Tuesday, January 27, 2015

Sekali lagi menteri Umno kantoi................

Isu rotan: Mengapa pinggirkan pandangan pakar agama?

Hassan berkata, ibu bapa juga perlu mengetahui bahagian tubuh kanak-kanak yang dibenarkan untuk dirotan.
KUALA LUMPUR, 26 Januari:

Hukuman rotan merupakan satu alternatif yang dibenarkan dalam Islam kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak agar mempunyai akhlak baik.

Pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud berkata Islam meletakkan garis panduan merotan dengan cara yang betul tanpa menyeksa, mencederakan atau meninggalkan kesan kepada kanak-kanak itu sendiri.

“Islam agama yang mementingkan kasih sayang dan dalil dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW turut menyatakan tentang hukuman terhadap kanak-kanak iaitu ‘pukullah mereka sekiranya sudah berusia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)’.

“Namun, pukul itu bukan bermaksud memukul kanak-kanak itu dalam keadaan marah sehingga mencederakan mereka tetapi dengan cara penegasan penuh kasih sayang agar tidak mengulangi kesilapan mereka,” katanya yang dipetik Sinar Harian.

Hassan berkata, sebarang keputusan dilakukan menteri atau kerajaan yang mempunyai hubung kait dengan agama sewajarnya dirujuk kepada pakar agama.

“Kita ada Majlis Fatwa negara, mufti dan alim ulama yang lebih mengetahui tentang agama, mengapa mereka dipinggirkan daripada memberi pandangan?

“(Kerajaan sepatutnya) menjadikan undang-undang yang mahu dilaksanakan berlandaskan syariat Islam,” katanya.

Menurutnya, ibu bapa juga perlu memahami hukuman rotan mengikut panduan Islam agar tidak tersalah dalam mendidik anak.

“Dalam keadaan marah, ibu bapa tidak dibenarkan merotan kerana bimbang tindakan tersebut akan menyebabkan kanak-kanak tercedera. Biasanya apabila marah manusia akan bertindak di luar kawalan dan tidak rasional.

“Jadi, pukullah anak-anak ketika kita rasional kerana menghukum itu bukan sewaktu kita marah,” katanya.

Selain itu Hassan berkata, ibu bapa juga perlu mengetahui bahagian tubuh kanak-kanak yang dibenarkan untuk dirotan.

“Jangan sesekali memukul anak-anak di bahagian sensitif dan meninggalkan kesan seperti muka, leher dan lengan. Rotan di bahagian tapak tangan dan tapak kaki tanpa mencederakan mereka kerana kita hanya mahu mendidik mereka,” katanya.

Sabtu lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengumumkan akta baru bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 yang akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya pada Jun depan, antara lain memasukkan hukuman terhadap ibu bapa yang merotan anak mereka.

Menurut Rohani, kerajaan tiada pilihan selain menjadikan merotan sebagai satu kesalahan kerana Malaysia adalah antara negara yang menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

“CRC ditubuhkan dalam mempertahankan suara kanak-kanak dan kita sudah tanda tanganinya sebelum ini. Oleh itu, kena ikut serta selari dengan peraturan ini. Kalau tidak ikut, tidak boleh sebab kita sudah setuju dengan CRC.

“Memang merotan adalah budaya masyarakat kita untuk mendidik anak. Namun, kita juga ambil iktibar dalam kes membabitkan rakyat kita yang dikenakan hukuman kerana merotan anak mereka di Sweden sebelum ini,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/26/isu-rotan-mengapa-pinggirkan-pandangan-pakar-agama/#ixzz3PwRG5dy0

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-