Pembinaan sebuah kuil tidak akan menjadikan Putrajaya kawasan Hindu.
SERDANG : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar PERKASA yang mempertikai keputusan memberikan kebenaran membina kuil di Putrajaya.
Katanya, pembinaan sebuah kuil di Putarajaya tidak akan menjadikan semua orang di kawasan itu Hindu.
“Kenapa buat bising? Kita negara majmuk, negara yang berbilang bangsa, kaum dan negara,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran projek dan galeri jualan Parkhill Residence di One South, Seri Kembangan.
Tengku Adnan yang juga merupakan Ahli Parlimen Putrajaya berkata, kuil yang dibina itu berbeza dengan kuil yang lain.
“Ia merupakan tempat untuk menarik pelancong. Di dalam kuil itu ada dewan, perpustakaan dan semua orang boleh pakai..bukan sahaja orang Hindu. Kalau orang Islam dan Kristian nak menggunakan dewan kuil itu pun boleh,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.