KUALA LUMPUR - Kebebasan bersuara telah ditakrifkan secara tidak adil terhadap umat Islam apabila pihak bukan Islam boleh menggunakan hak tersebut untuk menghina agama itu, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, menggunakan alasan atas nama kebebasan media, golongan itu boleh menghina Allah dan rasul, sedangkan kerajaan dan ketua mereka tidak boleh dikritik kerana erti kebebasan hanya dibolehkan kepada mereka dari negara Barat.
Kata beliau, bagi pihak mereka, ajaran agama dan khutbah Jumaat wajib dipantau habis-habisan termasuk di masjid di Mekah dan Madinah kerana dianggap melampau, sedangkan ada negara Eropah mengharamkan pemakaian tanda agama di sekolah atau berhijab di tempat awam.
“Pas mengutuk semua bentuk keganasan dan pelampau walaupun dicetuskan oleh orang Islam sendiri terhadap orang bukan Islam, (namun) semua pihak perlu memahami takrif keganasan secara waras dan siapa yang sebenarnya memulakan keganasan.
“Kita bersimpati dengan sesiapa sahaja yang dibunuh tanpa hak dan keadilan tetapi pada masa sama sila bandingkan dengan tujuh belas orang rakyat Perancis yang dibunuh mendapat simpati seluruh dunia kerana laporan medianya menghina Islam dan rasulnya tetapi lebih sejuta rakyat Algeria yang dibunuh tentera Perancis pada zaman penjajahannya dan dilupakan tanpa simpati,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan Abdul Hadi itu dipercayai merujuk kepada isu tindakan akhbar mingguan Perancis, Charlie Hebdo yang diserang dengan senjata api sehingga menyebabkan 12 orang terbunuh selepas akhbar satira berkenaan tidak menghormati agama Islam dan Nabi Muhammad.
Ia juga dipercayai merujuk kepada kontroversi kenyataan Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebarkan fahaman ekstremis pada setiap Jumaat kepada umat Islam.
Dalam pada itu, Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, kenyataan Eric itu merupakan satu tuduhan melampau yang sengaja mahu mencetuskan provokasi terhadap umat Islam.
Kata beliau, kenyataan itu sekali gus menafikan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan, selain tidak menjaga sensitiviti umat Islam.
Kata beliau, Jakim tidak pernah menggalakkan fahaman ekstremis melalui khutbah Jumaat, sebaliknya apa yang ditekankan adalah menyeru umat Islam untuk mempertahankan akidah, undang-undang dan akhlak Islam.
“Kenyataan yang dibuat Eric itu tidak berasas sama sekali dan sepatutnya kita tentang habis-habisan kerana tugas Jakim adalah untuk menjaga Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.
“Dia sepatutnya merujuk kepada pihak Jakim atau mana-mana pihak berkuasa agama sekiranya timbul kekeliruan dan bukannya membuat kenyataan sesuka hati kerana ia boleh menimbulkan polemik sehingga mencetuskan suasana tidak harmoni,” katanya. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=236392:hadi-hina-islam-kebebasan-bersuara?&Itemid=2#ixzz3OwUwY0Kd
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Satu traler panjang membawe beras sebagai umpan bagi ayam2 yang akan di sembeleh UMNO. Malang nye beras habis ayam terlepas. Sampai bi...
-
PAS memang sudah kehilangan banyak sokongan dari orang melayu. Faktor utama yang menyedarkan orang melayu ialah peristiwa di negeri Perak. O...
-
Demi untuk berkuasa, pemimpin2 melayu/islam sanggup berbuat apa saja. Malang nya perbuatan mereka ini akan menjurus kepada kemusnahan melayu...
-
PAS sanggup berkorban buat apa saja demi menjaga hati dan perasaan DAP. Walaupun apa yang dilakukan itu banyak pihak meragui 'kehalalan...
-
22 tahun orang tue ni menjadi ketue pemimpin negare bagi orang melayu. Di mane dan bagaimane kedudukan orang melayu hari ini jike diband...
-
Hari penamaan calun sudah ditetapkan pade 23hb. Okt, 2013. Tempoh mase untuk berkempen bagi parti2 yang akan terlibat dalam pertandi...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
Ari ni Wak terasa sangat terkilan di atas perbuatan MB Selangor yang telah ketepikan peranan PAS sebagai sebuah Parti yang berteraskan Islam...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.