di atas perkara-perkara yang mereka perjuangkan, umat Islam pula berpecah belah dan berbalah.

“Ada yang sering berbalah dalam perkara-perkara khilafiah sehingga mengabaikan tanggungjawab yang lebih besar.

“Mereka yang menyeru atas nama Islam pula diberikan label yang bermacam-macam termasuk ‘‘tunggang agama’, ‘kumpulan suci’, ‘khawarij’ dan lain-lain,” luah beliau.

Kegagalan Kempen ‘Buy Muslim First’

Tambah Muhammad Hanif, faktor seterusnya yang melemahkan umat Islam pada hari sehingga sering dipermainkan di negara sendiri ialah tidak membantu atau menyokong sesama Islam.

“Islam menganjurkan agar saling tolong menolong sesama kita untuk menjadi kuat, namun apa yang sering berlaku adalah sebaliknya.

“Perasaan hasad terhadap orang lain. Pantang tengok perniagaan kawan maju dan berjaya, pasti ada ‘benda’ yang dilakukan untuk memastikan kawan itu jatuh.

“Umat Islam sendiri tidak menyokong ekonomi umat Islam,” kongsi beliau.

Beliau menegaskan, ia boleh dilihat merujuk kepada Kempen ‘Buy Muslim First’ yang tidak mendapat sambutan yang baik, dengan pelbagai alasan diberikan kononnya ‘mahal’, ‘mahukan untung cepat’ dan lain-lain

“Paling malang, ada yang mempersenda dan memperlekeh usaha-usaha umat Islam. Sebagai contoh usaha boikot barangan Israel yang dianggap lekeh dan tidak cerdik,” ujarnya.

Haram dianggap ‘normal’, halal dilihat ‘ekstrim’

Faktor keempat pula ujar beliau, ialah perkara haram dianggap ‘normal’, dan perkara halal pula dilihat sebagai ‘ekstrim’.

“Konsert-konsert yang melampaui batas syariat diberikan sokongan dan dokongan. Pandangan ulama atau mufti pula dianggap kosong dan tidak diendahkan.

“Bahkan ada pula yang akan mengugut akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada yang menghalang aktiviti-aktiviti tersebut.

“Mencegah kemungkaran kini dilihat bersalah manakala pelaku pula dijulang sebagai hero,” katanya lagi.

Menyokong kepada penghinaan

Faktor kelima pula menurut beliau, umat Islam sendiri menjadi menyokong kepada penghinaan.

“Paling menyedihkan apabila ada dalam kalangan umat Islam sendiri yang menyokong tindakan mereka yang menghina Islam dengan menganggap itu adalah hak kebebasan mereka untuk bersuara.

“Maka semakin besarlah kepala mereka, semakin banyak penghinaan demi penghinaan dilakukan kerana mereka boleh memohon ‘maaf’,” tegasnya.

Justeru, beliau menampilkan solusinya bagi mengatasi masalah kepada umat Islam dipandang lemah.

Islam ‘The Way of Life’

“Jadikan Islam sebagai ‘The Way Of Life’. Suatu peraturan hidup yang bersepadu dan lengkap yang mengatur seluruh kehidupan manusia,” hujahnya.

Beliau menampilkan ayat al-Quran yang berbunyi, “Pada hari ini telah Ku sempurnakan bagimu agamamu dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu, dan telahKu redha Islam itu menjadi agamamu”. (al-Maidah: 3)

“Justeru tanamkan sikap tolong- menolong sesama Islam, saling membantu, tingkatkan ekonomi orang Islam, perbaiki sistem ekonomi, jauhi perasaan hasad dan semai kasih sayang.

“Insya-Allah Islam akan kuat,” katanya.

Monday, March 4, 2024

Kos sara hidup antara punca perceraian tinggi di Selangor

bharian.com.my
Oleh Ruwaida Md Zain 
bhnews@bh.com.my
- Mac 4, 2024 @ 11:31am
Mohammad Fahmi ketika menjawab soalan pada Sidang DUN Selangor di Wisma DUN Selangor, Shah Alam hari ini. - Foto NSTP/ FAIZ ANUAR

SHAH ALAM: Kos sara hidup yang tinggi di Selangor berbanding negeri lain menjadi antara punca utama kes perceraian di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Dr Mohammad Fahmi Ngah.

Beliau berkata, peningkatan pendapatan yang tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup itu mendatangkan pelbagai implikasi buruk kepada psikologi mahupun sosial.

"Apabila pendapatan isi rumah tidak dapat menampung perbelanjaan, maka rakyat perlu keluar mencari pekerjaan sambilan atau tambahan bagi menampung keperluan perbelanjaan yang tidak mencukupi.

"Disebabkan kesibukan bekerja, masa berkualiti bersama anak berkurangan terutama bagi mereka yang berumah tangga dan akhirnya akan memberi kesan kepada institusi kekeluargaan dengan berlakunya perceraian," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Wisma DUN Selangor hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Mu'izzuddeen Mahyuddin (PN-Hulu Bernam) mengenai faktor yang mendorong perceraian tertinggi di Selangor berbanding negeri lain pada 2023.

