Friday, November 7, 2014

Dalam dunia ni hanya kerajaan ni saja yang takut pada kartun............

Ini negara paling kartun – Fariz Musa

Ermizi Muhamad


PUTRAJAYA 7 NOV : Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Fariz Musa menyelar tindakan pihak polis yang menahan tiga individu yang menjual buku kartun politik karya kartunis Zunar.

“Memang negara ini negara kartun, punyalah takut dengan pembangkang, buku kartun milik Zunar itu pun mereka sekat. Memang lucu, ini memang negara kartun.

“Nampak sangat kebimbangan mereka itu pada kita sejak dari dulu sampai karya kartun pun mereka takutkan,” sindirnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 100 penyokong Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Istana Kehakiman.

Katanya lagi, tindakan penahanan individu terbabit tidak akan mematahkan semangat penyokong-penyokong Ketua Pembangkang itu untuk terus bersama menuntut kebebasan bagi Anwar Ibrahim.

“Kita akan terus bersama walaupun hujan dan panas, kerana apa yang lebih utama adalah semangat kita untuk terus menentang kezaliman Umno Barisan Nasional,” katanya yang disambut laungan Reformasi penyokong-penyokong Anwar Ibrahim.

Semalam polis menahan pembantu Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaque yang dikenali sebagai Rizaldy Rafie, Raja Norita dan Norliza Mohd Kassim.

Kesemuanya ditahan di bawah Seksyen 2 (3) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.

Antara buku yang dijual ialah ‘Komplot Penjarakan Anwar’ dan ‘Pirate of the Carry-BN’.

Zunar pernah ditahan di bawah Akta Hasutan kerana hasil karya beliau yang mengkritik pemimpin kerajaan, dan tujuh judul oleh beliau diharamkan kerajaan.

Beliau juga penerima anugerah “Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011″ oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis, Washington.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-