Monday, November 3, 2014

Najib enggan jawab mengapa lantik firma asing urus dana 1MDB


(Oleh: Azuan Ab Rahman)


KUALA LUMPUR 3 NOV: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan mengapa kerajaan melantik sebuah firma asing untuk menguruskan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM7.4 bilion.

Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Najib dalam jawapan di parlimen pada 30 Oktober mengelak untuk menjawab pelantikan firma berkenaan, Bridge Partners yang berpengkalan di Hong Kong.

“Bridge Partners bukanlah satu agensi pelaburan yang besar. Saya telah ajukan soalan kepada perdana menteri tentang kriteria yang membolehkan kerajaan memilih syarikat ini untuk menguruskan sejumlah besar wang rakyat.

“Saya dapat jawapan (parlimen) pagi ini, jawapannya adalah kerajaan tak nak jawab,” jelasnya ketika sidang media di parlimen hari ini.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menegaskan tindakan kerajaan melaburkan wwang rakyat melalui 1MDB sebagai ancaman besar terhadap kestabilan ekonomi negara.

“Kalau kita tengok dana-dana yang diuruskan seperti KWSP, Khazanah dan Wang Simpanan Pekerja (EPF) tidak melantik agensi lain untuk menguruskan dana itu.

“Sepatutnya 1MDB melabur dengan undang-undang yang boleh diaudit dan telus kepada rakyat, tapi tak terjadi.

Katanya, rakyat Malaysia perlu tahu mengapa dana RM 7.4 bilion itu diuruskan sebuah syarikat yang tidak diketahui latar belakang dan kerajaan menyembunyikan sebab mengapa syarikat itu dilantik.

Rafizi dalam sidang media tersebut turut mendesak kerajaan memdedahkan jumlah bayaran komisyen bagi perkhidmatan oleh syarikat berkenaan.

“Kalau 2 peratus sebanyak RM140 juta diberikan kepada satu syarikat yang kita tak tahu kenapa syarikat ini dilantik,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-