Showing posts with label ICU. Show all posts
Showing posts with label ICU. Show all posts

Wednesday, June 2, 2021

126 kematian!! 878 di ICU, kes aktif kini lebih 82,000

utusantv.com
Oleh Herman Hamid
-June 2, 2021


KES kematian tertinggi akibat COVID-19 sebelum ini adalah pada 29 Mei lalu dengan 98 korban.

Ketika itu Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyifatkannya satu detik hitam ditambah dengan kes harian melebihi 9,000 penularan pada hari berkenaan.

Hari ini, buat kali pertama kes korban akibat virus merbahaya itu melebihi 100.

Dan lebih mendukacitakan, angkanya sangat tinggi iaitu 126 kematian.

Lebih mengkhuatirkan apabila bilangan kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) juga meningkat saban hari.

Terkini hari ini, jumlah yang di ICU kini mencecah 878 kes dan yang memerlukan alat bantuan pernafasan adalah 441 kes.

Status terkini COVID-19 setakat 2 Jun 2021

Jumlah kes sembuh baharu: 5,777 kes
Jumlah kumulatif kes sembuh: 501,898 kes (85.5%)

Jumlah kes baharu COVID-19: 7,703 kes
Jumlah kumulatif: 587,165 kes

Jumlah kes aktif: 82,274 kes
Kes tempatan: 7,701 kes (6,861 WN, 840 BWN)
Kes import: 2 kes (1 WN, 1 BWN)

Jumlah kematian baharu: 126 kes (123 WN, 3 BWN
Jumlah kumulatif kematian: 2,993 kes (0.51 %)

Jumlah kes di ICU: 878 kes
Pesakit COVID-19 Intubated: 441 kes

Sunday, May 2, 2021

Katil ICU rawat pesakit Covid-19 hampir kehabisan

hmetro.com

Suraya Roslan
suraya@hmetro.com.my

KEADAAN di ICU yang menempatkan pesakit Covid-19 semakin membimbangkan. FOTO ihsan FB Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Kuala Lumpur: Kadar penggunaan katil rawatan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Covid-19 hospital di Lembah Klang secara purata mencapai 90 peratus pada hari ini dan melebihi ambang amaran.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lebih 20 kes dirujuk ke ICU setiap hari dalam tempoh satu minggu manakala 63 pesakit ICU dengan lebih 25 pesakit kritikal untuk dipantau di wad biasa dan Jabatan Kecemasan di Hospital Sungai Buloh.

Dr Noor Hisham turut berkongsi video suasana pesakit kritikal Covid-19 di ICU Hospital Sungai Buloh, hari ini yang menggunakan ventilator.

Beliau turut menekankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini hampir kekurangan katil di hospital kendalian mereka ketika ini.

"Berkongsi pesakit Covid-19 yang kritikal di ICU Hospital Sungai Buloh.

"Kami hampir kehabisan katil. Jaga diri dan kekal selamat," tulisnya di Facebook rasminya hari ini.

Selain itu, Dr Noor Hisham turut berkongsi berdasarkan statistik yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan, sebanyak enam hospital yang mempunyai katil rawatan kritikal atau ICU dikhususkan untuk merawat pesakit Covid-19 didapati melebihi ambang amaran dengan kadar penggunaan katil melebihi 70 peratus.

"Hospital berkenaan ialah Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang yang mana ada di antaranya sudah pun menghampiri 100 peratus.

"Bagi Pusat Perubatan Universiti Malaya pula melaporkan penggunaan katil rawatan kritikal atau ICU Covid-19 pada kadar melebihi 50 peratus," katanya.

Menurutnya, Hospital Sungai Buloh yang beroperasi sepenuhnya sebagai hospital Covid-19 akan meningkatkan kapasiti katil rawatan kritikal atau ICU secara berfasa bagi memenuhi keperluan yang meningkat.

"KKM sudah membuat perolehan peralatan perubatan seperti ventilator sejak 2020 bagi membolehkan Hospital Sungai Buloh meningkatkan kapasiti katil rawatan kritikal apabila terdapat keperluan mendesak.

"Pembedahan dan prosedur elektif di hospital di sekitar Lembah Klang akan dikurangkan atau ditangguhkan bagi membolehkan lebih banyak katil hospital dikhususkan untuk rawatan Covid-19.

"Ini juga membolehkan anggota perubatan dimobilisasikan ke tempat yang lebih kritikal bagi perawatan pesakit Covid-19," katanya.

Menurutnya, KKM juga akan terus bekerjasama dengan hospital swasta, pengajar atau universiti di sekitar Lembah Klang bagi meningkatkan kapasiti katil kritikal.

"Ini termasuk penyumberluaran pesakit bukan Covid-19 bagi kes dan prosedur tertentu untuk dirawat di hospital swasta dengan kos ditanggung oleh kerajaan pada caj rawatan yang telah dipersetujui.