Mohammad berkata, migrasi dalaman membabitkan penduduk dari luar Selangor, migrasi antarabangsa yang datang bekerja di Lembah Klang, selain tawaran peluang pekerjaan tinggi menyumbang kepada bilangan penduduk yang tinggi di negeri ini.

"Penduduk luar yang bernikah di luar negeri ini dan kemudiannya bekerja dan bermastautin di sini sudah tentunya akan mendaftarkan perceraian mereka di Selangor.

"Ini kerana setiap masalah berkaitan institusi kekeluargaan yang timbul akan didaftarkan dan diselesaikan berdasarkan bidang kuasa Mahkamah Syariah di tempat mastautin pihak yang memohon," katanya.

Beliau berkata, pembangunan pesat di Selangor juga salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan kadar perceraian di negeri itu.

"Pertumbuhan ekonomi yang rancak di Lembah Klang mengakibatkan Selangor menjadi hub utama bagi semua sektor pembangunan ekonomi. Banyak peluang pekerjaan ditawarkan mengakibatkan kadar komposisi penduduk di Selangor meningkat," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, informasi berkaitan hak dan tanggungjawab dalam rumah tangga banyak dikongsikan melalui platform media sosial turut menjadi faktor kepada masyarakat untuk lebih memahami hak dan tanggungjawab mereka dalam rumah tangga.

"Akses kepada perkhidmatan peguam syarie sama ada disediakan oleh agensi kerajaan ataupun swasta dilihat banyak membantu masyarakat di Selangor mendapatkan hak mereka melalui sistem kehakiman dan perundangan yang betul seterusnya menyumbang kepada jumlah perceraian tinggi di Selangor.

"Justeru, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) mencadangkan supaya satu kajian yang menyeluruh dilakukan oleh pakar penyelidik dari mana-mana institusi atau agensi untuk mengenal pasti punca perceraian di Selangor.

"Hasil kajian ini kelak boleh diguna pakai oleh kerajaan negeri atau agensi yang berkaitan untuk membuat dasar atau program bagi mengurangkan kadar perceraian di Selangor," katanya.

Sunday, October 29, 2023

'Mulai hari ini, saya tidak akan beri kuliah di Pulau Pinang lagi' - Ustaz Kazim

hmetro.com.my
Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my
Datuk Mohd Kazim Elias

Bayan Lepas: "Kuliah ditangguhkan sebab saya tidak dibenarkan menyampai kuliah, jadi saya ambil keputusan tidak lagi mengajar di Pulau Pinang bermula hari ini (semalam)."

Itu kata pendakwah bebas Datuk Mohd Kazim Elias di Masjid Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil, di sini, semalam, selepas menerima arahan tidak dibenarkan memberi kuliah di Pulau Pinang.

Ucapan berkenaan dipercayai dirakam jemaah menerusi video berdurasi 3.08 saat dan turut tular di media sosial sejak pagi ini.

Menerusi video berkenaan, Mohd Kazim berkata sebagai rakyat Malaysia yang patuh kepada arahan, beliau menerima keputusan berkenaan.

"Ini adalah pertemuan terakhir dengan tuan-tuan jadi saya datang ke sini bukan untuk beri kuliah, tetapi nak sampaikan ucapan terima kasih kepada pihak masjid kerana sudi menjemput saya menyampaikan kuliah.

"Begitu juga kepada semua (pengurusan) masjid dan surau yang jemput saya selama 33 tahun menyampaikan ceramah di Pulau Pinang sehinggalah pada April lalu.

"Jadi, semua program bermula malam ini sehingga bila-bila, saya tidak lagi terima sebarang jemputan di Pulau Pinang kerana mematuhi arahan ini," katanya menerusi video berkenaan, di sini, semalam.

Menurutnya, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan Pejabat Mufti Pulau Pinang atas kerjasama sebelum ini.

"Insya -Allah, mungkin kita dapat ikuti kuliah lagi dalam platform yang lain," katanya.

Sementara itu, Pengerusi masjid, Jaafar Talib mengesahkan video tular itu dan pihaknya akur dengan keputusan jabatan agama serta penceramah bebas berkenaan.

Jaafar mendakwa, Mohd Kazim terdahulu menerima arahan itu sebelum tampil ke masjid bagi memberi penjelasan berkenaan arahan terbabit.

"Ustaz sudah datang, tetapi tidak dibenar menyampaikan kuliah. Beliau sering dijemput ke masjid ini bagi pengajaran agama selain membeli kuliah dan ceramah.

"Pada mulanya, saya sangka arahan itu adalah bagi masjid ini sahaja, rupa-rupanya untuk seluruh Pulau Pinang. "Beliau juga pernah tidak dibenar mengadakan kuliah atau ceramah di negeri ini pada April lalu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Harian Metro sedang berusaha mendapatkan kenyataan dari jabatan dan majlis agama.

