Apabila gambar Datuk Seri Najib Razak bermain golf dengan Presiden AS Barack Obama disiarkan, Najib dikritik hebat akibat banjir di Pantai Timur semakin teruk. – Gambar fail Reuters, 27 Disember, 2014.
Datuk Seri Najib Razak hari ini menjelaskan aktiviti bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii baru-baru ini tidak bermakna beliau sengaja mengabaikan bencana banjir di negara ini seperti yang dipolemikkan sesetengah pihak.
Sebaliknya, perdana menteri berkata aktiviti itu dirancang lebih awal atas dasar menjalinkan hubungan diplomasi dengan pemimpin-pemimpin dunia bagi mendatangkan manfaat kepada Malaysia.
Katanya, jemputan itu disampaikan sewaktu Obama melawat negara ini April lepas dan amat sukar untuk beliau menolaknya kerana ia dirangka lebih awal dalam jadual kedua-dua pihak.
Bercakap pada sidang media di Kota Baru selepas meninjau kawasan yang terjejas teruk akibat banjir di Kelantan, beliau berkata: "Sebenarnya, waktu Presiden Obama melawat Malaysia, beliau menyatakan kalau kebetulan saya berada di Hawaii dengannya (Obama), dia nak saya main golf dengan dia.
"Main golf ini bukanlah satu perkara aneh atau luar biasa... sebab zaman Tun Abdul Razak (perdana menteri kedua Malaysia), Tun Dr Ismail Abdul Rahman (timbalan perdana menteri kedua) bermain golf dengan pemimpin dunia merupakan perkara yang boleh dikatakan sebagai 'golf diplomacy'.”
Najib berkata walaupun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, beliau mengambil keputusan untuk memendekkan cutinya dan terus terbang ke Kota Baru untuk melihat sendiri perkembangan situasi banjir.
"Setiap hari saya di sana saya terima laporan terkini tentang keadaan banjir... oleh kerana ia semakin serius saya buat keputusan balik ke tanah air secepat mungkin dan terus ke Kota Baru. Saya tak balik rumah lagi ni.
"Dan (saya) buat lawatan segera untuk menunjukkan bahawa kerajaan amat komited untuk terus membantu mangsa banjir," katanya.
Banjir di Kelantan kini semakin meruncing apabila puluhan ribu penduduk mendapatkan perlindungan di pusat pemindahan sementara. – Bernama
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/aktiviti-golf-bersama-obama-demi-hubungan-diplomasi-negara-kata-najib#sthash.NdxJyuko.dpuf

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.