Tuesday, January 20, 2015

Harga gas dan tarif elektrik tidak dinaikkan?

Selain elektrik, cadangan bagi kenaikan harga gas untuk sektor industri turut ditangguhkan bagi tahun ini.

PUTRAJAYA, 20 Januari:

Kerajaan akan menangguhkan cadangan kenaikan tarif elektrik bagi tahun ini sebagai langkah untuk merancakkan pelaburan swasta di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penangguhan itu merupakan langkah bagi mengurangkan kos kendalian perniagaan.

Selain elektrik, cadangan bagi kenaikan harga gas untuk sektor industri turut ditangguhkan bagi tahun ini.

“Kerajaan akan mengurangkan kos kendalian perniagaan melalui penangguhan cadangan kenaikan tarif elektrik pada tahun 2015 dan penangguhan cadangan kenaikan harga gas untuk sektor industri pada tahun 2015,” katanya ketika menyampaikan Perutusan Khas perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Dalam pada itu katanya, kerajaan juga akan menubuhkan Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah RM5 bilion kepada PKS dalam sektor perkhidmatan.

“Skim ini ditubuhkan dengan pembiayaan maksimum RM5 juta dan jaminan kerajaan sebanyak 70 peratus,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/20/harga-gas-dan-tarif-elektrik-tidak-dinaikkan/#ixzz3PL0EOb8W

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-