Di sini saya ingin mengucapkan selamat Hari Deepavali kepada rakan-rakan yang beragama Hindu dan semua yang menyambutnya.
Saya mendoakan agar Pesta Cahaya yang disambut saudara-saudara Hindu saya akan berjaya menghapuskan kegelapan prasangka perkauman, kejahilan, rasuah dan salah tadbir urus di negara kita.
Semua warga Malaysia, tanpa mengira latar belakang kaum dan agama punya tempat dalam negara yang kita kongsi bersama ini.
Walaupun mungkin jalan masih panjang dan banyak halangannya, cahaya kebaikan, kejujuran dan tatasusila yang dianjurkan sambutan ini pasti akan dapat mengatasi penipuan, ketidakjujuran dan perkauman.
Justeru itu, marilah kita bersama-sama meraikan perayaan ini sebagai rakyat Malaysia, dan insaf bahawa kita berkongsi lebih banyak persamaan daripada perbezaan kecil yang sering dijadikan senjata pihak licik untuk memecahbelahkan kita.
Profesor Dr Ariffin Omar
Naib Pengerusi DAP, Senator
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.