Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Saturday, March 8, 2025

PAS senada Anwar gesa hindari ‘tunggang agama’ demi kepentingan peribadi

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-08 Mar 2025, 11:15 AM

Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada pemimpin parti tidak kira kaum supaya tidak menunggang isu agama bagi meraih kepentingan politik.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memelihara keharmonian dan hubungan baik antara kaum di Malaysia. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PAS senada dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk menghindari tindakan mempergunakan isu agama dan kaum demi kepentingan peribadi kerana boleh merosakkan hubungan rakyat berbilang kaum.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memelihara keharmonian dan hubungan baik antara kaum dalam negara.

“PAS juga mengalu-alukan pendirian kerajaan berhubung kedudukan Islam sebagai agama persekutuan yang mesti dimartabatkan, selain keperluan semua pihak ‘tidak melanggar jalur, peraturan dan hukum’ berkait agama serta kaum.

“Penegasan ini selari dengan dasar PAS sejak sekian lama berhubung kepentingan dan keutamaan sikap saling menghormati, memahami, menghargai sebagai identiti teras masyarakat Malaysia yang berbilang kaum serta agama,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Anwar memberi amaran kepada pemimpin parti tidak kira kaum supaya tidak menunggang isu agama bagi meraih kepentingan politik.

Katanya, kerajaan tegas tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak cuba memainkan polemik 3R (kaum, agama dan institusi diraja) yang dikhuatiri akan menggugat perpaduan rakyat.

Polemik terbaharu tercetus apabila pendakwah bebas, Zamri Vinoth menyifatkan penganut Hindu yang membawa kavadi seperti “orang kena rasuk sambil mabuk todi” dalam catatan Facebook.

Beberapa Ahli Parlimen kerajaan termasuk Timbalan Presiden MIC M Saravanan, Ahli Parlimen dari DAP Ramkarpal Singh dan RSN Rayer membidas kenyataan Zamri. Saravanan turut menggesa tindakan segera diambil bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Takiyuddin berkata kegagalan kerajaan mengambil tindakan tegas, adil dan segera hanya akan mengundang respons buruk daripada kelompok terkesan.

Justeru, katanya PAS mengulangi gesaan supaya kerajaan tegas dalam mengawal dan mengurus tindak-tanduk anggotanya sendiri yang dilihat mencabar kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

“PAS percaya kerajaan tidak boleh mengambil pendekatan menyalahkan pihak lain semata-mata atau sekadar membuat penafian untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab.

“Tanpa tindakan tegas, telus serta adil, persepsi buruk sedia ada serta suasana tidak harmoni yang terbentuk akan menjadi tanah subur kepada pihak-pihak berkepentingan menabur angin yang berpotensi menjadi badai lebih ganas.”

Wednesday, February 12, 2025

Pemerintahan dan agama: Kembar tak boleh dipisahkan

harakahdaily.net
February 12, 2025

Kerana itu garis panduan agama mesti dilaksanakan


KUALA TERENGGANU: Kepentingan pemerintahan dalam mendaulatkan syariat Islam adalah tuntutan yang tidak boleh disangkal bagi memastikan kepentingan umat Islam dan agama lain terus terpelihara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, kekuasaan yang dimiliki perlu dimanfaatkan bagi menegakkan garis panduan Islam dalam kehidupan masyarakat.

“Apalah gunanya jika mempunyai kuasa, tetapi untuk meletakkan garis panduan terhadap orang Islam itu sendiri pun tak mampu.

“Maka usah dikesali jika suatu hari nanti ikatan solat akan dirungkai seperti yang disebut oleh Nabi SAW, sehinggakan, umat Islam harus meminta ‘keizinan’ untuk melaksanakannya.

“Kerana dengan Islam sahajalah yang dapat menyatukan seluruh bangsa dan agama yang telah dibuktikan dalam lipatan sejarah dunia yang panjang,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mengaitkan kepentingan pemerintahan Islam dengan sejarah Masjidil Haram di Makkah dan Masjidil Aqsa di Palestin, dua lokasi suci yang menjadi rebutan kuasa sejak berzaman.

“Tercatat di dalam sejarah bahawa kedua-dua tempat tersebut mempunyai ceritera tersendiri dan berbeza. Tempat yang menjadi rebutan kuasa dan pemerintahan sejak berzaman.

“Masjidil Aqsa secara khususnya mula dimasuki oleh umat Islam dalam peperangan di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Thalut berlawan dengan Jalut yang akhirnya berjaya dikalahkan oleh tentera Islam.

“Setelah itu diangkat Nabi Daud AS menjadi raja yang memerintah bumi Palestin dengan Islam yang disyariatkan oleh Allah SWT. Begitulah seterusnya selepas itu bersilih ganti tampuk pemerintahan tersebut sehingga ke hari ini,” katanya.

Mengulas lanjut Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu itu berkata, sejarah telah membuktikan bahawa bumi Palestin menjadi rebutan kuasa, sehingga memperlihatkan sisi gelap umat dan bangsa yang menguasainya.

“Apabila Yahudi dan Nasrani menguasai bumi tersebut, mereka telah melakukan kerosakan serta tidak membenarkan agama lain untuk beribadat sehingga rumah-rumah ibadat agama lain dirobohkan.

“Setelah Islam datang dan membuka tanah tersebut, maka Islam membenarkan semua agama melakukan penyembahan masing-masing tanpa diganggu-gugat keharmonian dan perpaduan sejagat.

“Hal ini menggambarkan pertalian penting antara pemerintahan dalam sesebuah masyarakat dengan akidah dan kepercayaan mereka,” katanya.

Fadhli turut mengingatkan berkenaan sabda Rasulullah SAW yang memberi amaran bahawa prinsip-prinsip Islam akan dirungkai satu persatu, bermula dengan kekuasaan dan berakhir dengan solat.

“Ikatan-ikatan (prinsip) Islam akan terungkai satu persatu, setiap kali satu ikatan dirungkai orang-orang bergantungan pada ikatan selanjutnya. Yang pertama akan dirungkai adalah Al-Hukm (kekuasaan atau pemerintahan) dan yang terakhir adalah solat,” sabda baginda.

Beliau memetik kata-kata Imam Al-Ghazali yang menyatakan bahawa pemerintahan dan agama adalah ibarat kembar, di mana agama menjadi asas dan pemerintah bertindak sebagai penjaga.

“Raja dan agama ibarat kembar. Maka agama itu asal (asas) dan raja itu penjaga. Dan apa-apa yang tiada asal baginya nescaya akan hancur. Dan apa-apa yang tiada penjaga baginya nescaya akan hilang (binasa).

“Oleh itu, kepentingan menguasai pemerintahan yang mendaulatkan syariat Islam adalah sebahagian daripada tuntutan dan kewajipan yang tidak boleh disangkal lagi.

“Ianya bagi memastikan kepentingan Islam dan umat Islam terus terpelihara termasuklah agama-agama yang lain,” katanya. 

– HARAKAHDAILY 12/2/2025

Sunday, January 26, 2025

Pelbagai kaum makan budu dalam pinggan sama

harakahdaily
January 26, 2025
Di Kelantan

KOTA BHARU: Kelantan terus menjadi contoh negeri yang memupuk perpaduan harmoni antara kaum apabila mereka seumpama ‘bersaudara’.

