Anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh berkata, bekas Menteri Besar Kelantan itu yang kini berusia 84 tahun menunjukkan reaksi lebih baik dan positif terhadap semua rawatan diberikan.
Katanya, bapa beliau mula sedar awal pagi ini dan sempat menunaikan solat subuh, minum teh ‘O’ serta berbual seketika bersama para pelawat sebelum berehat semula.
“Ayah sudah lama menghidap kanser prostat, namun penyakit itu dapat dikawal selepas rawatan berterusan dilakukan.
“Pemeriksaan melalui CT scan (mesin pengimbas) juga normal, cuma doktor meminta anggota keluarga yang sihat supaya menderma darah untuk persediaan jika keadaan memerlukan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah serta barisan Exco kerajaan negeri juga dilihat meluangkan masa menziarahi Nik Abdul Aziz kira-kira pukul 1 petang.
“Kita minta semua pakat-pakat doa untuk kesejahteraan dan kesihatan beliau. Jangan sesiapa ambil kesempatan, dan kita juga larang sesiapa ambil gambar di kawasan wad ini kerana boleh menimbulkan pelbagai persepsi,” katanya.
Semalam, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V turut berkenan menziarahi Nik Abdul Aziz. - UTUSAN
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=238632:nik-abdul-aziz-semakin-stabil&Itemid=2#ixzz3PVaOY06w
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.