KUALA LUMPUR, 11 Januari:
Tindakan segelintir gadis Melayu yang memeluk dan mencium bintang K-pop dalam satu konsert di ibu kota semalam turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Khairy melalui laman Twitter miliknya meminta gadis-gadis yang memuja penyanyi yang berasal dari Korea Selatan berkenaan kembali mencari lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan kacak.
“Banyak dikatakan tentang Kpop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tall (tinggi), dark (berkulit gelap dan hensem (kacak).
“Bukannya pale (pucat), skinny (kurus) dan pretty (cantik). Itu bukan lelaki sejati,” katanya.
Dalam pada itu, Khairy ketika ditemui pada sidang media di Parlimen hari ini menjelaskan bahawa status Twitternya itu hanyalah satu gurauan semata-mata.
Kata beliau, ia tidak memberi makna apa-apa dan tidak mahu memberi sebarang komen mengenainya.
Semalam, video beberapa gadis Melayu bertudung dipeluk dan dicium dahi oleh penyanyi K-pop dari kumpulan B1A4 yang dianggotai oleh Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woo dan Gong Chan Sik telah tersebar luas di media sosial.
Ia mendapat kritikan hebat baik daripada masyarakat awam, tokoh agama, golongan profesional dan juga wakil rakyat yang kesal dengan perbuatan yang dilakukan tersebut.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/11/isu-peluk-cium-artis-k-pop-nasihat-kj-kepada-gadis-gadis-melayu/#ixzz3OWMvDGsu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.