Thursday, December 11, 2014
Rakyat Malaysia kongsi kebimbangan dengan Duta AS
KUALA LUMPUR 11 DISEMBER: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mempersoal langkah kerajaan memanggil duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Joseph Yun berhubung kenyataannya mengenai Akta Hasutan 1948.
Beliau berkata, tindakan itu akan lebih memalukan Malaysia di mata dunia ketika rakyat Malaysia sendiri berkongsi pandangan yang sama dengan Duta AS berkenaan.
“Kebanyakan rakyat Malaysia berkongsi kebimbangan yang disuarakan oleh Duta Amerika Syarikat pada penggunaan berterusan Akta Hasutan yang menindas dan tidak adil terhadap pembangkang, aktivis dan rakyat Malaysia,”
“Sebagai sebahagian daripada komuniti dunia, Malaysia tidak dapat mengelak kritikan antarabangsa ke atas keadilan dan hak asasi manusia di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan media.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan Agung Umno lalu secara terang-terangan mengingkari janji yang dibuat dua tahun lalu untuk memansuhkan akta itu, dan ia membuka ruang kepada kritikan antarabangsa.
Menteri Luar Datuk Anifah Aman semalam memanggil Yun untuk menjelaskan tindakannya mempersoalkan penggunaan berterusan undang-undang itu terhadap pembangkang, aktivis dan seorang wartawan, dalam satu temu bual eksklusif dengan sebuah portal.
Antara lain, Anifah dilapor berkata, kerajaan mengekalkan dan mengukuhkan Akta Hasutan 1948 untuk memelihara keamanan dan kestabilan rakyat Malaysia.
“Ini adalah satu pembohongan dan satu percubaan yang mengelirukan dan tidak boleh diterima dunia dan rakyat Malaysia,” kata Surendran.
Beliau memberikan contoh salahguna Akta berkenaan dengan merujuk tindakan terhadap Adun Taman Medan, Haniza Talha kerana mempersoalkan peruntukan untuk program Permata Negara (PERMATA).
“Satu-satunya cara sekarang untuk menebus nama baik dan moral Malaysia di dunia adalah agar kerajaan BN memansuhkan Akta Hasutan dalam sesi parlimen mac 2015 yang akan datang,” tegasnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
News | Diterbitkan 13 Jul 2019, 11:58 malam Ketua Polis Negara Abdyul Hamid Bador memaklumkan pasukan itu telah menahan beberapa indiv...
-
Patutlah Sheikh Nuruddin Al Banjari Di Gam JAKIM.. Ini Sebabnya Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita t...
-
Hidir Reduan dan Anne Muhammad Diterbitkan Hari ini 8:58 pagi Hari ketiga perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak dijadua...
-
Rusuhan di Singapura [gambar2] Ini kali pertama Singapura dilanda rusuhan selepas lebih 40 tahun... Kali terakhir adalah pada Mei 1969...
-
agendaily.com 07/11/2022 Manifesto Barisan Nasional tidak menyatakan usaha memerangi rasuah dan penyelewengan serta pelantikan tiga Timbalan...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.