Menteri Besar, Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Daud berkata, sejarah membuktikan tidak pernah berlaku perbalahan kaum di Kelantan sehingga berlaku perkara tidak diingini sebagaimana berlaku di negeri lain.

“Ini adalah keistimewaan yang kita miliki, dan ia bukan sekadar kata-kata,” tegasnya ketika berucap merasmikan Majlis Malam Kebudayaan Tahun Baharu Cina 2025 di AEON Mall Kota Bharu malam tadi.

Turut berucap pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Antara Kaum Negeri, Zamakhshari Muhamad

Menurut beliau, kemakmuran masyarakat pelbagai kaum di Kelantan bukan sahaja dapat dilihat dalam kehidupan harian, tetapi juga dalam tradisi sambutan perayaan yang melibatkan pelbagai agama dan bangsa.

“Di Kelantan, kita tidak melihat perbezaan kaum, agama, atau tradisi sebagai punca perpecahan. Sebaliknya, ia menjadi wadah untuk mengeratkan hubungan dan silaturrahim antara semua,” katanya.

Beliau menambah bahawa perpaduan erat ini menjadikan masyarakat Kelantan hidup sebagai sebuah keluarga besar, tidak kira bangsa dan agama.

“Bahkan, sambutan Aidilfitri di negeri ini sering dihadiri oleh masyarakat pelbagai kaum yang mempunyai masyarakat Melayu, Cina, India, Siam dan lain-lain bangsa sebagai tanda perpaduan sejati,” katanya.

Sambungnya, kehidupan bermasyarakat terus ditonjol ketika makan tengahari bersama-sama terutama ketika menikmati menu masakan kampung.

“Nak cari di negeri mana seperti di Kelantan, orang Melayu, Cina, India dan Siam petak budu dalam pinggan yang sama ketika menikmati hidangan tengah hari.

“Saya rasa tidak jumpa di negeri lain, tetapi di Kelantan inilah yang berlaku, mu (kau) picit lada dalam budu, aku petak sama dan makan,” ujarnya sambil disambut sorakan para hadirin yang hadir.

Dato’ Nassuruddin turut menyeru agar budaya harmoni ini terus dipertahankan.

“Hidupkan budaya yang berbeza ini, dan saya yakin Kelantan akan menjadi lebih makmur. Kita mahu perpaduan ini kekal dan menjadi contoh kepada negeri lain,” katanya.

Beliau mengakhiri ucapannya dengan menekankan bahawa hubungan erat antara kaum di Kelantan adalah asas utama untuk membina negeri yang lebih sejahtera dan bersatu. 

– HARAKAHDAILY 26/1/2025

Sunday, September 15, 2024

Islam 'cacat' jika agama dan politik dipisahkan

malaysiakini.com
NS Ramli
Diterbitkan: Sep 15, 2024 10:02 AM
Politik dan agama tidak boleh dipisahkan kerana ia akan menjadikan Islam seolah-olah agama yang 'cacat', kata bekas ahli parlimen Ketereh, Annuar Musa.

Dia berkata, dalam Islam adalah jelas bahawa politik itu sebahagian daripada agama itu sendiri.

"Politik tidak boleh dipisahkan daripada Islam, kerana Islam itu datang dalam bentuk yang lengkap (dan) sempurna.

"Tidak ada cacat baginya... kalau Islam itu kena letak suku, politik suku, ertinya dalam Islam itu tidak ada politik, maka ertinya Islam itu cacat.

"Sedangkan kita tahu Islam itu lengkap sempurna dicukupkan... tetapi kerana Islam itu telah banyak disalah mengertikan dalam sejarah kerana orang dimomokkan agar takut kepada Islam," katanya ketika berucap pada ceramah perdana sempena Muktamar PAS Kali Ke-70 di Kerdau, dekat Temerloh, malam tadi.

Annuar yang juga AJK PAS Pusat turut memberi peringatan kepada Umno supaya tidak memanjangkan lagi sindiran kononnya PAS parti mengamalkan fahaman khawarij.

Ini kerana katanya, dia tahu siapa yang beri nasihat kepada Umno untuk merekakan istilah khawarij bagi diletakkan 'atas kepala' PAS.

"Kalau Umno cabar, saya akan buka... (mereka) sengaja dicari-cari perkataan untuk menggelarkan, untuk menyindir, untuk melabelkan PAS kerana takut dengan kemaraan PAS.

"Lalu ditakut-takutkan orang dengan mengatakan Islam ini, PAS ini bukan Islam sebenar tetapi saki-baki perjuangan kaum khawarij.

"Ini perancangan tertentu yang dibuat untuk memburuk-burukkan Islam," katanya lagi.

Annuar dalam pada itu merasa lega apabila Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam ucapannya pada muktamar kali ini menyatakan secara jelas mengenai kesediaan untuk terus memperjuangkan usaha pengukuhan semula semangat Muafakat Nasional bersama Umno.

Katanya, sikap Abdul Hadi itu menunjukkan bahawa PAS tidak memusuhi Umno, namun ingin melihat parti itu kembali ke landasan perjuangan asal untuk agama dan bangsa.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dalam ceramah sama turut menyindir parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan yang sering menyebut PAS sebagai parti khawarij.

"Kalau kita ini khawarij, kita tak masuk bertanding dalam pilihan raya... khawarij ini dia cuma tahu berperang saja, dia kata semua orang tak betul.

"Yang mengajar politik ekstrem ini siapa dia? Geng-geng Pakatan Harapan (PH) sewaktu mereka jadi pembangkang buat himpunan (Bersih), berkhemah kat dataran.

"Hangpa (dia) tuduh kami khawarij, kami ni pelampau, kami ni ekstrem... yang melampau tu hangpa, yang perangai khawarij tu hangpa.

"PAS tak pernah mengajar penyokong kami macam ni (buat demonstrasi)... macam minyak naik baru ni, naik seringgit dua kupang (sen), bukan kata berguling, siap 'breakdance' kepala kat bawah kaki kat atas berguling dari Dataran Merdeka sampai parlimen," katanya.

Friday, August 30, 2024

PM: K'jaan sedia pinda undang-undang tangani hasutan perkauman

malaysiakini.com
Diterbitkan: Aug 30, 2024
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi amaran tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang ingin mencetuskan perbalahan kaum dan mencetuskan kekacauan.

Dalam ucapan Hari Kebangsaan 2024, Anwar berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk meminda undang-undang berkaitan sekiranya peruntukan sedia ada tidak mencukupi.

“Dalam kesempatan ini saya beri amaran, negara ini di tapak dan landasan yang sangat baik dan mampu diangkat cemerlang.

"Andai kata ada mana-mana kelompok kecil yang membawa hasutan kaum, ke arah keganasan dan kebencian dan permusuhan satu sama lain, saya tidak peduli apakah disenangi oleh media antarabangsa atau negara luar, tugas kita untuk selamatkan negara Malaysia tercinta ini.

"Dan kita gunakan segala kuasa dan kekuatan yang ada. Kalau tak cukup kita pinda, tambah peruntukan undang-undang, ambil tindakan supaya nebara ini selamat dan dapat diangkat sebagai negara hebat di rantau dan di dunia ini,” katanya kepada kira-kira 7,000 orang yang berkumpul di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Anwar, yang pada masa lalu dilihat sebagai pembela kebebasan bersuara dan penentang undang-undang yang menindas, baru-baru ini mendapat kritikan hebat kerana gagal memenuhi janji pilihan raya Pakatan Harapan mengenai pemansuhan Akta Hasutan 1948 - antara undang-undang yang digunakan untuk mengekang dakwaan cubaan mencetuskan perbalahan kaum dan agama.