Disiarkan pada: Oktober 29, 2023 @ 11:52am

Friday, April 8, 2022

Beberapa penceramah 'selebriti' di Selangor ditarik tauliah mengajar

malaysiakini.com
Asyraf Malik
Diterbitkan: Apr 7, 2022 9:24 PM

Beberapa nama penceramah terkenal yang lazim dengan gaya penyampaian 'garang' kini tidak lagi dibenarkan memberi kuliah agama di sekitar Selangor selepas tauliah mengajar mereka ditarik balik oleh majlis agama Islam negeri itu.

Antara mereka yang terjejas ialah bekas calon PAS bagi DUN Kota Anggerik, Ahmad Dusuki Abd Rani, penceramah Nazmi Abdul Karim dan Syamsul Amri atau lebih mesra disapa sebagai Syamsul Debat.

Terdahulu, tular satu dokumen bertarikh 17 Mac 2022 yang dikatakan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di media sosial yang dalamnya terkandung pengemaskinian senarai nama penceramah yang ditarik semula tauliah untuk mengajar.

Ahli Dewan Undangan Negeri Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar yang namanya juga turut tersenarai mengesahkan kesahihan dokumen terbabit ketika dihubungi Malaysiakini.

“Daripada maklumat yang kita terima, itu memang adalah satu dokumen rasmi yang saya boleh sahkan sebab kami juga telah dimaklumkan oleh exco agama Islam Selangor dalam grup WhatsApp.

“Dan kalau kita tengok ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pun mereka tidak menafikannya,” katanya.
Mohd Fakhrulrazi Mohd
Mohd Fakhrulrazi yang aktif bergiat dalam sesi kuliah di masjid-masjid sebelum menceburi arena politik mengakui berasa ‘ralat’ setelah tidak lagi memegang tauliah untuk mengajar.

Sedia akur

Bagaimanapun, Fakhrulrazi tidak berhasrat untuk mengemukakan sebarang bantahan dan menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka kerana sedar ia adalah untuk menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Tuanku menitahkan sendiri perkara tersebut dengan tujuan untuk memastikan masjid dan surau ini tidak dijadikan pentas politik dan tempat perpecahan.

“Maknanya kita yakin Tuanku bertindak sedemikian untuk memelihara kesucian ummah dan ‘rumah Allah’ dan untuk pastikan umat Islam ini bersatu-padu.

“Dan bagi saya, sesiapa yang ingkar walaupun telah disenaraikan itu dia telah menderhaka kepada titah Tuanku,” tambahnya lagi.

Mohd Fakhrulrazi menzahirkan harapan agar penguatkuasaan terhadap semua yang tersenarai dapat dilaksanakan untuk memastikan tiada yang berani melanggar keputusan tersebut.

“Jangan dipolitikkan perkara ini dan jangan kata pihak JAIS nak menghalang usaha dakwah dan sebagainya kerana bagi saya ini adalah suatu tindakan yang perlu dilaksanakan.

“Lebih-lebih lagi ketika mana kita tak boleh nafikan masjid dan surau disalahgunakan untuk medan politik dan mengutip dana sebagai derma sehingga berlaku penyelewengan di situ,” katanya.
Ahmad Dusuki Abd Rani.
Malaysiakini gagal mendapatkan ulasan dari pihak Ahmad Dusuki apabila dihubungi, namun dapat dilihat melalui hantaran di laman media sosial miliknya, penceramah terbabit mempunyai ketidakpuasan hati dengan situasi semasa.

“Kepada penjaga-penjaga dan pegawai agama, musim ini kekangan maksiat! Bukan sekat dakwah! Kalian sekat dakwah dan pendakwah, kalian akan berhadapan kesengsaraan di masa depan! Cubalah,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Penceramah Nazmi Abdul Karim apabila dihubungi Malaysiakini memilih untuk mengunci mulut dan sudah mendapatkan khidmat peguam.

Syamsul Amri ketika dihubungi Malaysiakini masih belum memberikan sebarang kenyataan.

Saturday, February 15, 2020

Tunggu notis saman, sedia berdepan di Mahkamah


IPOH: Persoalan dilontar Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Ustaz Hafez Sabri kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perak, Dato’ Asmuni Awi sepatutnya dijawab, tetapi sehingga ke hari ini tiada sebarang penjelasan.

Sebaliknya sidang media peguam mewakili Pengerusi PAN Perak itu 11 Februari lepas tertumpu kepada ugutan tindakan saman kepada Hafez yang mengeluarkan kenyataan mewakili PAS Perak atas isu membawa suara umat.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS Pusat, Wan Rohimi Wan Daud menegaskan demikian pada sidang media berhubung isu program politik dalam premis surau di Pejabat Perhubungan PAS Perak, di sini semalam.

“Kenyataan media PAS Perak bersifat persoalan terhadap isu melibatkan sensitiviti agama dan kemasyarakatan serta tidak menimbulkan fitnah kerana telah menjadi keresahan rakyat, malah sangat berpatutan dibangkitkan.

“Ianya tindakan wajar kerana tiga hari selepas program tarian naga, bakar mercun dan ucapan pemimpin politik dalam premis Surau Al-Qomar awal bulan ini tiada sebarang maklumbalas daripada pihak kerajaan (EXCO Agama) khususnya.