"Penyumberluaran ini telah pun dilaksanakan sejak gelombang kedua pada 2020 dan masih diteruskan sehingga kini," katanya.

Katanya, sekiranya trend peningkatan kes Covid-19 ini berterusan, maka kapasiti kesihatan akan berada pada tahap yang kritikal dan akan memberikan impak yang negatif kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan awam secara keseluruhannya.

"Masyarakat diseru untuk sama-sama membantu KKM dengan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan dan mematuhi nasihat kesihatan yang sering ditekankan KKM bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 di negara ini.

"Tahap pematuhan 100 peratus semua pihak amat diperlukan bagi membantu negara pulih semula daripada kemelut ini," katanya.

Lagi berita berkaitan Covid-19
Disiarkan pada: Mei 2, 2021 @ 10:59am

Sunday, January 17, 2021

3,339 kes Covid-19, 7 kematian

FMT Reporters
-January 17, 2021 6:23 PM


PETALING JAYA: Sebanyak 3,339 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 3,324 kes adalah penularan tempatan, manakala bakinya jangkitan di luar negara.

Selangor terus melaporkan kes positif tertinggi dengan 1,314 kes, diikuti Sabah (393), Johor (362), Kuala Lumpur (334) dan Negeri Sembilan (236).

“Bagi kes penularan dalam negara, 2,292 kes adalah warganegara dan 1,032 kes bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan.

Dengan itu, jumlah jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 158,434 kes.

Ketika ini, 37,782 sedang dirawat, dengan 240 di ICU dan 93 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam pada itu, 2,676 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 120,051.

“Dimaklumkan terdapat pertambahan tujuh kes kematian hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 601.

“Lapan kematian membabitkan enam warganegara manakala satu lagi bukan warganegara,” kata Hisham.

Tuesday, April 7, 2020

PM Britain dimasukkan ke ICU, simptom Covid-19 bertambah teruk

Reuters
-April 7, 2020 9:55 AM
Boris Johnson dimasukkan ke Hospital St Thomas di tengah London pada lewat malam Ahad lalu selepas mengalami simptom berterusan, termasuk suhu badan tinggi lebih 10 hari.
 (Gambar AP)

LONDON: Simptom Covid-19 yang dialami Perdana Menteri Britain, Boris Johnson bertambah teruk menyebabkan beliau terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi pada Selasa, manakala menteri luarnya memangku jawatannya ketika negara itu berdepan krisis koronavirus.

Johnson, 55, dimasukkan ke Hospital St Thomas di tengah London pada lewat malam Ahad lalu selepas mengalami simptom berterusan, termasuk suhu badan tinggi lebih 10 hari.

Keadaan merosot dengan cepat dalam 24 jam dan beliau dipindahkan ke ICU – di mana kebanyakan kes serius dirawat. Walaupun beliau diberikan oksigen, pejabatnya berkata Johnson masih dalam keadaan sedar.

Downing Street berkata, pemindahan Johnson ke ICU “sebagai langkah berjaga-jaga jika beliau memerlukan ventilator untuk membantu pemulihannya”.

Johnson disahkan positif Covid-19 pada 26 Mac lalu, pemimpin kuasa utama dunia yang pertama dijangkiti virus itu.

Selepas 10 hari menjalani kuarantin di sebuah pangsapuri di Downing Street, beliau terpaksa dimasukkan ke hospital kerana masih mengalami suhu tinggi dan batuk berterusan.

“Tidak syak lagi keadaan ini bermakna Boris Johnson sangat sakit,” kata Derek Hill, seorang profesor pengimejan perubatan di Universiti Kolej London (UCL).

Istana Buckingham berkata, Downing Street sudah memberitahu Ratu Elizabeth mengenai keadaan Johnson dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata semua rakyat AS berdoa untuk pemulihannya.

Johnson dan menteri kesihatannya disahkan positif Covid-19 bulan lalu, manakala ketua penasihat perubatannya, Chris Whitty menjalani kuarantin di rumah.

Tunang Johnson berusia 32 tahun yang sedang hamil, Carrie Symonds, turut mengalami simptom, tetapi beliau sudah pulih.

Britain tidak mempunyai rancangan peralihan kuasa rasmi jika perdana menteri tidak mampu menjalankan tanggungjawabnya.

“PM meminta Setiausaha Luar, Dominic Raab untuk mewakilinya di mana perlu,” kata Downing Street.

Beberapa jam sebelum itu, pejabat Johnson berkata, beliau dalam semangat baik dan Raab memberitahu sidang media yang perdana menteri masih mengetuai kerajaan.

Kerajaan terus berfungsi

“Fungsi kerajaan masih diteruskan,” kata Raab, 46, dalam nada sayu kepada wartawan sambil menambah Johnson sedang dirawat pasukan perubatan cemerlang.

