Published: 6 November 2014
– Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2014.
Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata berdasarkan keadaan dan situasi semasa, sebahagian besar umat Islam masih belum memahami kedudukan undang-undang Islam yang terkandung dalam Al-Quran pada aspek fundamentalnya. Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru umat Islam agar tidak mengkritik fatwa yang dikeluarkan, terutamanya di Selangor kerana baginda bertanggungjawab mengesahkan kelulusan satu-satu fatwa tersebut.
Ketika berucap di Majlis Multaqa Sultan Selangor di Shah Alam pagi tadi, baginda bertitah umat Islam seharusnya yakin dengan penuh ikhlas dan bersatu padu fikiran untuk mengatasi segala ajaran Islam mengatasi ideologi dan kepentingan politik.
"Sesuatu fatwa yang dibuat di negeri Selangor ini hanya sah setelah mendapat persetujuan dan perkenan beta.
"Beta menyeru kepada umat Islam janganlah tergesa-gesa mengkritik fatwa yang dikeluarkan tanpa memahami dengan sepenuhnya," kata baginda.
Baginda juga berkata, berdasarkan keadaan dan situasi semasa, sebahagian besar umat Islam masih belum memahami kedudukan undang-undang Islam yang terkandung dalam Al-Quran pada aspek fundamentalnya.
"Demikian juga dalam aspek perhubungan sejarah serta kaitannya dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain di peringkat Persekutuan.
"Sesuatu fatwa bukan hanya boleh dibuat atau ditentukan oleh mufti sahaja, tetapi melalui Jawatankuasa Majlis Fatwa yang terdiri daripada alim ulama dan juga profesional yang mahir dalam bidang masing-masing termasuk dalam bidang perundangan," kata baginda lagi.
Baru-baru ini Selangor mengeluarkan fatwa mengharamkan badan bukan kerajaan (NGO) Sisters In Islam (SIS) kerana dikatakan berfahaman liberalisme dan pluralisme.
Bagaimanapun Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mencadangkan agar SIS bertemu dengan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk berbincang dan menyelesaikan isu berkenaan.
Baginda berkata, sesuatu hukum itu dibuat setelah jawatankuasa berkenaan berbincang dan mengambil kira hukum dalam Al-Quran, Hadis, serta kitab-kitab berkaitan.
"Beta yakin segala kandungan Al-Quran termasuklah peraturan dan hukum yang ditetapkan Allah mempunyai hikmah serta kebaikan seluruh alam," kata Sultan Sharafuddin.
Baginda berkata, sebagai agama yang bersifat lengkap dan menyeluruh, Islam mempunyai sifat kesederhanaan dalam semua aspek sama ada akidah, syariah, mahupun akhlak bagi memenuhi segala tuntutan roh dan jasad umatnya.
"Sikap kesederhanaan inilah yang menjadi ciri utama yang membezakan agama Islam dengan agama-agama lain," kata baginda.
Baginda berkata, sikap kesederhanaan dan teliti dalam membuat sebarang perancangan adalah penting dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama di negara ini.
"Beta tidak mahu keamanan, perpaduan dan pembangunan yang dibina dan pertahankan ini hancur atau dimusnahkam oleh mereka yang bersikap melampau hanya disebabkan kejahilan atau dipengaruhi hawa nafsu serta unsur ekstremis dari luar." – 6 November, 2014.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.