“Saya difahamkan ianya juga melanggar garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang juga di bawah seliaan EXCO Agama Negeri Perak,” ulas peguam PAS Perak.

Katanya lagi, pihak PAN Perak tidak perlu menunggu tujuh hari sebagaimana sidang media mereka pada 11 Februari lalu, sebaliknya boleh memfailkan saman segera jika perlu, kerana pihak PAS Perak bersedia berdepan di mahkamah.
“Paling penting untuk dimaklumkan, tiada permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan media daripada pihak PAS Perak ke atas isu ini dan kita akan terus membela Islam,” tegas Wan Rohimi.

Sementara itu, Setiausaha PAS Perak, Ustaz Mohd Akmal Kamarudin berkata, tindakan pihak pembangkang melontarkan persoalan memohon pencerahan terhadap isu kepada kerajaan adalah amalan biasa bagi sesebuah negara demokrasi.

Jelasnya, banyak lagi isu berkaitan Islam yang menjadi tanggungjawab EXCO Agama yang hendak ditanya bagi mendapatkan penjelasan termasuk isu berlaku sebelum ini dilihat telah mengambil tindakan terpilih.

Menurut rekod, program ‘Buy Muslim First’ (BMF) yang akan dirasmikan Timbalan Mufti Perak anjuran NGO sebelum ini segera diberi perhatian EXCO Agama sehingga dikeluarkan arahan pembatalannya seolah-olah menyalahgunakan masjid.

Turut hadir dalam sidang media yang berlangsung hampir setengah jam, ADUN Kubu Gajah, Ustaz Khalil Yahya dan Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Ahmad Faisal Mohd Puait serta pimpinan PAS Perak.

 – HARAKAHDAILY 
    15/2/2020

Sunday, August 4, 2019

Kaduk naik junjung ,cacing naik ke mata, inilah yg telah DAP lakukan di Dun Selangor

 rhg


Cacing naik ke mata.

Sejarah baru tercatat di DUN Selangor baru baru ini ,manisfistasi dari Malaysia baru acuan PH.

Speaker memendekkan tempoh masa perbahasan tanpa berbincang dengan kerajaan negeri dengan alasan tersirat untuk menghalang Exco Agama Islam iaitu Dato Menteri Besar sendiri membentangkan satu rang undang undang (pindaan)kemasukan agama Islam.

Usul pindaan ini adalah untuk mengemaskini proses pemelukan seseorang ke agama islam, maksudnya ia hanya melibatkan individu beragama Islam sahaja .

Tindakan speaker dari DAP menghalang MB membawa usul tersebut adalah amat menjijikkan lebih lebih lagi melakukannya melalui pintu belakang. Tindakan DAP yang sangat pengecut ini menunjukkan betapa mereka ingin sangat mencampuri urusan umat Islam di negara kita.

Setiap tindakan itu ada tindak balasnya, semua perkara ada batasnya.


Bagi saya speaker DUN Selangor ini tidak boleh di biar tanpa tindakan sewajarnya mesti diambil tindakan tegas ke atasnya.

MB mesti bertindak, jangan biarkan sikap kurang ajar ini berlarutan, ia akan merosakkan sistem demokrasi dan pembahagian kuasa antara speaker dan kuasa eksekutif institusi MB.

Kaduk naik junjung ,cacing naik ke mata, inilah yg telah DAP lakukan.

Agama Islam adalah di bawah bidang kuasa DYMM Tuanku Sultan ,menghalang usul ini boleh dianggap menafikan kuasa yang di letak di bawah kuasa Sultan dan ia boleh ditakrif DAP cuba menidakkan kuasa Sultan dan merupakan satu bentuk penderhakaan.

Jangan melampau ,sabar kami ada batasnya. Jangan cuba berenang di lautan api,padahnya tak terperi!

Dari FB Khir Toyo

Thursday, June 20, 2019

Wujud gerakan berani ceroboh hal ehwal Islam

IZWAN ABDUL HALIM
19 JUNE 2019


KUANTAN: Kewujudan gerakan perubahan yang mempelopori usaha pembebasan atas nama pembaharuan dan pemodenan dari luar telah dibawa masuk ke negara ini oleh pihak tertentu.

Perwakilan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz Hushaimi Hussian berkata, dari gerakan tersebut terdapat pemimpin bukan Islam yang berani menceroboh dan mencampuri urusan agama Islam.

Beliau merujuk isu terkini untuk mengkaji silibus mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan dengan membuka ruang kepada orang bukan Islam untuk menyuarakan pandangan berkenaannya.

Begitu juga sebelum itu ujarnya, apabila urusan zakat yang menyaksikan pemimpin Islam umpama boneka sahaja kerana membiarkan agihan rukun Islam tersebut dilakukan pemimpin bukan Islam.

Beliau membahas Ucaptama Ketua Pemuda pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-60 di Dewan Konvensyen Bukit Gambang Resort City, di sini sebentar tadi.

