Monday, December 22, 2014

MP Kuwait desak muslimat pakai tudung kepala

Gambar Hiasan

EHSAN ABDEL MAGEED | 22 Disember 2014.

KUWAIT: Beberapa ahli parlimen (MP) Kuwait bertindak mendesak pihak berkuasa agar memperkenalkan satu peraturan baru untuk mewajibkan golongan muslimat negara itu supaya bertudung kepala, ia berikutan terdapat dua ahli parlimen wanitanya masih lagi tidak bertudung kepala seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Perlembaan negara itu.

Ahli Parlimen, Dr Jam’an al-Harbash berkata, pihak berkuasa perlu segera menguat-kuasakan peraturan itu kerana ia adalah wajib di sisi undang-undang negara dan agama. Ia berikutan desakan Majlis Fatwa Kuwait yang bersidang 24 November lalu yang mewajibkan seluruh muslimat di Kuwait memakai tudung kepala.

Sementara seorang lagi Ahli Parlimen, Faisal al-Muslim menyebut, bahawa pihak berkuasa bertanggungjawab menyegerakan penguat-kuasaan pemakaian tudung kepala ke atas seluruh muslimat di Kuwait bagi membuktikaan kerajaan bersedia melaksanakan keputusan sidang parlimen yang meluluskan peraturan baru itu.

Walau bagaimanapun, keputusan itu disangkal oleh ahli-ahli parlimen Liberal yang menganggap fatwa berkenaan tidak relevan malah perlu merujuk kepada peraturan asal yang tidak menyebut wajib, malah pemakaian tudung kepala sebagai satu pakaian pilihan ke atas semua wanita negara itu.

Sementara seorang ahli parlimen wanita Kuwait yang ditemui, Rola Dashty telah mengemukakan bantahan 27 November lalu dengan menyatakan bahawa peraturan itu perlu dirombak semula, ini termasuk peraturan baru juga perlu diperkenalkan kepada calon-calon wanita yang bertanding dalam pilihan raya terlebih dahulu memakai tudung kepala sesuai dengan tuntutan Syariat Islam dan kehidupan berpolitik. - Asharqalawsat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-