Tuesday, January 6, 2015

Tambang bas naik sebenlum GST........?

Tambang bas naik 50 peratus, SPAD lepas tangan

(Oleh: Fiza Halim)

KUALA LUMPUR 6 JAN: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) seolah-olah membiarkan pengusaha bas sekolah menaikkan kadar tambang sehingga 50 peratus dan tiada tindakan susulan dibuat berhubung perkara ini, kata Pengerusi Biro Kepenggunaan KEADILAN, G Manivanan.

“SPAD sepatutnya kawal kadar kenaikan ini supaya ia tak merumitkan ibubapa dan juga pengusaha bas. Tetapi nampaknya SPAD lepas tangan dalam menangani perkara ini.
“Ia membuka ruang kepada pengusaha bas untuk menaikkan tambang bas mereka sesuka hati dan ini membebankan ibubapa yang terpaksa membayarnya nanti,” tegas Manivanan ketika dihubungi.

Sebuah portal hari ini melaporkan, Pengusaha bas sekolah mengambil pendirian bahawa mereka bebas menentukan struktur tambang menjelang musim persekolahan yang akan bermula Ahad ini kerana keengganan SPAD memperkenalkan harga siling.

Tambah Manivanan yang juga Ahli Parlimen Kapar, beliau mendesak SPAD mengkaji kenaikan tambang tersebut dengan teliti, dengan memikirkan keadaan ibubapa yang terpaksa menanggung kos yang tinggi.

“Perkara ini tidak akan menemui jalan penyelesaian jika tiada tindakan daripada pihak SPAD sendiri.

“Kalau ibubapa yang mempunyai anak yang ramai dan semuanya terpaksa menggunakan perkhidmatan bas sekolah? Macam-mana nak bayar, dan takkan nak biarkan anak-anak mereka tak pergi sekolah,” ujarnya.

Menurut Presiden Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSM) Amali Munif Rahmat, peratusan kenaikan akan diputuskan oleh pengusaha bas sendiri selepas kadar tambang asas bas sekolah yang diwarta di bawah Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pada 2009 sudah tidak relevan lagi.

Jelasnya, walaupun pengusaha bas tersepit dalam kemelut ini, individu yang paling terkesan adalah ibu bapa yang bergantung kepada perkhidmatan bas sekolah untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-