“Fokus kerajaan ialah memastikan arahan perdana menteri, semua rancangan untuk kita menewaskan koronavirus serta mengharungi cabaran ini diteruskan.”

Angka kematian rasmi di United Kingdom mencecah 5,373 orang dan menteri kesihatannya pada minggu lalu berkata, ia mengunjurkan kemuncak kematian Covid-19 pada 12 April ketika sambutan Hari Easter.

Negara itu sedang melaksanakan sekatan pergerakan, keadaan yang akan dikaji semula awal minggu depan dan sesetengah menteri mencadangkan ia mungkin perlu dilanjutkan kerana masih ada individu yang melanggar peraturan ketat itu.

Tuesday, November 27, 2018

[UPDATE] Rusuhan kuil: Muhammad Adib kritikal

MyMetro
Utama
Fazrik Kamarudin
cnews@nstp.com.my
Pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membaca Yassin sementara menunggu perkembangan rawatan anggota bomba yang diserang prusuh di Kuil Maha Mariamman, hari ini. FOTO NSTP

ANGGOTA Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang diserang perusuh di Kuil Maha Mariamman, USJ25 1 pagi hari ini, berada di dalam keadaan kritikal.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, mangsa Muhammad Adib Mohd Kassim sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) di bawah pengawasan lima orang doktor pakar.

“Setakat ini Adib bergantung kepada sistem bantuan hayat, keadaannya masih di tahap kritikal, hampir keseluruhan badannya terutama bahagian dadanya dipenuhi lebam.

“Sejak dikejarkan ke hospital oleh orang awam, keadaannya masih sama sehingga semasa saya menziarahinya tadi, bacaan tekanan darahnya pula kekal berada dalam paras rendah.

“Dia mengalami kesukaran bernafas akibat tulang rusuknya yang patah menjejaskan fungsi paru-parunya,” katanya dalam sidang media di SJMC, Subang Jaya, hari ini.

Turut hadir dalam sidang media, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

Zuraida berkata, pihaknya akan menawarkan sokongan kepada mangsa dan keluarganya dari Kedah yang turut sudah berada di hospital.

“Saya cukup kesal dan dukacita dengan kejadian ini, saya bertemu dan menenangkan ahli keluarga, mereka sangat sedih dan trauma, kita sama-sama doakan yang baik-baik untuk mereka.

“Ini adalah hari yang sedih untuk kita, anggota bomba ini menawarkan perkhidmatan mereka untuk apa sahaja kecemasan, kenapa buat begini kepada anggota bomba.

“Saya minta dan berharap jangan berulang lagi episod gelap, jadilah orang yang lebih bertamadun dan jangan ulanginya,” katanya.

Sementara itu, pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membaca surah Yasin di perkarangan lobi SJMC sementara menunggu perkembangan rawatan mangsa.

Lagi berita berkaitan Rusuhan Kuil Maha Mariamman

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 November 2018 @ 1:08 PM

Thursday, January 22, 2015

Nik Abdul Aziz semakin stabil

KOTA BHARU – Keadaan kesihatan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Neuro, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini dilaporkan semakin stabil.

Anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh berkata, bekas Menteri Besar Kelantan itu yang kini berusia 84 tahun menunjukkan reaksi lebih baik dan positif terhadap semua rawatan diberikan.

Katanya, bapa beliau mula sedar awal pagi ini dan sempat menunaikan solat subuh, minum teh ‘O’ serta berbual seketika bersama para pelawat sebelum berehat semula.

“Ayah sudah lama menghidap kanser prostat, namun penyakit itu dapat dikawal selepas rawatan berterusan dilakukan.

“Pemeriksaan melalui CT scan (mesin pengimbas) juga normal, cuma doktor meminta anggota keluarga yang sihat su­paya menderma darah untuk persediaan jika keadaan memer­lukan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob; Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah serta barisan Exco kerajaan negeri juga dilihat meluangkan masa menziarahi Nik Abdul Aziz kira-kira pukul 1 petang.
Mohd. Amar dalam pada itu menasihati semua pihak supaya tidak mengambil kesempatan atas tahap kesihatan Nik Abdul Aziz pada masa ini termasuk menyebarkan berita tidak sahih kerana dikhuatiri menimbulkan pelbagai spekulasi.

“Kita minta semua pakat-pakat doa untuk kesejahteraan dan kesihatan beliau. Jangan sesiapa ambil kesempatan, dan kita juga larang sesiapa ambil gambar di kawasan wad ini kerana boleh menimbulkan pelbagai persepsi,” katanya.

Semalam, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V turut berkenan menziarahi Nik Abdul Aziz. - UTUSAN

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=238632:nik-abdul-aziz-semakin-stabil&Itemid=2#ixzz3PVaOY06w
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-