Mengimbas kembali tema tahun ini, "Malaysia Madani: Jiwa Merdeka", Anwar mengingatkan rakyat Malaysia tentang perjuangan negara untuk kemerdekaan dan bagaimana kejayaan dicapai melalui kekuatan kolektif dan perpaduan.

“Saya yakin, dengan jiwa yang merdeka, dengan semangat rakyat yang dibangkitkan, tidak salah setiap kaum mempertahankan kaumnya, tidak salah kita memperkukuhkan kedudukan Islam dan agama lain, tidak salah untuk nak jaga kawasan kita, kampung kita, wilayah kita, negeri kita.

“Tetapi percayalah, semua ini boleh dilakukan dengan rasa cinta kepada negara kita, negara yang wujud bersama dan berpegang teguh antara satu sama lain,” katanya.

Friday, April 5, 2024

Akmal ditahan di Kota Kinabalu, 'no fear, no surrender', katanya

malaysiakini.com
Muhammad Shahrin Aizat Noorshahrizam
Diterbitkan: Apr 5, 2024 10:55 AM
Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh ditahan polis sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pagi tadi.

Dalam hantaran di Facebook hari ini, Akmal berkata bahawa ini di sebalik dia dijadual untuk merakam keterangannya di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur, esok.

“Insya-Allah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan

“Tidak akan berganjak walau seinci dengan pendirian kita,” tulisnya.

Dia juga memuat naik satu rakaman video yang memaparkan penahanan itu.

“No fear, no surrender,” katanya sebelum dibawa beredar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sambil tersenyum.


Semalam, aktivis politik dari Sarawak dan Sabah mendesak supaya Akmal dan empat yang lain yang didakwa mereka sebagai "dalang peningkatan ketegangan kaum dan agama, serta perselisihan sosial di negara ini", dilarang daripada memasuki kedua-dua negeri di Borneo itu.
Peter John Jaban, Wakil Sapa
Menurut Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa) dan Sabah Defenders of Ancestral Lands’ (Mopot) gesaan mereka itu bertujuan untuk melindungi Sarawak dan Sabah daripada potensi gangguan dan risiko kepada perpaduan sosial.
Razarudin Husain
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata siasatan terhadap Ketua Pemuda Umno itu dilakukan selepas tindakannya berhubung isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart.

Katanya, sebanyak dua laporan diterima polis terhadapnya berhubung isu berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Siasatan telah dijalankan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara (AGC) setelah kesemua tindakan melengkapkan siasatan diambil.

“Justeru, orang ramai diingatkan supaya tidak membangkitkan isu berkaitan stoking tertera kalimah Allah memandangkan mereka terlibat telah dituduh dan proses keadilan akan ditentukan oleh mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan.
Isu penjualan beberapa pasang stoking yang tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart baru-baru ini menyaksikan Akmal menjadi watak utama yang mengajak orang ramai memboikot syarikat berkenaan.

Langkah itu diambilnya di sebalik permohonan maaf syarikat berkenaan, selain titah Yang di-Pertuan Agong agar isu berkenaan diredakan. Malah pengasas dan pengarah syarikat tersebut telahpun diheret ke mahkamah.

Gesaan dan kempen boikot tersebut juga menyaksikan sekurang-kurangnya tiga serangan bom petrol dilakukan di tiga premis berasingan KK Mart, masing-masing di Perak, Pahang dan Sarawak.

Friday, August 11, 2023

DAP gantung ahli buat ‘ucapan provokatif’

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters - 11 Aug 2023

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook berkata, program itu dianjurkan Jun lalu dan bukannya ketika tempoh berkempen PRN.
Tangkap layar daripada video tular menunjukkan seorang lelaki mengecam sebuah parti politik kerana membangkitkan isu agama dan kaum.

PETALING JAYA: DAP menggantung seorang ahlinya yang didakwa membuat ucapan berunsur provokatif dalam sebuah majlis parti.

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook berkata, siasatan mendapati program itu dianjurkan Jun lalu, bukannya ketika tempoh berkempen PRN sekarang.

“Saya mengarahkan status keahlian individu itu digantung serta-merta. Jawatankuasa Disiplin DAP akan mengambil tindakan susulan.

“Individu berkenaan adalah ahli biasa DAP dan sama sekali tidak mewakili kepimpinan parti,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau berkata, pucuk pimpinan DAP mengutuk ucapan itu yang disifatkannya provokatif dan berunsurkan kata-kata kesat.

Beliau juga mendakwa video itu sengaja ditularkan “pihak tertentu” untuk memecah momentum kempen Pakatan Harapan dan Barisan Nasional untuk PRN esok.

Dalam video itu, seorang lelaki berpakaian jaket DAP dilihat menyampaikan ucapan dalam bahasa Kantonis yang disertakan sarikata mencerca “Parti Serban”.

Katanya, parti itu terkenal kerana memainkan isu agama dan perkauman, selain sering berkata ia akan “menang besar” dalam PRN enam negeri.

“Mereka fikir kami mudah dibuli, tetapi kami tidak takut dengan mereka kerana kami mempunyai sokongan anda.

“Malah, Umno telah tampil meminta permohonan maaf daripada kami. Apa yang lebih kelakar ialah MCA (telah meminta permohonan maaf daripada kami) juga.”

Sunday, July 9, 2023

Sentuh isu 3R:Polis siasat Guan Eng

satuberita.my
By Admin
-July 9, 2023
Lim Guan Eng

TIMBALAN Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk G. S. Suresh Kumar hari ini mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

Menurutnya, siasatan tersebut berhubung kenyataannya yang menyentuh isu 3R (agama, raja dan kaum).

Beliau berkata, siasatan dijalankan selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima beberapa laporan polis berkait perkara itu.

“Laporan polis yang diterima itu berkaitan kenyataan Guan Eng yang dipercayai menyentuh isu 3R dengan mendakwa ‘gelombang hijau’ bakal memusnahkan tokong dan menafikan hak agama di Pulau Pinang.

“Kenyataan itu dipercayai diucapkan beliau semasa berucap dalam program ‘Tian Fu Gong Bai Long Wang Singapore – Malaysia Tour 2023’ di Tokong Batu, Jelutong, Pulau Pinang pada 7 Julai lalu.

“Pada 8 Julai lalu (semalam), portal berita Malaysianow turut menyiarkan artikel berhubung kenyataan Pengerusi DAP itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berikutan itu, beliau berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman kini memulakan siasatan terhadap Guan Eng berhubung isu berkenaan.

Jelasnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan masih dijalankan, justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan,” katanya, lapor Berita Harian.

Suresh Kumar menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Terdahulu, sebuah portal berita tempatan yang memetik laporan akhbar Bahasa Mandarin melaporkan, Guan Eng memberi amaran kepada pengundi Pulau Pinang untuk menyekat ‘gelombang hijau’ daripada bertapak di negeri itu.

Guan Eng mendakwa, ia akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.

Monday, May 15, 2023

Kalimah Allah: Ummah tuntut penjelasan menteri agama

malaysiakini.com
Diterbitkan: May 15, 2023 4:48 PM
Gerakan Pembela Ummah (Ummah) menuntut Menteri Agama Mohd Na'im Mokhtar supaya memberi penjelasan berhubung keputusan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan mahkamah berhubung kes penggunaan nama Allah.

