Monday, January 26, 2015

Kes doping: Chong Wei bayang tinggalkan arena badminton

Jaguh badminton itu terbabit dalam skandal doping selepas bahan 'dexamethasone' ditemui dalam air kencingnya semasa ujian rawak dijalankan pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.

KUALA LUMPUR, 26 Januari:

Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei membayangkan akan meninggalkan arena badminton jika dia dikenakan tindakan penggantungan selama dua tahun sekiranya didapati bersalah dalam isu doping membabitkan dirinya.

Chong Wei juga berkata perkara ini (isu doping) amat menyedihkan kerana tidak pernah berdepan dengan situasi sebegini.

“Jika saya digantung selama dua tahun, saya akan bersara.

“Sepanjang pengalaman pahit itu ramai peminat dari seluruh dunia menyokong dan berharap saya akan bertanding lagi,” katanya yang dipetik Sinar Harian dalam temubual bersama BBC, pada Ahad.

Selain itu, Chong Wei juga berharap Persekutuan Badminton Dunia (BWF) akan bertimbang rasa kerana beliau tidak pernah terbabit dengan sebarang isu doping sepanjang 15 tahun penglibatannya dalam sukan itu.

Chong Wei kini digantung sementara oleh BWF dan akan berdepan penggantungan selama dua tahun jika disabitkan bersalah.

Pada 9 Januari lalu, Timbalan Presiden, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Norza Zakaria mengesahkan Persekutuan Badminton Dunia(BWF) telah menetapkan minggu pertama Februari untuk mendengar kes Chong Wei.

Keputusan sampel B ujian doping milik pemain itu disahkan positif mengandu­ngi dadah terlarang jenis dexame­thasone.

BWF sebelum ini telah menetapkan 8 Disember sebagai tarikh perbicaraan tetapi peguam Chong Wei, Mike Morgan England telah meminta tarikh lain kerana mahu lebih banyak masa untuk mengumpul maklumat.

Chong Wei bakal berdepan dengan larangan 2 tahun. Tetapi jika beliau didapati tidak bersalah semasa mitigasi ada kemungkinan hukumannya boleh dikurangkan.

Jaguh badminton itu terbabit dalam skandal doping selepas bahan ‘dexamethasone’ ditemui dalam air kencingnya semasa ujian rawak dijalankan pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.

‘Dexamethasone’ adalah sejenis ubat steroid dengan kesan antiradang bagi kegunaan rawatan pelbagai masalah kesihatan dan pemulihan termasuk reumatologi.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/26/kes-doping-chong-wei-bayang-tinggalkan-arena-badminton/#ixzz3PwMQA9Pn

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-