Memetik sejarah kegemilangan Islam Melaka, beliau menegaskan bahawa pemuda mesti mewujudkan kesedaran dan gelombang kebangkitan rakyat mengembalikan kekuasaan pemerintahan.

Iaitu jelasnya, pemuda mesti berada di posisi zaman dengan melaksanakan tanggungjawab turun padang memberi kefahaman kepada anak muda melalui kempen kesedaran daftar pemilih.

Pemerkasaan dakwah dan akidah juga serunya, perlu dipergiatkan pemuda dengan mendekati masyarakat menerusi pelbagai usaha dan tidak hanya tertumpu kepada kelompok atau kalangan tertentu sahaja.

Beliau juga berharap Pemuda PAS mengadakan jalinan hubungan dan kerjasama dengan pelbagai NGO untuk disepadukan dalam menggerakkan dakwah, pendidikan dan politik secara bersama.

 - HARAKAHDAILY 19/6/2019

Friday, April 19, 2019

'Hadi tahu banyak maklumat seolah-olah perdana menteri'

N Faizal Ghazali
Diterbitkan Hari ini 10:19 pagi


Ahli dan penyokong PAS dinasihat agar patuh dan taat kepada pemimpin termasuk Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang sentiasa mengambil kira pelbagai sudut dalam membuat keputusan parti, kata naib presidenya, Mohd Amar Nik Abdullah.

Kata beliau, Abdul Hadi adalah seorang pemimpin berpengetahuan luas dan mempunyai banyak maklumat yang kadang-kala tidak terfikir orang orang lain.

"Ambo (saya) sebab duduk di PAS pusat banyak tahun. Hubungan ambo dengan presiden mungkin lebih (rapat) berbanding tuan-puan yang duduk dalam kawasan.

"Bila kita duduk dengan dia bertahun-tahun dalam pas pusat, kita boleh faham, kita boleh nampak presiden kita ini nombor satu," katanya ketika berucap merasmikan Mesuarat Agung Tahunan Ke-58 PAS Kawasan Tanah Merah, Kelantan, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai memberi penjelasan bahawa setiap ahli dan penyokong parti perlu wala terhadap kepimpinan serta keputusan parti selagi tidak bercanggah dengan agama Islam.

Malah Mohd Amar menegaskan bahawa Hadi yang juga anggota parlimen Marang itu seorang yang sentiasa mementingkan Islam dalam membuat sebarang keputusan parti.

"Dia ini betul-betul kepentingannya maslahah Islamiyah, itu nombor satu. Presiden kita ini pula maklumatnya banyak, ambo berani kata tok guru presiden maklumatnya tentang politik negara, tentang keselamatan negara dan macam-macam. Seolah-olah dia ini perdana menteri.

"Maklumat hak ada dengan dia, kita kadang-kadang hairan, bila dia cakap satu per satu. Kita tak terfikir maklumat itu ada. Itu kita kena tahu.

"Kita di bawah tak tahu, tapi ambo duduk di pusat ambo tahu. Bila duduk dalam mesyuarat dalam perbincangan dengan dia, kita nampak," katanya.
Tambah timbalan menteri besar Kelantan itu, kedudukan antara pimpinan dan penyokong jauh berbeza terutama dalam aspek pemikiran dan pandangan ibarat seorang duduk di atas tanah berbanding pemimpin duduk di atas pokok.

"Pimpinan dengan kita ibarat kita duduk atas tanah, pimpinan di atas pokok. Kalau rumah, kita di duduk tingkat bawah, dia duduk tingkat enam, tujuh. Mana luas pandangan antara duduk di bawah dan di atas?

"Mudah saja, kita yang duduk di bawah ini kita nampak apa yang ada di depan mata. Tapi kalau ada hutan, di sebaliknya tidak tak tahu ada apa. Kita nampak hutan saja, tapi bila pimpinan duduk atas, dia boleh nampak ada yang ada di sebalik hutan.

"Di situ bezanya, sebab itu kita kena taruh kepercayaan kepada pimpinan. Kita tengok hutan tapi kita tak nampak harimau, kita tak nampak orang tengah buang air. Tetapi presiden duduk di atas dia nampak.

"Sebab itu kalau dia kata (suruh) lari, kita jangan buat tolol persoal kenapa nak hungga(lari), dimakan harimau kita nanti. Sebab itu bila dia kata lari, terus lari tak payah banyak soal. Selepas itu baru intai semula," kata Mohd Amar.

'Bini boleh rasmi kapal, tapi tak boleh nak jaga Islam'

N Faizal Ghazali 
Diterbitkan Hari ini 8:23 pagi


Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah menempelak pemimpin Amanah sebagai tidak mampu menjaga kepentingan agama Islam meski memegang jawatan tinggi dalam kerajaan persekutuan, hari ini.

Walaupun tidak menyebut nama pemimpin tersebut, beliau dipercayai menyindir Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang kini menteri pertahanan.

Jelas Mohd Amar, PAS tidak sesekali menyesal dengan keputusan untuk tidak bersama PH pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu

Menurutnya, kalau diambil kira dalam konteks parti sahaja, PAS boleh duduk dengan PH dan hari ini boleh menjadi kerajaan hari ini dan beliau mungkin sudah menjadi menteri.