Timbalan pengerusinya, Dr Kamaruzaman Yusoff berkata bahawa Ummah berasa terkejut dan terkilan dengan keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan proses rayuan.

"Ummah menggesa agar menteri agama mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung keputusan drastik Kerajaan Madani.

“Hal ini kerana isu ini adalah isu yang berkait rapat dengan portfolio di bawah menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Menteri Agama Mohd Na'im Mokhtar.
"Sekiranya tiada penegasan daripada pihak berautoriti, dibimbangi akan ada kelompok yang akan bertindak ekstrem dan boleh mewujudkan perasaan tidak senang, tidak selamat, dan menggugat keharmonian serta kesejahteraan hubungan antara kaum," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Dia berkata demikian ketika mengulas laporan hari ini bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan dalam kes yang membenarkan seorang wanita Kristian Sarawak Jill Ireland menggunakan kalimah Allah.

Notis tidak meneruskan kes itu difailkan di Mahkamah Rayuan pada 18 April lepas.

"Keputusan yang dibuat secara unilateral ini seolah-olah menjatuhkan kredibiliti pihak-pihak berkepentingan yang bertanggungjawab dalam urusan hal ehwal Islam seperti Majlis Raja-Raja Melayu, Majlis Agama Islam negeri-negeri dan pelbagai institusi lain dalam negara ini.
Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Dr Kamaruzaman Yusoff.
"Ummah mendesak supaya pihak berwajib memikirkan semula tindakan ini dan meneruskan proses rayuan seperti sepatutnya," kata Kamaruzaman.

Katanya, Ummah juga akan mengadakan suatu sidang meja bulat bersama-sama NGO Islam serta pelbagai pihak lain dalam masa terdekat.

Pada 10 Mac 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan semakan kehakiman Ireland yang mahu mendapatkan pengisytiharan bahawa dia mempunyai hak menggunakan kalimah Allah untuk tujuan agama dan pendidikan.

Mahkamah Tinggi juga memutuskan bahawa arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 1986 yang melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah “Allah”, “Baitullah”, “Kaabah” dan “solat” sebagai menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan perlembagaan.

KDN dan kerajaan kemudiannya memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan pada 15 Mac tahun yang sama.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata keputusan kementeriannya yang membawa kepada penarikan balik rayuan terhadap keputusan mahkamah yang membenarkan seorang wanita Kristian Sarawak Jill Ireland menggunakan kalimah Allah.
Saifuddin dilaporkan berkata dia menyerahkan nota untuk memaklumkan pendirian Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada kabinet beberapa bulan lalu.

“Dalam hal ini, kalau tak silap saya, ia pendirian KDN dan saya perlu maklumkan kepada Jemaah Menteri, yang saya lakukan beberapa bulan lalu,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today.

Laporan itu menyatakan Saifuddin tidak mengulas panjang mengenai perkara itu namun berkata akan memberi lebih banyak maklumat pada sidang media akan datang.

Untuk rekod, pada 11 Mei 2008, cakera padat (CD) berjudul 'Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah', 'Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah' dan 'Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah', telah dirampas daripada Jill Ireland sebaik dia tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepan
g.

Wanita Melanau itu kemudian memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 untuk menuntut pemulangan CD yang dirampas itu serta bayaran ganti rugi.

Mahkamah Rayuan pada 23 Jun 2015, mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya CD itu dipulangkan kepada Ireland.

Thursday, March 23, 2023

'Muka gengster' anak emak

hmetro.com.my
Noor Hidayah Tanzizi
hidayah.tanzizi@hmetro.com.my
HUBUNGAN baik Muhammad Mikhael dengan ibunya sangat erat biarpun berlainan agama. FOTO Ihsan Muhammad Mikhael Sathayah
'Mak sokong masuk Islam'

Ipoh: Berpewatakan seperti 'gengster' dengan turut memakai rantai besi besar, bersinglet serta riak muka yang garang memang tampak menggerunkan apabila melihatnya namun sebenarnya lelaki ini 'anak mak'.

Hubungan baik Muhammad Mikhael Sathayah, 39, dengan ibu, M Muniamah, 73, yang digelar 'mak titew' sangat erat biarpun berlainan agama kerana pemuda berasal dari Tambun, Perak itu memilih memeluk Islam.

Hubungan erat dua beranak berbangsa India itu juga dilihat melalui video yang kerap dikongsikan Muhammad Mikhael di akaun TikToknya.

Gelagat menghiburkan Muhammad Mikhael yang turut mengelarkan diri 'muka gengster' mendapat perhatian warganet sejak beberapa bulan lalu.

Pemuda itu kerap berkongsi video bersama ibu tersayang dengan konten menarik dan lucu malah dia turut memakai baju serta sarung kaki berwarna merah jambu biarpun berimej 'gengster'.

Muhammad Mikhael berkata, biarpun mereka berlainan agama, ibunya tetap menerima ketentuan itu dengan hati terbuka malah hubungan mereka kekal erat dan saling menghormati.

Menurutnya, keputusannya memeluk Islam pada 2018 diterima ibu malah wanita itu turut menggalakkan dia menjadi Muslim yang baik biarpun keputusannya mendapat pelbagai reaksi orang sekeliling.

Katanya, sebelum ini dia merasai kekosongan dalam jiwa biarpun secara luaran tampak berjaya dan bekerjaya dengan pendapatan lumayan namun dia sebenarnya sentiasa mencari erti kehidupan.

"Sebelum ini, saya bekerja di kelab malam selama 10 tahun sejak usia 18 tahun. Ketika itu memang tidak pernah melihat matahari, pergi kerja jam 6 petang, pulang pula awal pagi menghampiri Subuh.

"Kehidupan ketika itu terasa kosong serta tidak bahagia terutama selepas pemergian ayah pada 2003. Saya mencari dan mengejar dunia, semakin hari semakin kosong hati saya," katanya ketika dihubungi Harian Metro, kelmarin.

Menurutnya, hatinya mula terjentik dengan Islam sejak 2008 selepas mendalami beberapa agama apabila mendengar satu suara 'aku yang cipta kamu, tapi ini aku berikan pada kamu terima sajalah' sebelum dia menemui jalan 'penamat' pada 2018.

Dalam tempoh 10 tahun, anak bongsu daripada dua beradik itu melawan dan berperang dengan dirinya agar tidak memilih Islam tetapi mengakui sepanjang tempoh itu, dia sudah mengalami perubahan positif seperti meninggalkan tabiat beli nombor ekor, minuman keras selain semakin menyayangi ibu dan berasa tenang setiap kali mendengar azan serta mahu ke masjid.
MUHAMMAD Mikhael aktif di aplikasi media sosial TikTok dengan imej ‘muka gengster’. FOTO Ihsan Muhammad Mikhael Sathayah

"Tetapi saya masih lawan perasaan itu, berperang dengan diri. Saya cakap saya tidak akan memeluk Islam. Selepas berhenti kerja di kelab, saya kerja di taman tema di Tambun dan rezeki saya mencurah dan dinaikan pangkat.

"Satu hari hidayah kedua datang apabila berlaku kejadian yang saya anggap hampir meragut nyawa berikutan berasa sangat sakit di dada hingga saya merasakan itu adalah saat pengakhiran hidup.

