Wak Labu Farm

Mohd Suleiman Othman

Showing posts with label fatwa. Show all posts
Showing posts with label fatwa. Show all posts

Friday, January 26, 2018

Undi hak individu, tidak perlu fatwa haram undi DAP, kata mufti

Mohamad Fadli
January 26, 2018

Wan Salim Wan Mohd Noor menegaskan menyokong dan mengundi parti politik adalah hak individu.

PETALING JAYA:  Mufti Pulau Pinang menolak gesaan daripada felo kanan sebuah badan berkait Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggesa para mufti mengeluarkan fatwa tentang menyokong, membantu dan mengundi DAP yang didakwa membawa agenda sekularisme dan anti Islam.

Datuk Wan Salim Wan Mohd Noor menegaskan seorang mufti tidak perlu mengeluarkan fatwa seperti itu kerana menyokong dan mengundi sesebuah parti politik adalah hak individu.

“Terserah pada pertimbangan masing-masing untuk menentukan parti mana dia rasa lebih bermanfaat pada umat Islam,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas laporan seorang felo kanan Institiut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Engku Ahmad Fadzil Engku Ali yang berkata, fatwa seperti itu perlu kerana ia melibatkan aktiviti mengundi, menyokong dan membantu mana-mana individu atau parti politik yang berhasrat menggunakan undi, sokongan dan bantuan yang diberikan bagi tujuan yang bercanggah dengan tuntutan Islam.

Engku Ahmad berkata demikian selepas penceramah kontroversi, Zamihan Mat Zin, dilaporkan mendakwa pengundi beragama Islam haram mengundi DAP kerana parti itu menolak hukum Islam apabila membantah usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), dalam wawancara dengan sebuah portal baru-baru ini.

Iksim adalah sebuah badan yang ditubuhkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) dan majlis-majlis agama Islam negeri demi memelihara kedaulatan Islam.

Mufti Wan Salim sebaliknya meminta pengundi untuk mengkaji dan menilai semua parti dari segi amalan dan bukan pada lambang dan slogan semata-mata

Ini kerana dalam banyak bidang ada pihak yang menggunakan label Islam tetapi tidak mengamalkan Islam.

“Ini bukan pasal politik sahaja, lain-lain juga. Kita guna nama Islam tetapi tak buat amalan Islam dan itu boleh menimbulkan tanggapan tak baik kepada agama kita sendiri.

“Kita buat tak semestinya sebut Islam tetapi jika berlaku adil dan buat kebajikan kepada rakyat sudah baik.

“Pada pandangan saya tidak perlu mufti keluarkam fatwa,” katanya.
By Wak Labu Farm at January 26, 2018 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: DAP, fatwa, IKSIM, Islam, JAKIM, Mufti Pulau Pinang

Wednesday, April 26, 2017

Hanya P Pinang, Selangor warta haram merokok

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Hanya Selangor dan Pulau Pinang yang telah mewartakan keputusan pengharaman merokok di negeri masing-masing, setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Selangor mengambil langkah tersebut pada 1995 manakala Pulau Pinang membuat keputusan itu pada 2004.

"Kedua-dua negeri itu mengambil langkah tersebut berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 23 Mac 1995.

"Muzakarah itu telah membincangkan isu merokok daripada pandangan Islam dan telah bersetuju memutuskan merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana ia memudaratkan," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja, pada Persidangan Dewan Negara hari ini.

Sehubungan itu, katanya, adalah menjadi tanggungjawab pihak-pihak berkaitan untuk memainkan peranan masing-masing supaya pandangan fatwa tersebut dipatuhi.

 - Bernama
By Wak Labu Farm at April 26, 2017 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: fatwa, Hal Ehwal Agama Islam, merokok haram, titah Diraja

Saturday, October 31, 2015

Kerajaan ajar rakyat tak hormat fatwa

Oleh Athirah Huda Zalhe
BANGI, Jumaat – Keputusan kabinet yang memutuskan vape atau rokok elektronik tidak haram dalam kalangan pengguna dan penjual jelas menunjukkan kerajaan tidak hormat dengan fatwa.

Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Mohd Hazizi Abd Rahman berkata walaupun fatwa telah mengharamkan rokok dan vape, namun bilangan penggunanya semakin bertambah termasuk dalam kalangan remaja dan golongan wanita.

“Sekurangnya-kurangnya diharamkan ke atas umat Islam.

“Kerajaan sendiri yang mengajar rakyat tidak menghormati fatwa,” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook.

Beliau turut menyifatkan kerajaan yang membiarkan rakyat merosakkan diri sendiri dengan rokok dan vape merupakan ‘dayus’.

“Seperti bapa yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Katanya lagi, lebih setengah abad negara menikmati kemerdekaan dan rakyat patut sudah bebas daripada unsur-unsur yang merosakkan.

“Sepatutnya fatwa sudah didaulatkan dan rakyat bahagia dengan cara hidup Islam.

“Inilah yang berlaku apabila neraca pertimbangan yang digunakan ialah kebendaan; hasil cukai dan kepentingan pelabur syarikat multinasional Yahudi,” katanya.
By Wak Labu Farm at October 31, 2015 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: fatwa, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Umat Islam, vape

Tuesday, July 21, 2015

Nik Abduh: YB PAS tak boleh langgar bai'ah

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz mengingatkan wakil rakyat PAS bahawa mereka tidak boleh melanggar bai'ah (sumpah janji setia) jika berhasrat mahu meninggalkan atau keluar parti.

Katanya, calon atau wakil rakyat tersebut "menerima amanah" daripada parti sebagai wakil rakyat dengan janji setia memegang amanah bersama PAS.

"Bai'ah ini tidak boleh dilanggar. Mereka telah mengambil daripada PAS, bukan memberi kepada PAS.

"Jika mahu langgar, hantar balik apa yang mereka ambil daripada PAS. Selepas itu, urusan mereka adalah dengan Allah," tulis beliau dalam Facebooknya hari ini.

Kenyataan Nik Abduh itu dibuat di kala rancangan kumpulan progresif dalam PAS - sebahagian mereka menjadi wakil rakyat - yang tekad mahu menubuhkan parti baru selepas disingkirkan pada muktamar bulan lalu.

Sehubungan itu, Nik Abduh mencabar wakil rakyat parti itu yang mahu melanggar sumpah itu supaya mencari fatwa yang membenarkan pelanggaran bai'ah itu dilakukan.

"Carilah fatwa dari serata dunia untuk membenarkan perlanggaran bai'ah oleh wakil rakyat PAS dan laksanakan jika berani.. No hal," katanya yang juga anak lelaki Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun Nik Abduh berkata bai'ah ahli PAS kepada parti itu boleh ditarik balik jika mereka mahu keluar parti.

"Ia bermaksud ahli memberi kesetiaan mereka kepada PAS," kata anggota parlimen Pasir Mas itu.

"Bai'ah ini boleh ditarik balik jika ahli itu mahu keluar PAS. Itu hak ahli. Caranya, tanyalah ahli ilmu," katanya lagi.
By Wak Labu Farm at July 21, 2015 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: bai'ah, fatwa, PAS, wakil rakyat

Thursday, November 6, 2014

Titah Sultan Selangor : Umat Islam jangan kritik fatwa.

 OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Published: 6 November 2014

– Gambar fail The Malaysian Insider, 6 November, 2014.

Sultan Sharafuddin Idris Shah berkata berdasarkan keadaan dan situasi semasa, sebahagian besar umat Islam masih belum memahami kedudukan undang-undang Islam yang terkandung dalam Al-Quran pada aspek fundamentalnya. Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru umat Islam agar tidak mengkritik fatwa yang dikeluarkan, terutamanya di Selangor kerana baginda bertanggungjawab mengesahkan kelulusan satu-satu fatwa tersebut.

Ketika berucap di Majlis Multaqa Sultan Selangor di Shah Alam pagi tadi, baginda bertitah umat Islam seharusnya yakin dengan penuh ikhlas dan bersatu padu fikiran untuk mengatasi segala ajaran Islam mengatasi ideologi dan kepentingan politik.