"Nak banding dengan seorang dua dalam kabinet, rasanya cerdik ambo (saya). Ambo rasa cerdik ambo.

"Selepas PRU ke-14 wartawan tanya presiden, PAS tak menyesal ke tidak bersama PH dan beliau jawab mudah. Sikit pun tak disesalkan. Tiada kesalan walaupun kita tak dapat apa-apa.

"Sebab matlamat kita matlamat Islam. Kalau kita duduk di Putrajaya boleh jadi menteri pun, tapi kalau setakat boleh naik kereta besar, gaji besar, bini boleh rasmi kapal tapi kita tak boleh bercakap bab Islam buat apa?

"Dijaga (kawal) bukan main dengan kereta kebal, askar tetapi nak jaga Islam tak boleh. Itu benda penting untuk kita ingat, jadi bagi kita kepentingan Islam lebih utama. Saya sengaja sebut nak bagi kita faham," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Agung ke-58 PAS Kawasan Tanah Merah, Kelantan, semalam.

Sebelum ini isu perasmian sebuah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia oleh isteri menteri pertahanan menjadi tumpuan umum, malah dikritik pelbagai pihak walaupun ia adalah amalan tradisi dalam institusi pertahanan itu.

Sementara itu, Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan menyifatkan krisis perpecahan yang pernah berlaku dalam PAS sebelum ini adalah disebabkan kegagalan sesetengah individu memahami perjuangan PAS.

Katanya, sebarang keputusan dibuat oleh presiden dan PAS pusat adalah mengambil kira pelbagai perkara dan ahli perlu faham dan terima.

"Sebelum PRU berlaku krisis dalam PAS sehingga wujudnya Amanah, orang-orang ada jawatan penting dalam parti (PAS) masuk Amanah dan bertanding dalam PRU. Puncanya kerana tidak faham.

"Kenapa presiden buat gini, kenapa parti buat gini? sebab kita tak faham suasana, dan sifat parti kita sendiri. Itu yang jadi masalah," katanya.

Beliau turut menjelaskan keputusan politik dalam PAS dibuat dengan menilai kepentingan Islam.

Maka katanya, seluruh objektif dan pertimbangan PAS semuanya dibuat atas kepentingan Islam dan bergerak mengikut kaedah agama.

Wednesday, April 17, 2019

Hina Nabi: Mujahid didesak ambil tindakan terhadap Asiah Jalil

Menteri agama perlu buat kenyataan terbuka minta rakyat hormati Islam

siti hafidah 
17/04/2019

 
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor membuat laporan polis menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Mujahid Yusof Rawa mengambil tindakan yang tegas ke atas Asiah Abd Jalil.

BANGI, 11 Syaaban 1440H, Rabu – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Mujahid Yusof Rawa didesak supaya membuat kenyataan terbuka kepada rakyat negara ini supaya menghormati Islam sebagai agama Persekutuan.

Dewan Pemuda PAS Tasek Gelugor membuat desakan itu susulan melihat senario penghinaan terhadap Rasulullah ï·º dan agama Islam semakin menjadi-jadi, termasuk kenyataan terbaharu yang dibuat feminis liberal, Asiah Abd Jalil, baru-baru ini.

Ketua Penerangannya, Mohd Khairil Haniff Arsyad berkata, tindakan sedemikian menunjukkan seolah-olah segelintir rakyat mengambil kesempatan di atas keterbukaan kerajaan hari ini.

“Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor dengan rasa tanggungjawab membuat laporan polis menuntut agar menteri agama, YB Datuk Mujahid Yusuf Rawa mengambil tindakan yang tegas ke atas Asiah Abd Jalil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Isnin lalu, Asiah sekali lagi memuat naik kenyataan menghina Rasulullah ï·º , mendakwa Baginda ‘bersenang-lenang’ beribadah di Gua Hira dengan meninggalkan isteri dan anak Baginda di rumah.

“Banyak yang Nabi buat terhadap isteri-isteri baginda, saya tidak setuju dan tidak suka. Contohnya, Nabi senang-lenang beribadah di Gua Hira dengan meninggalkan anak-anak di bawah jagaan isteri seorang.

“Sesuatu yang pak lebai tabligh contoh dan amalkan hingga kini, nak beribadah tanpa gangguan katanya,” kata Asiah.

Asiah turut mendakwa bahawa Islam tidak pernah menghapuskan sistem perhambaan.

Menyifatkan kenyataan aktivis liberal itu bersifat jahat, Mohd Khairil mendesak Mujahid supaya membuat kenyataan terbuka kepada semua rakyat Malaysia untuk menghormati Islam sebagai agama Persekutuan, selain mengajak menghormati agama lain di negara ini.

“Dalam masa sama, kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor mengajak Puan Asiah Abd Jalil agar bertaubat dan menginsafi atas kenyataan jahatnya terhadap Rasulullah ï·º dan Islam,” katanya.

