Thursday, November 6, 2014
Mengimbau kembali Kampung Chubadak
Chubadak
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kampung Chubadak terletak berhampiran dengan bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia.
Berdasarkan sejarah lisan, Kampung Chubadak ini di sebelah utara yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai Kampung Chubadak Hulu dan di sebelah selatan dikenali sebagai Kampung Chubadak Hilir telah wujud sebelum tahun 1800. Kampung ini diterokai oleh orang berketurunan minang Chubadak dari Sumatra berjenarasi lamanya. Penduduk asal Kampung Chubadak adalah merupakan pemilik tanah rezab Melayu dari dahulu hingga sekarang yang mempunyai geran tanah sendiri.
Sementara Kampung Chubadak Tambahan atau Kampung Pasir dan Kampung Chubadak Indah yang bersempadan dengan Taman Dato' Senu yang pada ini telah dipisahkan oleh Lebuh Raya DUKE adalah kawasan lombong. Namun perlombongan di kawasan itu tamat sekitar tahun 1940an. Penduduk mula membina rumah di kawasan perlombongan tersebut dan beberpa prasarana seperti dewan orang ramai, surau, klinik dan sekolah didirikan. Kebanyakan penduduk di kawasan ini adalah pesara tentera dan kerajaan. Namun bagi penduduk kampung Kampung Chubadak Asal kebanyakan mereka bekerja di kawasan perindustrian dan syarikat swasta seperti jaga, buruh dan sebagainya. Ketua Menteri Dato' Harun ldris, turut menjanjikan bahawa Kerajaan Selangor menjanjikan akan mengambil langkah untuk memastikan bahawa penduduk kampong dan kampong bersebelahan akan mendapat hak milik tanah yang mereka duduki. Pada 1960-an, Pegawai Daerah Kuala Lumpur telah menyediakan pelan lakar yang bertujuan memecah tanah tersebut kepada plot-plot yang layak dibahagikan kepada penduduk di tanah tersebut. Status tanah rezab Melayu tersebut kampung Chubadak dibatalkan melalui Pengistiharan Rezap No 4851/1932 bertarikh 22 Jun 1932.
Menurut Ketua Kampung Chubadak Tambahan, Rahim Ali, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL telah mengkategorikan kampung tersebut sebagai penempatan setinggan dalam Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (KLCP) 2020 bersama-sama lima buah kampung lagi. Kampung lain ialah Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam, Kampung Sungai Merali, Kampung Bahagia dan Kampung Puah.[1]
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ab. Hakim Borhan, tanah tersebut adalah milik kerajaan sebelum dijual kepada STLR Sdn. Bhd. pada 26 Oktober 1985. Pada 6 Julai 1990, STLR Sdn. Bhd. telah menjual tanah tersebut kepada Sentul Murni Sdn. Bhd. (SMSB). [2] Kini Chubadak Tambahan telah mendapat perintah Mahkamah Rayuan yang menyatakan bahawa mereka boleh tinggal di situ dan terus menetap di kampung itu.
Pada 21 Ogos 2000, mahkamah rayuan telah memberi keputusan bahawa penduduk kampung Chubadak bukanlah setinggan dalam kes "Sentul Murni Sdn Bhd - vs - Ahmad Amirudin Kamarudin".[3] Dalam kes tersebut, pihak mahkamah mengakui bahawa sungguhpun Sentul Murni Sdn Bhd merupakan pemilik tanah pada masa ini, Sentul Murni Sdn Bhd tahu atau sepatutnya tahu bahawa terdapat kepentingan pada tanah tersebut yang wujud lama sebelum Sentul Murni Sdn Bhd menjadi pemilik. Selain itu penempatan tersebut telah diketahui dan secara jelas atau tidak langsung telah digalakkan oleh Kerajaan Negeri atau oleh Dewan Bandaraya. Terdapat bukti bahawa antara 1960 dan 1990 pelbagai kemudahan dibekalkan oleh pihakberkuasa seperti balairaya, tiga masjid, bekalan air dan eletrik, perkhidmatan telefon, klinik dan jalan yang berturap. Terdapat juga balai raya kedua, pusat aktiviti wanita, dan sejumlah sekolah ugama yang menunjukkan bahawa kampung Chubadak ditadbir sendiri.
Selain itu terdapat bukti bahawa sebelum pembentukan Wilayah Persekutuan, Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan badan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Keselamatan dan Pembangunan Kampung ("Committee of Village Development and Security - CVDS.") di kampong ini yang dikendali oleh Ketua Kampong. Jawatan ini digantikan oleh pegawai Bandaraya dengan terebntuknya Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1970. Pada tahun 1987, jawatan ini dihidupkan kembali dan Kementerian Wilayah Persekutuan melantik bekas ketua kampong bagi mentadbir kampong ini. Oleh itu Sentul Murni Sdn Bhd perlu memberi pampasan kepada penduduk tanah tersebut.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
Panjat↑ Nasib Kampung Chubadak Tambahan di tangan siapa? © Utusan Melayu (M) Bhd
Panjat↑ Kerajaan sudah beri hak milik kepada syarikat swasta sejak 1985 DBKL tiada kuasa.
Panjat↑ Kes "Sentul Murni Sdn Bhd - vs - Ahmad Amirudin Kamarudin"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
PAS memang sudah kehilangan banyak sokongan dari orang melayu. Faktor utama yang menyedarkan orang melayu ialah peristiwa di negeri Perak. O...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
PAS sanggup berkorban buat apa saja demi menjaga hati dan perasaan DAP. Walaupun apa yang dilakukan itu banyak pihak meragui 'kehalalan...
-
22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...
-
Hari penamaan calun sudah ditetapkan pade 23hb. Okt, 2013. Tempoh mase untuk berkempen bagi parti2 yang akan terlibat dalam pertandi...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
Ari ni Wak terasa sangat terkilan di atas perbuatan MB Selangor yang telah ketepikan peranan PAS sebagai sebuah Parti yang berteraskan Islam...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.