"Sesuatu fatwa yang dibuat di negeri Selangor ini hanya sah setelah mendapat persetujuan dan perkenan beta.

"Beta menyeru kepada umat Islam janganlah tergesa-gesa mengkritik fatwa yang dikeluarkan tanpa memahami dengan sepenuhnya," kata baginda.

Baginda juga berkata, berdasarkan keadaan dan situasi semasa, sebahagian besar umat Islam masih belum memahami kedudukan undang-undang Islam yang terkandung dalam Al-Quran pada aspek fundamentalnya.

"Demikian juga dalam aspek perhubungan sejarah serta kaitannya dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain di peringkat Persekutuan.

"Sesuatu fatwa bukan hanya boleh dibuat atau ditentukan oleh mufti sahaja, tetapi melalui Jawatankuasa Majlis Fatwa yang terdiri daripada alim ulama dan juga profesional yang mahir dalam bidang masing-masing termasuk dalam bidang perundangan," kata baginda lagi.

Baru-baru ini Selangor mengeluarkan fatwa mengharamkan badan bukan kerajaan (NGO) Sisters In Islam (SIS) kerana dikatakan berfahaman liberalisme dan pluralisme.

Bagaimanapun Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mencadangkan agar SIS bertemu dengan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk berbincang dan menyelesaikan isu berkenaan.

Baginda berkata, sesuatu hukum itu dibuat setelah jawatankuasa berkenaan berbincang dan mengambil kira hukum dalam Al-Quran, Hadis, serta kitab-kitab berkaitan.

"Beta yakin segala kandungan Al-Quran termasuklah peraturan dan hukum yang ditetapkan Allah mempunyai hikmah serta kebaikan seluruh alam," kata Sultan Sharafuddin.

Baginda berkata, sebagai agama yang bersifat lengkap dan menyeluruh, Islam mempunyai sifat kesederhanaan dalam semua aspek sama ada akidah, syariah, mahupun akhlak bagi memenuhi segala tuntutan roh dan jasad umatnya.

"Sikap kesederhanaan inilah yang menjadi ciri utama yang membezakan agama Islam dengan agama-agama lain," kata baginda.

Baginda berkata, sikap kesederhanaan dan teliti dalam membuat sebarang perancangan adalah penting dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama di negara ini.

"Beta tidak mahu keamanan, perpaduan dan pembangunan yang dibina dan pertahankan ini hancur atau dimusnahkam oleh mereka yang bersikap melampau hanya disebabkan kejahilan atau dipengaruhi hawa nafsu serta unsur ekstremis dari luar." – 6 November, 2014.
By Wak Labu Farm at November 06, 2014 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: fatwa, Islam, Majlis Multaqa Sultan Selangor

Sunday, November 2, 2014

SIS fail semakan kehakiman fatwa pengharamannya



SIS fail semakan kehakiman fatwa pengharamannya

Published on 31 October 2014 12:56
6028 views
Read LessNGO Sisters In Islam (SIS) hari ini memfailkan semakan kehakiman ke atas satu fatwa yang dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengharamkan kumpulan wanita Islam berkenaan.

Semakan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi oleh Pengarah Eksekutif SIS Ratna Othman dan ahli lembaganya Datin Paduka Marina Mahathir.

Dua lagi perayu bersama semakan itu ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dan aktivis wanita Zainah Anwar yang menamakan diri mereka sebagai "orang Islam yang prihatin."
By Wak Labu Farm at November 02, 2014 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: fatwa, Majlis Agama Islam Selangor, Sisters In Islam
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-

  • Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin
      Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
  • Kerajaan Ismail akan jatuh? (Suatu teori konspirasi)
    bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
  • BR1M tidak betul, yang betul nya BRM1M - Bantuan Rakyat Miskin 1 Malaysia
    Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
  • Ahli UMNO didakwa tak selesa jalin hubungan dengan DAP
    utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
  • Gelombang PN tak padam, dijangka kekal dalam PRN: Tuan Ibrahim
    agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
  • Hadi: Melayu mudah lupa bersama PH
    malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
  • Antara penyapu dan tong sampah
    Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
  • Puad balas Asyraf: Apa salahnya Rafizi ditegur?
    malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
  • Anwar bergayut pada ranting patah, terlalu bergantung dengan UMNO
    satuberita.my By  Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...
  • ‘Protes senyap’ tolak PH-BN pada PRN – Idris Ahmad
    satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...