"Ketika rebah dan mahu menghubungi ambulans, azan Maghrib berkumandang dan saya cakap kalau saya tak mati, saya nak masuk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah. Rasa sakit itu kemudiannya beransur hilang," katanya yang kini sudah berhenti kerja dan menjadi pencipta kandungan sepenuh masa.

Muhammad Mikhael berkata, selepas itu, dia sempat berfikir jika ia hanya mainan perasaan sebelum tekad sepenuhnya memeluk Islam selepas seminggu kejadian berlaku.

"Saya rasmi melafazkan dua kalimah syahadah dengan tenang di pejabat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada 20 September 2018.

"Sebelum ke pejabat agama, saya beritahu mak terlebih dahulu hasrat masuk Islam. Mak terdiam serta terkejut, tetapi kemudian senyum dan beri kebenaran," katanya.

Menurutnya, pilihannya ini turut membawa kepada cakap orang sekeliling yang mengatakan ibunya sudah tiada anak, bukan seorang ibu yang baik dan terlalu memanjakannya namun semua itu tidak dihiraukan dan wanita tersayang terbabit tetap menerimanya.

"Saya sangat berterima kasih kepada mak yang sentiasa bersama saya sehingga kini, mak hadiahkan saya sejadah dan temankan saya ke masjid.

"Walaupun kami berlainan agama, mak tunggu di luar masjid. Saya kata panas tetapi mak kata tak apa.

"Saya dapat beli rumah sebelah rumah mak sebab saya tak mahu tinggalkan mak. Rezeki mak, saya nak berjiran dengan mak.

"Persepsi yang mengatakan mak hilang anak, kami tidak boleh bersama seperti sebelum ini ternyata salah. Hakikatnya kami masih bersama asalkan saya tahu batas agama. Bagi saya, mak segala-galanya dan saya sangat menyayanginya," katanya.

Bercerita lanjut, Muhammad Mikhael berkata, dia mengakui hidayah kedua sangat jelas dan terang namun perjalanannya sebagai Muslim masih terlalu panjang.

Katanya, tahun pertama bergelar mualaf dia tidak menunaikan solat dan semuanya berubah selepas berpuasa sepanjang tahun kecuali pada hari yang dilarang dalam agama.

Mengakui dirinya kini tenang dan jiwanya juga tidak berasa kosong, dia juga masih berusaha menjadi Muslim yang baik dan sentiasa mendalami Islam.

"Saya berterima kasih kepada rakan, Cef Tarmizi, Abang Fitri dan Abang Ijan yang banyak membimbing dan menghadiahkan sejadah serta al-Quran kepada saya," katanya yang turut menghargai bantuan rakannya, DJ Fluffy berikutan banyak membantu di saatnya susah dan senang.

Berhubung video TikToknya, Muhammad Mikhael berkata, dia hanya menjawab soalan pengikutnya dan tidak menyangka akan tular hingga mendapat perhatian pelbagai pihak.

"Saya memang tidak pernah cerita dalam TikTok mengenai agama, jadi apabila ramai bertanya, saya ambil keputusan bercerita dan mungkin juga sudah sampai masanya. Saya akan menjaga imej Islam dengan baik termasuk dalam konten.

"Memakai baju merah jambu itu pada mulanya untuk menghiburkan rakan yang berasa lucu melihat saya pakai 't-shirt' merah jambu ke 'gym' dan wajah gengster itu juga hanya imej saja," katanya.

Disiarkan pada: Mac 23, 2023

Sunday, December 25, 2022

Kerajaan UMNO-DAP Pahang didakwa batal kuliah agama ADUN Chenor

satuberita.my
By SatuBerita
-December 25, 2022
Datuk Jasri Jamaludin

KERAJAAN Pahang yang diterujui UMNO-DAP didakwa membatalkan kuliah ADUN Chenor, Mujibur Rahman Ishak di Masjid As-Sobirin Felda Jengka 4, petang semalam.

ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin berkata setelah menghubungi Mujibur untuk mendapatkan kepastian, memang benar kuliah tersebut dibatalkan setelah mendapat arahan dari pihak atasan.

“Saya sangat sedih, kecewa dan kesal dengan pentabiran Kerajaan UMNO-DAP sekarang. Bukan sahaja sudah hilang akal tetapi juga sudah hilang rasa keimanan di dalam diri.

“Kuliah untuk memberi ilmu agama dan kefahaman mengenai akidah juga telah tidak dibenarkan. Anak-anak kariah Masjid Jengka 4 kini dinafikan hak untuk belajar dan menambah ilmu kefahaman agama serta menyambung pengajaran yang sudah bertahun berkuliah di situ.

“Saya dimaklumkan YB Ustaz Mujibur Rahman berkuliah di Masjid Jengka 4 ini sudah lebih 3 tahun. Kuliah yang disampaikan juga adalah dari Kitab Aqidah Ahli Sunnah Waljama’ah yang dikarang oleh Almarhum bekas Mufti Sabah. Beliau juga seorang yang berkelulusan dan berkelayakan serta mendapat tauliah,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Jasri berkata yang juga Ketua Bahagian BERSATU Maran kesal apabila semangat perjuangan agama, bangsa dan negara dibakulsampahkan dan digadai hanya kerana mahukan kuasa.

Katanya, kini jelas selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kesan kerjasama UMNO dan DAP menyebabkan perkara ini sudah mula timbul.

“Penduduk negeri Pahang ini mengikut kajian tahun 2020 adalah seramai 1,591,295 orang. 80 peratus adalah penduduk Melayu Islam. Ke mana hilangnya semangat perjuangan agama, bangsa dan negara yang UMNO perjuangkan lebih 70 tahun? Hanya kerana mahukan kuasa, prinsip dan perjuangan datuk nenek kita dahulu dibakulsampahkan dan digadai.

“Besar sungguh pengaruh DAP dalam kerajaan negeri Pahang sehinggakan hal ehwal pentadbiran agama Islam juga turut mahu dicampuri. Itu baru sebulan duduk sekandang, makan sepinggan dan tidur sebantal.

“Saya berharap kalau pun bukan MB Kerajaan UMNO-DAP, Exco Agama dapat mempertimbangkan semula keputusan sebegini dan memberi penjelasan sacara rasional,” katanya.

Thursday, July 21, 2022

Haram sembahyangkan jenazah orang hina Islam -Azhar Idrus

 TUN CARLOS
 JULY 21, 2022

Sejak kebelakangan ini, kes menghina agama Islam dilihat semakin menjadi-jadi dan seperti satu ‘trend’ sehingga mencetuskan perbalahan dalam kalangan banyak pihak.

Mereka yang menghina Islam juga kebanyakannya masih beragama Islam dan tanpa segan silu mengutuk agama yang dianuti mereka.

Hina Islam & nabi2 dikira sudah murtad

Susulan daripada itu, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus memaklumkan bahawa jenazah orang yang menghina agama Islam haram untuk disembahyangkan.

Merujuk kepada laporan dari Kosmo! memetik daripada ceramah yang disampaikan oleh beliau, fatwa ahli sunnah wal jamaah ada menyebut individu yang menghina Islam telah diisytiharkan kafir murtad walaupun mengaku dia adalah Islam.

Elok letak nama dan mukanya di papan tanda masjid-masjid, kalau dia mati kita tidak boleh dan haram sembahyang serta kebumikan jenazah tersebut.

