Wednesday, November 5, 2014

Fitnah 2 : Sukar jika mahkamah dikawal - Pemerhati Antarabangsa


(Oleh: Amirul Azhan)

PUTRAJAYA 4 NOV: Pemerhati Bebas Antarabangsa, Danthong Breen menyatakan penghakiman berhubung kes Fitnah II harus dijalankan secara telus dan adil.

Katanya, keputusan kes yang bakal diputuskan di Mahkamah Persekutuan perlu mengambil kira hujah yang kukuh kerana ia akan memberi kesan kepada sistem kehakiman di negara ini.

“Penghakiman mesti mengambilkira kesemua hujah dan fakta untuk menjadikan sistem kehakiman negara ini adalah adil.

“Setelah mengikuti perbicaraan kes ini, saya berasa sedih dan amat sukar sekiranya kes ini di bawah kawalan suatu pihak sahaja,” kata Danthong yang juga Pejuang Hak Asasi Manusia Kesatuan Untuk Kebebasan Awam (UCL).

itPada 4 November 2014, kes rayuan Fitnah II Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah masuk hari ke enam dijalankan.

Beliau mengulas bahawa sistem kehakiman di Malaysia dilihat agak bergerak lambat untuk menghabiskan penghujahan-penghujahan bagi kedua-dua pihak, iaitu pihak peguambela dan pendakwaraya.

Katanya, ini sedikit sebanyak akan menyusahkan dan menganggu konsentrasi perjalanan sistem penghakiman bagi kes yang lain.

“Saya mengambil serius terhadap sebarang keraguan yang cuba dimbulkan oleh pihak pendakwa raya dalam kes ini,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-