Banjar Bloger

Banjar Bloger

Terima Kasih

Terima Kasih

Maut

Maut
Mati akan tiba pada bila2 masa saja...Tak kira tua atau muda.

Ingatan bagi diriku

Ingatan bagi diriku

My Blog List

  • KERENGGA
    Minyak masak subsidi dicampur minyak terpakai
    2 hours ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI KEK PAUN OREN
    2 years ago
  • MiLo SuaM
    Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin
    5 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • BlogList Malaysia
    Menteri DAP Rasis S. Kulasegaran Sila Letak Jawatan
    8 years ago
  • Pejuang Tok Gajah46
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    8 years ago
  • KELAB GREENBOC
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
    8 years ago
  • Kasultanan Banjar
    Syahidin Penghulu Haji Rasyid
    14 years ago

ayam piru

ayam piru
dah cukup matang

muscovy duck

muscovy duck
itek serati

Wak Labu Farm

Wak Labu Farm
sejauh mata memandang

Search This Blog

About Me

My photo
Wak Labu Farm
View my complete profile
  • Home

yang berkunjung ke laman Blog Wak Labu Farm - https://wak-labu.blogspot.my Terima Kaseh

Translate

Blog Archive

Report Abuse

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments

Followers

Tumbuhan herba

Tumbuhan herba
keladi tikus

Sahabat Bloggers

  • AGEN DSAI....
    JOM BALIK UNDI JOHOR, UMNO MENANG NAJIB BEBAS?
    3 months ago
  • Journal Pak Abu
    Keupayaan berfikir dan memahami logik asas yang sedang merudum ke bawah
    5 months ago
  • Anak Sungai Derhaka
    The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im
    2 years ago
  • Anakbukitgantang in Putrajaya
    Malaysia jadi buah catur Amerika vs China
    8 years ago
  • tok gajah
    Siti Hasmah: Esok adalah hari kritikal
    8 years ago
  • Direktori Blog Politik Malaysia
    Ke manakah Menghilangnya Pengganas Komunis dan Keturunannya?
    8 years ago
  • Cenangau Daunkari
    MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
    8 years ago

Sahabat bloggers

  • TAZKIRAH
    Tazkirah di Facebook
    3 months ago
  • SEDAKA SEJAHTERA
    PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SEKITAR PARLIMEN JERAI
    4 years ago
  • ! BUJANG SENANG !
    DUN Johor bubar Ahad ini?
    4 years ago
  • Na'im Nikmat @blog
    MASALAH GENERASI LEMBIK.
    4 years ago
  • JENTAYUABAKA
    KESIHATAN MENTAL: TV ASING TERPESONA PROGRAM MEMANUSIAKAN MANUSIAWI
    5 years ago
  • PANEH MIANG
    Just an amusing observation..
    7 years ago

Sahabat Bloggers

  • Pahang Daily Online
    Jerebu: Negeri Pahang Bebas Kawasan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Tidak Sihat Setakat Jam 3 Petang Ini, Batu Muda Kekal Tertinggi
    16 hours ago
  • Apa Yang Tersirat
    MENGHINA TYT SABAH ADALAH JENAYAH.
    1 year ago
  • tumpang sekole...?
    KK Mart -- Why the anger towards the Chinese community...
    2 years ago
  • Wak Long@Man
    Agong lantik Muhyiddin sebagai PM
    6 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Biaqpila™
    LIVE AJL 34
    6 years ago
  • KedahLanie.info
    KedahLanie sudah berpindah ke rumah baru..ini linknya..
    8 years ago
Simple theme. Powered by Blogger.