Showing posts with label kartunis Zunar. Show all posts
Showing posts with label kartunis Zunar. Show all posts

Thursday, August 6, 2015

JENAKA DAN SINDIRAN RM2.6 BILION

Oleh Shahbudin Husin
Berikut adalah sebahagian hasil kreatif dan sindiran yang diluahkan oleh warga internet berhubung isu wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib Razak yang kemudian disahkan oleh SPRM sebagai sumbangan penderma.

Ramai warga internet menjadikannya sebagai bahan luahan di media sosial. Rata-rata melihat ianya sebagai bahan jenaka dan sindiran terhadap pengumuman SPRM itu, setelah beberapa lama tiada jawapan yang pasti mengenai kedudukan sebenar wang tersebut.

Yang nyata, mereka tidak percaya wang itu tiba-tiba bertukar menjadi derma dan seolah-olah halal kedudukannya. Tapi sebagai rakyat cuma, apalah yang boleh dilakukan selain meluahkan perasaan masing-masing untuk berkongsi rasa.

Hmmmmm......
Sindiran tajam daripada kartunis Zunar...

Hahaha....

1MDB pun boleh ditukar menjadi nama manusia...

Rajin sungguh siapa yang buat kira-kira sebegini...

Disebabkan RM2.6 bilion, tiba-tiba Najib masuk senarai ini...

Juga layak masuk senarai ini...

Ini mesti ilham kreatif daripada kaki wayang, tapi masih ada rasa cinta pada negara...

Alamak...ayah kipidap pun tumpang sekaki juga...

-http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=311882:jenaka-dan-sindiran-rm26-bilion&Itemid=2#ixzz3hzZkxy26
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Tuesday, April 7, 2015

Kartunis digeruni Umno........

Dari kartunis kampung kepada musuh No 1 Umno Baru
oleh Mariam Mokhtar

PERSONALITI: Zunar mula melukis kartun pada usia yang muda. Rakan-rakan sekolah rendahnya di Pendang, Kedah gemar berkongsi kartunnya. Ketika berusia 11 tahun, beliau semakin bersemangat apabila Majalah Bambino menerbitkan kartunnya. Di mata rakan sekolah dan kampungnya, dia adalah seorang wira, budak kampung yang telah berjaya dalam dunia penerbitan.

Ini diikuti pula dengan lebih banyak kejayaan, dan kartun beliau telah diterbitkan dalam majalah-majalah seperti Anak Kijang dan Pak Adil. Namun tidak beliau sangka bahawa 40 tahun kemudian, dia akan dianggap sebagai musuh nombor satu Umno Baru dan mendapat pengiktirafan dunia.

Jadi, mengapakah Zunar dibenci oleh pihak berkuasa?

Pertamanya, Zunar adalah seperti kita semua. Beliau tidak menjadi ahli dalam mana-mana NGO atau parti politik. Hubungan politik beliau dapat dilihat dari lukisan-lukisan beliau. Beliau pernah berkata bahawa jika Pakatan berjaya mendapat mandat, beliau akan memberikan mereka masa yang munasabah untuk mula memperbetulkan semua kesalahan UMNO Baru. Selepas itu, beliau akan memberikan pemimpin-pemimpinnya tahap penelitian yang sama dengan pemimpin-pemimpin Umno Baru. Beliau mensasarkan pemimpin kerana mereka adalah pembuat keputusan.

Keduanya, Zunar tidak takut dengan ancaman. Individu-individu yang lemah semangat telah tunduk kepada tekanan, dan kini sedang menikmati ganjaran kuasa, kedudukan dan wang, dengan mengkhianati rakyat. Suara hati Zunar adalah jelas.

Ketiga, Zunar adalah seorang kartunis berbakat dan dia mempunyai tarikan meluas. Peminat termuda Zunar berusia tujuh tahun, dan memiliki setiap buku dalam koleksi Zunar. Dia menggemari kartunnya kerana ianya lucu. Seorang dewasa muda mendedahkan bahawa pemahamannya tentang politik meningkat, apabila dia semakin matang, dan kartun-kartun Zunar menjadi semakin penting dan relevan.

Keempat. Kartun Zunar tidak mengenal sempadan kaum atau agama. Rakyat Malaysia bersatu dalam mengecam rasuah dan ketidakadilan. Tidak kira jika kartun Zunar dihargai oleh orang Melayu atau Cina, Orang Asli atau India. Pembacanya mengetahui bahawa dia mengkritik orang Islam dan bukannya agama Islam. Malangnya, pihak berkuasa tidak dapat melihat perbezaan yang penting ini.

Kelima. Karya Zunar diiktiraf secara meluas di seluruh dunia. Orang asing yang sudah biasa dengan politik Malaysia mempunyai pemahaman yang mendalam tentang isu-isunya. Mereka yang mungkin tidak faham perihal tersirat, tidak sukar untuk memahami mesej yang disampaikan. Sifat mudah dan jelas karyanya adalah apa yang ditakuti oleh Umno Baru.

Keenam. Zunar berbangsa Melayu. Umno Baru takutkan orang Melayu yang bersikap anti-pemilik kuasa. Orang Melayu yang enggan akur kepada kehendak parti, mesti dihukum kerana ia memperkasakan orang Melayu lain untuk mempersoalkan salah-salah laku, dan ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Ketujuh. Zunar cenderung membongkarkan penyelewengan-penyelewengan kerajaan dan kartunnya disiarkan secara terbuka kepada semua orang, dan boleh diakses untuk dimuat turun dari laman sesawang beliau, www.zunar.my.