Sunday, March 10, 2019

Kerajaan tegas tolak LGBT, kata Mujahid

Oleh BERNAMA
March 10, 2019 7:20 am


Kerajaan tegas dengan pendirian bahawa amalan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak diterima sama sekali di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata kerajaan tidak mengiktiraf sesuatu perbuatan yang salah di sisi undang-undang.

“Saya amat terkejut dengan tindakan segelintir pihak pada hari ini yang menyalahgunakan ruang demokrasi untuk mempertahankan perkara (LGBT) yang salah di sisi agama Islam.

“Mana mungkin kita mengiktiraf sesuatu perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Malah, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah menegaskan tentang perkara ini,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Mujahid mengulas mengenai satu perhimpunan hari ini bagi menuntut hak wanita yang diadakan bersempena Hari Wanita Sedunia berhampiran sebuah pusat membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pagi tadi.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Women’s Aid Organization (WAO), Sisters In Islam (SIS) serta penyokong LGBT dilaporkan telah menyertai perhimpunan tersebut.

Antara perkara dituntut kumpulan terbabit pada perhimpunan itu ialah menghapuskan diskriminasi jantina, menghentikan keganasan terhadap wanita dan kesaksamaan gender.

Perhimpunan itu bagaimanapun difahamkan tidak mendapat kebenaran pihak polis.

Mujahid berkata beliau menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri bagi mengambil tindakan tegas kepada penganjur perhimpunan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi Bernama berkata polis akan memanggil penganjur perhimpunan bagi membantu siasatan dalam tempoh terdekat ini.

Beliau juga mengesahkan perhimpunan itu tidak memperoleh permit daripada polis kerana notis permohonan dikemukakan kepada polis kurang 10 hari dari tarikh perhimpunan itu dijadualkan.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012, katanya.

BERNAMA

Berita penuh https://malaysiadateline.com/kerajaan-tegas-tolak-lgbt-kata-mujahid/

Friday, March 8, 2019

Tiga didakwa kes hina Nabi Muhammad SAW

MyMetro
Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my

Mohamad Yazid (kiri) Chow (tengah) dan Danny Antoni, 28. (kanan). 
FOTO ASWADI ALIAS

PADAH mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam di negara ini dengan menghina Nabi Muhammad SAW dan agama di media sosial, tiga lelaki didakwa dengan 11 pertuduhan memuat naik komen jelik di media sosial di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

Penganggur, Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52, mengaku bersalah manakala penjaja, Chow Mun Fan, 43, dan pekerja kedai serbaneka, Danny Antoni, 28, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Hasbullah Adam.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan tarikh 11 Mac depan bagi pendengaran fakta kes dan jatuh hukum terhadap Mohamad Yazid.

Mengikut pertuduhan yang dihadapi Mohamad Yazid, dia didakwa menghantar komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati melalui Facebook dengan profil nama ‘Yazid Kong’, pada 8.21 malam 24 Februari lalu yang dibaca oleh pengguna Facebook lain, Mohd Syafiq di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Jalan Taman Melati, Wangsa Maju, pada 12 tengahari, 1 Mac lalu.

Sementara itu, Chow didakwa atas lapan pertuduhan menggunakan aplikasi Twitter dengan akaun profil ‘@alvinchow333’ dengan memuat naik empat hantaran yang berkemungkinan menyebabkan suasana tidak harmoni antara penganut Islam dan bukan Islam pada 2.29 petang dan 7.06 petang, 2 Mac lalu.

Kesemua hantaran itu seterusnya dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, Kuala Lumpur, pada 8.30 malam, 3 Mac lalu.

Seterusnya, Danny Antoni turut didakwa atas dua pertuduhan menggunakan laman profil ‘Danny A’antonio Jr’ dan memuat naik satu hantaran menghina Nabi Muhammad SAW, agama Islam dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkemungkinan menyebabkan suasana tidak harmoni antara penganut Islam dan bukan Islam pada 1.21 pagi, 9 Januari lalu.

Hantaran itu seterusnya dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, jam 10 pagi, 4 Mac lalu.

Kesemua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan denda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Selain itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan dan Seksyen 505c Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal semasa berhujah berkata, pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan tertuduh Chow bertindak menghina agama, nabi dan anggota keselamatan yang meninggal dunia ketika bertugas.

“Jika tertuduh diberikan jaminan, dia masih berpeluang tinggi untuk memuat naik status kerana mempunyai akses Internet.

“Selain itu, tertuduh pertama pernah mempunyai kesalahan di Kuala Lumpur dan Muar, Johor membabitkan kesalahan jenis sama berunsur penghinaan, namun dia dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) kerana tidak hadir ke mahkamah sehingga ada beberapa waran tangkap dikeluarkan terhadapnya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sophian Zakaria juga tidak menawarkan jaminan kerana tindakan dua tertuduh, Mohamad Yazid dan Danny itu seperti ingin meletakkan nabi dan Islam pada tempat yang serendah-rendahnya.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh dan menetapkan 5 April ini sebagai sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mac 2019 @ 6:01 PM

Thursday, January 24, 2019

Sandiwara DAP terhadap orang Melayu

SARINA ISMAIL
 24 JANUARY 2019


ALOR SETAR : Dewan Pemuda PAS Kedah berdiri teguh di belakang Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Mohamad Khalil Abdul Hadi yang mendedahkan sandiwara DAP terhadap Islam dan orang Melayu di negara ini.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Ustaz Nurul Amin Abdul Hamid berkata, pendekatan lunak parti berkenaan terhadap isu hudud dan agama Islam ketika bersama Pakatan Rakyat sebelum ini hanya sekadar lakonan.

