Mahkamah Syariah akan dinaikkan setaraf dengan mahkamah sivil, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Gambar fail The Malaysian Insider, – 13 November, 2014.Mahkamah Syariah akan dinaikkan setaraf dengan mahkamah sivil apabila dua lagi mahkamah dibentuk selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, dua lagi mahkamah yang akan ditambah ke Mahkamah Syariah adalah Mahkamah Tengah Syariah dan Majlis Rayuan Syariah.
“Lima peringkat Mahkamah Syariah ini mempunyai persamaan dengan mahkamah sivil cuma nama peringkat itu belum diputuskan lagi.
“Soal sama ada peringkat itu dinamakan Mahkamah Persekutuan Syariah atau tidak bukan menjadi persoalan utama sebaliknya tahap bidang kuasa mahkamah itu harus sama dengan Mahkamah Persekutuan sivil,” katanya seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.
Mahkamah Syariah pada masa ini terdiri daripada tiga tahap iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.
Jamil berkata, pengenalan lima jenis Mahkamah Syariah itu bukan satu perkara yang mudah kerana ia perlu diperhalusi dengan mengkaji peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, antara perkara yang perlu diambil kira adalah kedudukan agama Islam dan hal ehwal agama di bawah kerajaan negeri termasuk tidak berlaku pertindihan kuasa antara mahkamah sivil dan syariah.
“Ada terma yang akan diperhalusi iaitu siapa yang akan dilantik dalam mahkamah, hakim yang bagaimana, pelantikan daripada siapa dan sebagainya.
“Ini kerana peruntukan dalam agama adalah kuasa negeri. Adakah Persekutuan boleh melantik? Inilah perkara yang sedang dibincangkan,” katanya seperti dilaporkan akhbar itu.
Pemuda Umno Kedah pada Selasa menggesa kerajaan mewujudkan Mahkamah Persekutuan Syariah bagi memperkasakan penguatkuasaan serta meningkatkan kecekapan pelaksanaan undang-undang Islam.
Ketuanya, Datuk Saiful Hazizi Zainal Abidin dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia berkata, kewujudan mahkamah tersebut dapat memastikan keputusan yang dibuat tidak boleh dirayu di mahkamah sivil.
Beliau berkata, Mahkamah Persekutuan Syariah akan bertanggungjawab mengendalikan kes berprofil tinggi yang menyentuh sensitiviti agama dan berpotensi mengundang polemik di kalangan masyarakat.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.