Wednesday, December 24, 2014
Banjir makin serius hampir 60,000 mangsa dipindah
BERNAMA | 24 Disember 2014. KUALA LUMPUR: Keadaan banjir bertambah serius menyebabkan 58,705 penduduk di Pahang, Kelantan, Terengganu, Perak, Perlis dan Sabah terpaksa berpindah.
Kelantan mencatat jumlah mangsa banjir paling tinggi melibatkan 24,765 orang, diikuti Terengganu (21,606), Pahang (10,825), Perak (1,030), Sabah (336) dan Perlis (143).
Di KELANTAN jumlah mangsa meningkat kepada 3,164 orang sebelah pagi berbanding 21,601 orang malam tadi.
Sebanyak 18 pusat pemindahan baharu dibuka kepada 96 buah semalam.
Peningkatan jumlah mangsa melibatkan sembilan jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Tumpat dan Kota Baharu.
Jumlah mangsa tertinggi dicatat di Pasir Mas iaitu 8,754 orang, diikuti Gua Musang (5,259) dan Kuala Krai (4,608).
Sebanyak 23 laluan turut ditutup yang 17 daripadanya laluan ditutup kepada semua lalu lintas manakala enam ditutup kepada kenderaan ringan.
Di TERENGGANU, 8,977 lagi penduduk terpaksa dipindahkan dengan Kemaman merupakan daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa mencecah 12,699 orang.
Punca utama mangsa terpaksa berpindah adalah disebabkan fenomena air pasang terutama di kawasan pantai, demikian menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu.
Setakat pukul 9 pagi, Dungun mencatat jumlah mangsa 4,591 orang, Hulu Terengganu (685), Kuala Terengganu (3,086), Besut (426), Marang (11) dan Setiu (8) di keseluruhan 107 pusat pemindahan.
Paras air di beberapa batang sungai utama di Terengganu dilapor melepasi tahap bahaya antaranya Sungai Dungun di Jambatan Jerangau setinggi 14.21 meter (bahaya 12.50 meter), di Kuala Jengai 26.33 meter (bahaya 21 meter) dan Pasir Raja 38.62 meter (bahaya 37.50 meter).
Di PAHANG, 2,768 keluarga di lapan daerah terpaksa dipindahkan pagi ini menjadikan keseluruhan jumlah mangsa di negeri ini 10,825 orang berbanding 6,286 malam tadi.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Daerah Kuantan masih mencatat jumlah pemindahan mangsa paling tinggi iaitu 6,231 orang diikuti Maran (2,542).
Katanya beberapa laluan utama ditutup kepada semua kenderaan antaranya Jalan Kuantan-Sungai Lembing (dekat Jambatan Sungai Riau), Jalan Kuantan-Sungai Lembing (Simpang Tiga Panching), Jalan Jerantut-Lipis, Jerantut-Kuala Tahan dan Kilometer 42 Jalan Kuantan-Segamat.
Di PERAK, daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar antara yang terjejas teruk menyebabkan 1,030 penduduk daripada 252 keluarga ditempatkan di 17 pusat pemindahan sementara.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Majlis Keselamat Negara (MKN) Negeri Perak, jumlah mangsa di Kuala Kangsar meningkat kepada 823 orang berbanding 142 orang malam tadi.
Bagaimanapun katanya, pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Kampung Tasek sudah ditutup dan kesemua 23 mangsa dari Kampung Tasek Hulu Seberang telah dibenarkan pulang.
Sementara itu Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris mengesahkan laluan Timur Barat dari arah Gerik ke Jeli masih ditutup bagi semua kenderaan ekoran kejadian tanah runtuh di Kilometer 63, berhampiran Hentian Rehat Titiwangsa malam tadi.
Di SABAH, jumlah mangsa di Beaufort meningkat kepada 336 orang berbanding 268 orang malam tadi dengan banjir yang melanda beberapa kampung di Tenom kembali pulih.
Jurucakap Bilik Gerakan Daerah Beaufort berkata kesemua mangsa di Beaufort yang melibatkan 128 keluarga dari sembilan buah kampung ditempatkan di Dewan Masyarakat Baru.
Jurucakap Bilik Gerakan Daerah Tenom berkata kesemua mangsa di daerah ini dijangka dibenarkan pulang pagi ini.
Di PERLIS, 143 penduduk antaranya dari kawasan Beseri, Padang Melangit dan Tasoh telah dipindahkan sehingga pukul 7.30 pagi tadi, berbanding 104 mangsa malam tadi.
Menurut Sistem Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, paras air di Empangan Timah Tasoh kini mencatat bacaan 29.78 meter, melebihi paras bahaya 29.60 meter. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan hari ini mengingatkan tentang apa yang menurutnya sebagai usaha musuh Islam untuk memperlahankan gera...
-
KUALA LUMPUR – “Parti Keadilan Rakyat (PKR) pelu jujur dengan persahabatan. Jangan depan kita kata lain, belakang lain!” Demikian tegas ...
-
Wakil daripada parti pembangkang - kecuali PAS - sudah memulakan rundingan bagi membentuk gabungan baru menggantikan Pakatan Rakyat, kata ...
-
ismaweb.net Siti Hafidah Dapat nasihat daripada KKM, MKN sebelum berlangsung KUALA LUMPUR, 6 Zulkaedah 1442H, Khamis – Persidangan Dewan Ra...
-
Mohamad Fadli - November 9, 2019 10:51 AM Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, budaya kafir-mengkafir boleh menghancurkan ...
-
Adun Pas P. Pinang tetap sokong Guan Eng GOKINA MORGANAN 2 NOVEMBER 2015 Salleh Man berjabat tangan dengan Guan Eng pada sidang media di K...
-
BERITA By MT Webmaster On Apr 15, 2021 Kajian itu juga mendapati 42% pengundi inginkan PN untuk terus memegang tampuk pemerintahan negara, ...
-
bharian.com.my Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my - Mac 18, 2025 @ 7:08pm Anwar menandatangani plak simbolik perasmian pada Majlis Pe...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.