Kelapan. Beliau kerap dijemput menyampaikan ucapan-ucapan di universiti-universiti di luar negara, dan dalam perjalanan terakhir beliau ke England, berucap kepada kedua-dua ahli akademik dan pelajar di Universiti Oxford. Beliau mempunyai banyak tugasan, dalam perancangan, dengan universiti-universiti utama. Publisiti negatif tentang penyelewengan Umno Baru adalah apa yang pihak berkuasa mahu kekang.

Kesembilan. Walaupun ditangkap, setelah pejabatnya diserbu dan buku-bukunya dirampas, Zunar telah memberitahu pihak berkuasa, "Saya akan menentang kezaliman sehingga titisan terakhir dakwat pen saya."

Kesepuluh. Zunar adalah musuh nombor satu Umno Baru kerana beliau adalah seorang "ahli kreatif". Beliau menggabungkan aktivisme dengan kreativiti, untuk mengkritik rejim Malaysia yang menindas. Ini menjadikan beliau unik. Pihak berkuasa boleh mengharamkan buku-buku beliau, mengganggu kakitangan dan mengheretnya ke penjara, tetapi mereka tidak boleh mengharamkan mindanya. Ahli-ahli kreatif adalah mimpi paling buruk Umno Baru.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Dari-kartunis-kampung-kepada-musuh-No-1-Umno-Baru#sthash.nIcJKv7P.dpuf

Wednesday, January 28, 2015

Polis serbu pejabat Zunar, rampas buku kartun


KUALA LUMPUR 28 JAN: Sepasukan enam anggota polis menyerbu dan menggeledah pejabat kartunis Zunar hari ini sebelum merampas 155 naskah buku kartunnya.


Serbuan dan rampasan itu dibuat tanpa waran menggeledah.

Komik yang dirampas pasukan dari Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur itu adalah Komplot Penjarakan Anwar berjumlah 89 naskah dan selebihnya Pirates of The Carry-BN.

ASP Lim Ah Heng dari Bahagian Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah yang mengetuai operasi itu berkata, serbuan mereka di pejabat Zunar yang beroperasi di Pudu itu dibuat mengikut Seksyen S(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Sekyen 4 (1) (C) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Menurut beliau, serbuan itu juga berkait dengan penjualan buku tersebut di Istana Kehakiman, Putrajaya sewaktu kes Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim didengar di Mahkamah Rayuan November lalu.

Pasukan itu yang tiba sejak pukul 10.15 pagi tadi turut mengkehendaki staf pejabat Suara Keadilan, akhbar organ parti KEADILAN, yang beroperasi di pejabat yang sama dengan pejabat Zunar supaya memberi keterangan.


Bagaimanapun, keterangan hanya diambil daripada pengurus pejabat Suara Keadilan, Jasmine Ng, yang berlangsung hampir dua jam.

Sebelum itu, pasukan tersebut menghalang keseluruhan staf Suara Keadilan yang bertugas untuk keluar makan, sehingga pengurus tersebut tiba.

Zunar atau Zulkifli Anwar Ul-Haq kini berada di London atas urusan kerja.

Zunar dalam kenyataan ringkasnya menyatakan, beliau dimaklumkan Lim berkenaan siasatan itu dan akan dipanggil ke balai untuk memberi keterangan selepas pulang nanti.

Friday, November 7, 2014

Dalam dunia ni hanya kerajaan ni saja yang takut pada kartun............

Ini negara paling kartun – Fariz Musa

Ermizi Muhamad


PUTRAJAYA 7 NOV : Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Fariz Musa menyelar tindakan pihak polis yang menahan tiga individu yang menjual buku kartun politik karya kartunis Zunar.

“Memang negara ini negara kartun, punyalah takut dengan pembangkang, buku kartun milik Zunar itu pun mereka sekat. Memang lucu, ini memang negara kartun.

“Nampak sangat kebimbangan mereka itu pada kita sejak dari dulu sampai karya kartun pun mereka takutkan,” sindirnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 100 penyokong Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Istana Kehakiman.

Katanya lagi, tindakan penahanan individu terbabit tidak akan mematahkan semangat penyokong-penyokong Ketua Pembangkang itu untuk terus bersama menuntut kebebasan bagi Anwar Ibrahim.

“Kita akan terus bersama walaupun hujan dan panas, kerana apa yang lebih utama adalah semangat kita untuk terus menentang kezaliman Umno Barisan Nasional,” katanya yang disambut laungan Reformasi penyokong-penyokong Anwar Ibrahim.

Semalam polis menahan pembantu Zunar atau nama sebenarnya Zulkifli Anwar Ulhaque yang dikenali sebagai Rizaldy Rafie, Raja Norita dan Norliza Mohd Kassim.

Kesemuanya ditahan di bawah Seksyen 2 (3) Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.

Antara buku yang dijual ialah ‘Komplot Penjarakan Anwar’ dan ‘Pirate of the Carry-BN’.

Zunar pernah ditahan di bawah Akta Hasutan kerana hasil karya beliau yang mengkritik pemimpin kerajaan, dan tujuh judul oleh beliau diharamkan kerajaan.

Beliau juga penerima anugerah “Keberanian Dalam Melukis Kartun Editorial 2011″ oleh Rangkaian Hak Asasi Kartunis, Washington.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-