Macam Maharaja TerLawak pula cadangan dan saranan blogger Zam ini ... adakah masuk akal suruh UMNO lancarkan tabung khas untuk bayar saman kerrana disaman oleh seorang pemimpin UMNO. UMNO saman lidah rasmi UMNO suruh UMNO pula bayar saman dan upah peguam .. dah macam kartun punya buah fikiran.
Untuk makluman ini salah satu blogger otai berkarat biru UMNO sejak kebelakangan ini cukup kuat serang najib dengan memberikan sokongan padu kepada Tun Dr Mahathir.
PETALING JAYA: Wartawan veteran, Tan Sri Zainuddin Maidin menggesa UMNO memberi sokongan kepada Utusan dalam saman bersejarah oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Beliau berkata, UMNO sewajarnya melancarkan kutipan derma bagi membantu kumpulan akhbar Utusan Melayu (M) Berhad bagi membayar saman yang dikemukakan oleh Adnan. Menurutnya, sokongan tersebut wajar berdasarkan kepada keberanian dan kelantangan Utusan Malaysia menjadi suara rakyat dan membantu kepentingan UMNO.
”Ini merupakan saman yang bersejarah kerana bagi pertama kalinya seorang Menteri Besar UMNO menyaman suara UMNO ketika Utusan telah pun dimoralisekan dengan kekalahan beberapa saman,” tulisan bekas Menteri Penerangan dalam entri terbaru blog zamkata.blogspot.com.
Adnan mengemukakan saman RM15 juta berikutan artikel bertajuk ‘Hebat Sangatkah Adnan?’ yang berkaitan dengan isu masalah penerokaan tanah dan pembalakan secara haram di Cameron Highland yang tidak terkawal. Penerokaan tanah dan pembalakan haram secara besar-besaran itu mencetuskan persoalan selain kesan alam sekitar yang dahsyat sehingga menyebabkan berlakunya banjir lumpur dan sampah.
Lebih dikenali dengan panggilan Zam, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan itu berkata, Utusan selama ini dibantu oleh tabung parti untuk menyelesaikan saman. Berikutan saman yang berterusan, kata beliau, tabung yang menjadi sumber dana menjelaskan saman semakin susut dan kini memerlukan wang yang banyak jika tuntutan oleh Adnan berjaya. Jelasnya,
Utusan menghadapi kekurangan dana berikutan pendapatan daripada iklan yang tidak begitu berjaya berbanding edaran yang tinggi berbanding akhbar berbahasa Melayu yang lain.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.