Sunday, December 28, 2014

Banjir di Mukim Kampung Gajah paling teruk sejak 47 tahun

Raja Muda Perak, Raja Dato' Seri Jaafar Raja Muda Musa turut meninjau lokasi-lokasi yang dilanda banjir serta pusat-pusat penempatan mangsa di sekitar Parit dan Kampung Gajah, daerah yang paling teruk terjejas sejak 47 tahun lalu. - Foto Twitter @bomba JBPM pic.twitter.com/oW6iqzhqZC

PASIR SALAK, 27 Disember :

Banjir yang menjejaskan puluhan kampung di Mukim Kampung Gajah sejak Rabu lepas merupakan yang paling buruk dalam tempoh 47 tahun lepas.

Mukim ini pernah dilanda banjir pada 1967, namun tidak seburuk seperti sekarang yang rata-rata penduduk menyifatkan ia luar biasa.

Hamimah Putih, 55, dari Kampung Pulau Tiga Kiri yang rumahnya hampir tenggelam berkata beliau mengalami banjir semasa berusia lapan tahun tetapi tidak seteruk sekarang.

“Mak cik tak sempat nak selamatkan apa-apa. Habis dokumen, perabot dan perkakas elektrik,” katanya di pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Datuk Sagor.

Shamsila Jamaluddin, 32, berkata ketika air melimpah ke dalam rumahnya, beliau hanya sempat mengambil dokumen penting sementara barangan lain tidak dapat diselamatkan.

Raja Permasuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat meninjau kawasan banjir dan pusat pemindahan di mukim ini iaitu di Sekolah Menengah Datuk Sagor, Maktab Rendah Sains Mara Pasir Salak dan Dewan Millenium Kampung Gajah, dengan turut memberi kata-kata semangat serta menyampaikan sumbangan peribadi kepada mangsa.

Setakat petang tadi, 1,361 mangsa banjir melibatkan 392 keluarga dari Kampung Pulau Tiga, Kampung Teluk Sareh, Kampung Pulau Tiga Kiri serta Kampung Tanjung Bidara dipindahkan di pusat pemindahan itu.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2014/12/27/banjir-di-mukim-kampung-gajah-paling-teruk-sejak-47-tahun/#ixzz3N74zmdCt

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-