“Orang yang menghina Islam dan nabi-nabi ini sudah murtad, bukan itu sahaja siapa yang menentang dan menyebelahi orang bukan Islam juga adalah munafik,” ujarnya.

Orang2 munafik!

Tambah Ustaz Azhar lagi, golongan seperti itu merupakan orang-orang munafik apabila berada di akhirat nanti dan akan berada di neraka paling bawah.

Bukan itu sahaja, beliau menekankan bahawa orang Islam yang memaki dan menghina Islam, menghina nabi serta al-Quran sememangnya secara jelas telah murtad dan kafir.

“Sekarang ini ada orang kafir yang menentang dan menghalang ulama-ulama, penceramah-penceramah kita untuk perjuangan Islam, ada orang Islam yang menyokong mereka ini adalah munafik.

“Kaum munafik yang ada dalam golongan ini akan berada dalam neraka paling bawah,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, beberapa kes menghina agama Islam telah tular di media sosial bermula dengan seorang wanita membuat persembahan komediri di sebuah kelab komedi dengan membuka baju walaupun mengakui menghafaz 15 juzuk al-Quran.

Tak lama setelah itu, tular pula video seorang lelaki menghina Islam dan nabi diikuti video seorang lelaki yang dipercayai penagih dadah turut melakukan tindakan sama.

Sumber: Kosmo!

Wednesday, July 13, 2022

Siti Nuramira didakwa cetus permusuhan, kebencian

malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Jul 13, 2022
Seorang wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menimbulkan menyebabkan permusuhan dan kebencian atas di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Justeru Siti Nuramira Abdullah kemudian meminta agar dibicarakan atas pertuduhan tersebut.

Siti Nuramira didakwa melakukan kesalahan berkenaan semasa membuat persembahan komediri dengan mengeluarkan kenyataan kontroversi membabitkan Islam di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) pada minggu lalu.

Dia yang mengenakan jaket hitam dan baju oren kelihatan tenang semasa pertuduhan dibacakan terhadapnya di depan hakim.

Siti Nuramra didakwa mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, kebencian permusuhan, niat jahat, atau menjejaskan keharmonian atau perpaduan, atas alasan agama.

Jika nanti didapati bersalah dia boleh dihukum penjara sekurang-kurangnya dua tahun tetapi tidak lebih lima tahun.

Sebelum ini, orang ramai dikejutkan dengan satu klip video pendek memaparkan seorang wanita berbaju kurung dan mengaku menghafaz 15 juzuk al-Quran yang kemudian menukar pakaiannya menjadi seksi.

Insiden itu berlaku dalam satu sesi persembahan di atas pentas Crackhouse Comedy Club di TTDI, Kuala Lumpur.

Semasa prosiding di hadapan hakim Siti Aminah Ghazali, timbalan pendakwa raya Najihah Farhana Che Awang memohon mahkamah tidak memberikan jaminan ke atas tertuduh.

Mohon ikat jamin RM50,000

Peguam bela Siti Nuramira, R Selvaraj, kemudiannya berhujah, wanita terbabit patut dibenarkan diikat jamin RM4,000 kerana telah bekerjasama dengan polis sepanjang siasatan dijalankan.

Peguam itu menegaskan, apabila Siti Nuramira, 26, dihubungi polis berhubung video tular itu, dia telah berada di kediaman terbabit dan menunggu sehingga pihak berkuasa datang untuk menahannya pada Sabtu lalu.

“Kerjasamanya dengan polis semasa siasatan perlu diambil kira kerana tiada risiko dia tidak hadir ke mahkamah atau melarikan diri.

“Apabila polis menghubunginya berhubung kejadian video tular, enam jam sebelum polis tiba di rumahnya, dia tidak melarikan diri dan menunggu polis datang.

"Walaupun ditahan, dia memberikan kerjasama semasa dalam reman," katanya.

Tambah Selvaraj, tertuduh kehilangan pekerjaan di sebuah firma pemasaran dan perhubungan awam kerana kesan Covid-19 dan kini hanya memperoleh pendapatan RM3,000 sebagai kakitangan sebuah syarikat teknologi maklumat.

Najihah memberitahu mahkamah, jika ia cenderung memberi jaminan kepada tertuduh, maka mereka memohon jaminan ditetapkan RM50,000 dengan seorang penjamin tempatan.
Najihah juga memohon mahkamah mengenakan syarat jaminan tambahan iaitu menyita pasport tertuduh dan mewajibkan dia melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

“Kes hari ini telah mendapat perhatian orang ramai. Jaminan yang rendah akan menjejaskan persepsi orang ramai terhadap badan kehakiman dan sistem perundangan,” katanya.

Seorang lagi peguam bela tertuduh, Shaharudin Ali, kemudian melahirkan rasa terkejut dengan jaminan RM50,000 yang dicadangkan dan menganggap ia sebagai "tidak masuk akal".

“Isu mengenai persepsi orang ramai terhadap mahkamah yang dikatakan terancam bukanlah faktor relevan yang disebut oleh mahkamah kita. Mahkamah akan mempunyai sentimen neutral,” kata peguam itu.

Siti Aminah kemudian Siti Nuramirah diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia, selain memerintahkan dia melaporkan diri di balai Brickfields setiap bulan.

Hakim turut memerintahkan Siti Nuramira menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan tidak membuat ulasan berhubung kes itu.

Siti Aminah juga menetapkan 18 Ogos ini untuk sebutan kes tersebut.

[Baca berita penuh]

Monday, June 13, 2022

Sejauh mana kursus anti-rasuah berjaya jika pemimpin gagal tunjuk teladan, soal ahli akademik

freemalaysiatoday.com
Dineskumar Ragu
-June 13, 2022 8:30 AM
Seorang ahli akademik berkata cadangan mewujudkan kursus anti-rasuah di universiti tidak difikirkan secara mendalam.
GEORGE TOWN: Seorang ahli akademik mencadangkan bahawa kursus menentang diskriminasi, kebencian dan ketidaksamaan lebih baik daripada cadangan kerajaan untuk mengadakan kursus integriti dan anti-rasuah di universiti.

Zaharom Nain yang juga Pengerusi Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) agak ragu-ragu dengan idea itu kerana menurutnya, ia tidak boleh diajar menerusi kursus.

Katanya, didikan mengenai bahaya rasuah dalam kalangan belia tidak memadai memandangkan pemimpin politik dan agama di negara ini gagal menunjukkan contoh yang baik.

“Sejauh mana kursus anti rasuah ini akan berjaya apabila ada pemimpin politik secara terbuka menayang pakaian dan jam mahal di khalayak ramai yang jelas mereka sendiri tidak mampu membelinya dengan gaji masing-masing?” katanya.

“Cakap tak serupa bikin,” katanya.


“Lebih baik mengadakan kursus yang menyemai nilai berfaedah di sekolah atau universiti dalam menentang diskriminasi, kebencian dan ketidaksamaan berbanding kursus anti-rasuah yang teknikal dan mengarut,” katanya.

Beliau berkata, amalan dan budaya rasuah adalah akibat daripada sistem eksploitasi politik-ekonomi yang lebih luas, keselesaan harta benda dan memaksimumkan keuntungan.

Katanya, “tiada sedikit pun pengajaran” mengenai rasuah akan membantu untuk mengekangnya.