Katanya, tindakan DAP ketika itu tidak lebih hanya untuk membelai dan menjaga penyokong DAP dalam kalangan orang Melayu.

“Idea Malaysian Malaysia sengaja disembunyikan daripada agenda perjuangan DAP ketika mereka berkempen di kawasan orang Melayu dan bumiputera,” katanya di sini.

Ketika berceramah di Kampung Keledek, Jelai baru-baru ini Ustaz Muhammad Khalil mendedah hasrat DAP yang cuba menggugurkan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

Ekoran itu Ketua Pemuda DAP Howard Lee membuat laporan polis terhadap Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia di atas kenyataan tersebut.

Nurul Amin juga berkata, rakyat sejak dahulu mengetahui kenyataan pemimpin DAP yang jelas memperlihatkan pendirian anti-Islam. 

- HARAKAHDAILY 24/1/2019

Tuesday, December 25, 2018

Brunei larang sambutan Krismas, penjara 5 tahun, denda RM60,000

DECEMBER 25, 2018


Negara yang kaya akan minyak Brunei Darussalam secara rasmi melarang perayaan Krismas secara terbuka di negaranya. Hal ini dikuatkuasakan kerana khuatir akan kerosakan akidah rakyatnya.

Larangan juga termasuk bagi semua perkara yang berkaitan dengan perayaan Krismas seperti perhiasan, pakaian dan menyanyikan lagu-lagu Krismas. Memakai topi santa claus samada untuk kanak-kanak atau orang dewasa adalah dilarang sama sekali.

“Seperti menggunakan salib, menyalakan lilin, membuat pokok Krismas, menyanyikan lagu-lagu Krismas, mengucapkan Selamat Hari Raya Krismas, memasang perhiasan Krismas, dan melakukan sebarang yang berkaitan dengan kepercayaan dan merayakannya adalah sangat berlawanan dengan kepercayaan muslim.

“Perkara itu dapat merosak akidah muslim,” demikian dipetik dari Telegraph.

Kementerian Agama Brunei mengeluarkan kenyataan pada 27 Disember 2014 menyambut perayaan Krismas secara terbuka adalah termasuk di dalam menyebarkan agama selain agama Islam, perkara ini adalah salah di sisi agama dan undang-undang negara itu.

Akta di Brunei menegaskan, menyebarkan simbol-simbol agama lain adalah satu pelanggaran di bawah fasal 207 (1) undang-undang jenayah Brunei di mana hukumannya adalah denda sebanyak 20,000 dolar Brunei (sekitar RM60,000) atau penjara selama lima tahun atau kedua-duanya sekali.

“Mereka yang memeluk kepercayaan lain yang hidup di bawah kekuasaan negara Islam, dapat mempraktikkan agama mereka atau merayakan hari besar keagamaan mereka di antara komuni mereka, dengan keadaan tidak menampilkan secara terbuka kepada umat Islam,” ujar seorang juru cakap.

Monday, November 19, 2018

“KENAPA ASYIK USIK ISLAM”

By watan 
on November 18, 2018


Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mempersoalkan tindakan pihak yang mempertikaikan hal ehwal agama Islam sejak kebelakangan ini.

Melalui catatan di Twitternya, Musa berkata hal ehwal dan cara hidup Islam kian sering dipertikaikan.

“Mengapa kebelakangan ini bukan Islam banyak mempertikaikan perkara yang bersangkutan dengan hal ehwal Islam dan cara hidup orang Islam?

“Adakah peraturan mereka sejagat yang mana tidak perlu hormati cara hidup orang lain?,” tanyanya.

Malah beliau turut bertanya sama ada orang Islam begitu lemah hingga terpaksa berkompromi.

Persoalan ini ditimbulkan dipercayai susulan isu khatan wanita yang menjadi perdebatan sejak kebelakangan ini hingga ada yang mendesak agar amalan itu dilabel sebagai jenayah.

Ciapan tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut berkongsi pandangan masing-masing.

Dr. Adam Izkandar menulis, “sebenarnya ada musuh dalam selimut yang digelar munafik. Melayu Islam sendiri punca segalanya.”

Zanjaf pula berkata, “umat Islam Melayu lemah kerana berpecah belah. Musuh-musuh Islam mempertikaikan cara hidup orang-orang Melayu Islam sampai ke celah kelengkang pun mereka kata ada unsur jenayah. Mana maruah bangsa dan agamaku?.”

Adi Arfandi berkata, “sejak naik kepala umat Islam berdiam diri, ada pemimpin pun macam kena tarik hidung.”

Wartawan Watan-Online

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-