Friday, January 16, 2015

Mejar Zaidi pilih aktif politik

Adam Abu Bakar
Beliau akan menyertai Pakatan Rakyat.
KUALA LUMPUR: Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad menyatakan setelah dipecat daripada tentera, beliau akan melibatkan diri dalam politik dengan menyertai Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada Free Malaysia Today, Zaidi memberitahu, bagaimanapun, ia terpulang kepada parti untuk menentukan sama ada beliau akan menjadi calon pilihan raya akan datang.

“Mengenai calon, itu bukan saya yang tentukan ia terpulang kepada parti untuk menentukan. Kalau suruh saya pasang bendera, saya akan pasang bendera. Saya sedia menurut perintah parti,” katanya.

Zaidi memberitahu, hingga ke saat ini beliau masih belum menganggotai mana-mana parti berikutan masih belum memiliki kad pengenalan awam.

Mengenai tawaran kerja yang ditawarkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, Zaidi memberitahu bahawa beliau akan berbincang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Buat masa ini, saya akan membuat bisnes jualan langsung. Selain saya akan menjelajah ke seluruh negara untuk menerangkan kes saya kepada rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Zaidi didapati bersalah di Mahkamah Tentera di atas dua dakwaan melanggar protokol semasa mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam pilihan raya umum Mei 2013.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-