Zaharom, yang merupakan profesor komunikasi di Universiti Nottingham Malaysia, berkata kerajaan tidak berfikir secara mendalam untuk mewujudkan kursus itu dan mempersoalkan sejauh mana keberkesanannya apabila profesion perguruan sendiri didakwa terlibat dalam amalan rasuah.

Lebih baik perkenal kursus anti-rasuah di sekolah, kata aktivis

Bagaimanapun, Ketua Pertubuhan Rasuah Busters, Nurhayati Nordin mengalu-alukan idea berkenaan dan mencadangkan supaya kursus itu dilengkapi dengan mekanisme pengajaran tidak formal seperti persidangan, libat urus dengan kumpulan masyarakat sivil anti-rasuah dan aktiviti simulasi.

“Kaedah pengajaran tidak formal ini juga sama penting (kerana kursus itu) untuk mengurangkan potensi punca rasuah dalam kalangan belia dan pelajar,” katanya.

Wednesday, January 19, 2022

AJK Fatwa Perlis tegur amalan sertai perayaan bukan Islam

malaysiakini.com

Diterbitkan: Jan 19, 2022 6:09 PM

Seorang daripada anggota Jawatankuasa Fatwa Perlis hari ini mengingatkan orang ramai mengenai perlunya seseorang Muslim mengehadkan dirinya dalam pembabitan sambutan agama lain.

Menurut Kamilin Jamilin seseorang Muslim tidak seharusnya menyambut perayaan agama bukan Islam atau melakukan sebarang upacara yang kelihatan seperti meraikan hari simbolik agama lain.

"Allah SWT melarang umat Islam berkompromi dan terlibat dengan sebarang bentuk peribadatan dan ritual agama lain berdasarkan surah al-Kafirun yang kebanyakan kita menghafalnya," katanya.

Dia yang juga penasihat akademik Akademi al-Khayr memuat naik kenyataan tersebut ketika sesetengah pihak mempertikaikan kehadiran Ahli Parlimen Pekan Najib Razak ke Batu Caves sempena sambutan Thaipusam semalam.

Rakaman kunjungan bekas perdana menteri itu turut tular di media sosial.

Kata Kamilin Islam melarang seseorang Muslim berkunjung ke rumah ibadat agama lain pada hari perayaan mereka walaupun atas alasan untuk perpaduan.

"Begitu juga tidak seharusnya seorang Muslim menggayakan diri atau berkelakuan dengan sesuatu yang menyerupai agama lain dalam hal yang menjadi syiar atau pengkhususan atau tradisi keagamaan mereka," katanya.

Agar tak keliru

Tambah Kamilin ada banyak cara atau aktiviti lain yang boleh dilakukan seseorang Muslim untuk memupuk perpaduan atau mempamerkan keharmonian sesama rakyat.

Sebagai contoh, katanya, ia boleh dibuat melalui sifat ihsan, pelaksanaan keadilan dan tidak menzalimi antara satu sama lain.

"Pemimpin Muslim dan umat Islam perlu peka dengan hal ini," katanya.

Sementara itu anggota Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah, Faiz Fadzil, meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Idris Ahmad menjelaskan hukum Najib berkunjung ke Kuil Sri Subramaniar semalam.
Katanya Thaipusam dianggap perayaan keagamaan untuk agama Hindu, bukannya sambutan kebudayaan kaum India.

"Bagi umat Islam, kita memang menghormati amalan setiap agama, tetapi adakah kehadiran Najib sebagai seorang Muslim ke perayaan Thaipusam tersebut menyalahi hukum syarak?" katanya.

Sebagai menteri agama, kata Faiz, naib presiden PAS itu mempunyai autoriti untuk menjelaskan tanda tanya itu kerana sebelum ini Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah menegah kunjungan ke rumah ibadat bukan Islam semasa perayaan agama.

"Perkara ini penting untuk dijelaskan oleh menteri agama supaya masyarakat Islam di negara ini tidak keliru," katanya.

Thursday, November 4, 2021

Undang-undang liwat Kelantan tak berperlembagaan, kata majlis perundingan agama

malaysiakini.com
Diterbitkan: Nov 4, 2021 10:20 AM

Majlis Perundingan bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, dan Tao Malaysia (MCCBCHST) menggesa kerajaan negeri Kelantan menyemak semula undang-undang jenayah syariah yang dikuatkuasakan baru-baru ini di negeri itu, termasuk hukuman terhadap kegiatan homoseksual dan kesalahan-kesalahan lain.

Memetik duluan undang-undang, presidennya Jagir Singh berkata bahawa kuasa untuk menggubal undang-undang berkaitan hal jenayah adalah terletak pada Parlimen.

“Oleh itu, kerajaan Kelantan harus menyemak semula Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan dan selarikannya dengan keputusan Mahkamah Persekutuan di atas, untuk mengelakkan konflik dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dia merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan pada Februari dalam kes oleh Iki Putra Mubarak melawan undang-undang syariah Selangor yang menganggap seks luar tabii sebagai jenayah.

Mahkamah itu menyatakan bahawa memandangkan kedua-dua badan perundangan negeri dan persekutuan telah menguatkuasakan undang-undang ke atas hal undang-undang jenayah yang sama, maka kedua-dua undang-undang itu tidak boleh wujud serentak.

Oleh hal yang demikian, undang-undang negeri berkenaan adalah menyalahi peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa badan perundangan negeri tidak mempunyai kuasa menggubal undang-undang berkaitan hal-hal di bawah bidang kuasa persekutuan.

“Ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Iki, kesalahan liwat sudah pun menjadi satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan - undang-undang persekutuan - dan oleh itu kandungan ‘liwat’ dan kesalahan homoseksual lain di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan terbatal,” kata Jagir.

Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 Kelantan berkuat kuasa bermula 1 Nov dengan 24 peruntukan baru, termasuklah sihir, dakwaan palsu, percubaan keluar Islam, memutarbelitkan ajaran Islam, tidak menghormati Ramadan, memusnahkan tempat ibadat, persetubuhan dengan mayat dan persetubuhan dengan bukan manusia.

Ia mengggantikan Enakmen Jenayah Syariah 1985 Kelantan. Denda adalah berbeza mengikut kesalahan, dengan hukuman maksimum adalah penjara tiga tahun, denda RM5,000, dan enam kali sebatan.

Undang-undang baru beri gambaran kabur tentang Islam - SIS

Sementara itu, Sisters in Islam (SIS) turut mempertikaikan keabsahan undang-undang baru itu, selain kebimbangan lebih luas mengenainya.

Katanya, ia memberikan gambaran yang kabur tentang Islam dan menekan pemikiran kritis.

“Kami turut berpandangan perkembangan ini membimbangkan dan berbahaya, kerana ia menyalahi prinsip asas demokrasi dengan mengekang pemikiran dan luahan kritis melalui peruntukan yang sembarangan dan menghukum mereka yang tidak patuh.

“Ia tidak menggambarkan Islam yang inklusif, progresif dan toleran, tetapi hanya memaparkan Islam sebagai agama yang bersifat menghukum memandangkan tidak ramai orang Islam yang berani mempersoalkan, mencabar bahkan membincangkannya hal-hal keagamaan, meskipun mereka mencurigai ajaran yang kelihatan tidak adil dan tidak kena dengan peredaran zaman dan keadaan,” kata kumpulan berkenaan.

SIS turut mempersoalkan kenyataan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakob bahawa undang-undang itu bukan semata-mata menghukum tetapi bertujuan memberi kesedaran kepada pesalah syariah untuk menepati perintah agama dan menjadikan syariat Islam sebagai panduan kehidupan.

“Apa maksud sebenar restoratif dan retributif dalam konteks ini?

“Meskipun ada dinyatakan untuk melakukan perkhidmatan sosial bagi pesalah remaja di bawah pemantauan imam masjid, apa pemahaman di sebalik restoratif dan retributif untuk tindakan yang dianggap jenayah di bawah Kanun Jenayah Syariah ini dan bagaimana ia akan dicapai dalam pembentangan Akta 355 yang semakin hampir?” soalnya.

Akta 355 merujuk kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. PAS memperjuangkan untuk meminda undang-undang itu bagi membenarkan mahkamah syariah mengadakan hukuman lebih berat sehingga 30 tahun penjara, RM100,000 denda dan 100 kali sebatan.

Had semasa di bawah Akta 355 adalah penjara tiga tahun, RM5,000 denda, dan enam kali sebatan.

Pindaan yang dicadangkan itu dilihat sebagai usaha PAS bergerak ke arah melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan dan Terengganu.

Monday, February 10, 2020

Warga emas didenda RM15,000 hina Nabi Muhammad saw dan isteri baginda

Bernama


Seorang lelaki warga emas didenda RM15,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan menghantar komunikasi jelik menghina Nabi Muhammad saw dan isteri baginda, Saidatina Aisyah menerusi akaun Facebook.

Hakim M.M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Wai Foo Sing, 69, selepas tertuduh mengaku bersalah memuat naik karikatur jelik yang dikatakan Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Aisyah.

“Komen tertuduh yang jelik dan menyinggung disertakan dalam catatannya di media sosial. Tidak dapat dinafikan bahawa dalam kes ini, tindakan tertuduh adalah tidak wajar, menyinggung dan jelik berdasarkan agama dan ia telah melampaui kebebasan bersuara yang dibenarkan mengikut perlembagaan.

“Jenayah menghina agama seseorang tidak hanya bertentangan dengan penganut agama tertentu tetapi juga berlawanan dengan nilai dan fungsi agama tersebut,” kata hakim itu.

Pada 20 Jan, Wai menukar pengakuannya kepada bersalah mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Dia melakukan kesalahan itu pada 5 petang, 17 Feb 2019 dan hantaran itu telah dibaca pada 12 tengah hari, 18 Feb di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, Wangsa Maju.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Annur Atiqah Abdul Hadi manakala Wai diwakili peguam Gabriel Susayan.

— BERNAMA

Berita penuh https://malaysiadateline.com/warga-emas-didenda-rm15000-hina-nabi-muhammad-saw-dan-isteri-baginda/

Saturday, January 11, 2020

G25: Jika mahu tinggalkan Islam, itu antara dia dan Tuhan

Diterbitkan Hari ini 12:50 tengahari

BERITA

Kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 membidas undang-undang yang menghukum seseorang berlandaskan kesalahan agama yang dilakukan.

Demikian menurut kertas laporan yang dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa, Asiah Abu Samah yang juga merupakan wakil G25 bertajuk “Administration of Matters Pertaining to Islam”

Jelas G25 dalam laporan tersebut, tindakan undang-undang terhadap individu tidak bersolat jumaat misalnya adalah tidak wajar dan mengatakan perkara dilakukan seorang Islam terhadap agamanya adalah antara individu itu dengan Tuhan.

Laporan itu juga mengatakan undang-undang berkenaan tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan beragama.

“Perkara 11(1) memberi jaminan kepada semua orang di Malaysia, bukan hanya warganegara atau bukan Islam, 3 hak yang berbeza, iaitu, hak menganut, mengamalkan dan menyebarkan agamanya.

“Tidak ada asas yang dibenarkan perlembagaan untuk melarang penganutan agama seseorang,” katanya.

Selain itu, G25 berpendapat tiada orang boleh dipaksa mempercayai Tuhan dan tiada mana-mana orang boleh dipaksa kekal dalam Islam.

Bagaimanapun, kumpulan itu berkata meninggalkan Islam adalah sesuatu yang dikesali.

“Bagaimanapun sekiranya dia tetap mahu meninggalkan Islam, maka itu antaranya dengan Tuhan. Tidak ada hukuman duniawi yang diperuntukkan dalam al-Quran,” katanya lagi.
G25 juga memaklumkan Malaysia pernah ada undang-undang yang mengesahkan seorang itu sudah murtad.

“Undang-undang itu sudah dimansuh dan digantikan dengan peruntukan undang-undang yang tidak jelas di “kebanyakan negeri” yang membolehkan Mahkamah Tinggi Syariah mengisytiharkan seseorang itu bukan lagi seorang Islam,” katanya.

Turut hadir pada perbincangan laporan ini adalah, Pesuruhjaya Suhakam Madeline Berma, Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa untuk Pendidikan Noor Azimah Rahim, pemikir terkemuka Chandra Muzaffar dan Pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF)Dr Ahmad Farouk Musa.

'Penubuhan MKI, Jakim tak ikut perlembagaan'

Sementara itu, G25 mendakwa penubuhan Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mengikut perlembagaan.

Kumpulan itu berkata, tiada peruntukan dalam perlembagaan untuk penubuhan organisasi berkenaan.

“Perkara-perkara berkaitan agama orang Islam dan adat Melayu adalah bidang kuasa eksklusif badan perundangan negeri dan majlis eksekutif negeri,” kata laporan itu.

"G25 juga maklum bahawa kuasa Majlis Raja-raja, yang dihadkan kepada perkara-perkara yang ditetapkan dalam Perkara 38 Perlembagaan, tidak termasuk menubuhkan sebuah agensi persekutuan seperti MKI atau Jakim.

“Bagaimanapun, kami menghargai tujuan menubuhkan MKI adalah untuk mempunyai suatu agensi persekutuan untuk menyelaras dan mengalakkan penyeragaman dalam pentadbiran undang-undang Islam dalam kalangan negeri.

“Perlembagaan perlu dipinda jika ada keperluan untuk suatu agensi seperti itu”, jelas laporan berkenaan.

Selain itu, G25 juga menjelaskan Jakim, di samping berkhidmat sebagai sekretariat MKI, juga diamanahkan dengan fungsi-fungsi seperti kemajuan Islam dan kegiatan dakwah.

“Isi fungsi-fungsi itu, boleh dikatakan, melebihi kuasa eksekutif persekutuan (yang boleh dijalankan Kabinet), memandangkan kuasa eksekutif persekutuan tidak termasuk agama orang Islam kecuali di Wilayah Persekutuan sahaja.

“Kabinet mengamanahkan fungsi-fungsi khusus itu kepada Jakim dan oleh itu tidak konsisten dengan perlembagaan,” katanya.

MKI ditubuhkan sebagai pihak berkuasa tertinggi kebangsaan untuk menjadi platform tertinggi sebagai badan penyelaras pentadbiran agama Islam seluruh Negara. Jakim merupakan sekretariat kepada MKI.

Untuk rekod, G25 adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyuarakan perspektif wasatiyyah dalam hal keagamaan, memperkukuh institusi perundangan serta mempertingkatkan mutu pentadbiran dan pemerintahan negara.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-