Showing posts with label Menteri Wilayah Persekutuan. Show all posts
Showing posts with label Menteri Wilayah Persekutuan. Show all posts

Saturday, February 15, 2025

Siasatan kontroversi projek DBKL di peringkat akhir

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
15 Feb 2025, 11:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata beliau setakat ini masih belum menerima taklimat daripada DBKL.
Afdlin Shauki sebelum ini menafikan dakwaan salah laku dalam perolehan projek bawah DBKL. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Siasatan dalam terhadap dakwaan salah laku projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bernilai RM4 juta yang dikaitkan dengan pelakon dan pengarah, Afdlin Shauki sudah berada di peringkat akhir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata beliau setakat ini masih belum menerima taklimat daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur Maimunah Mohd Sharif berhubung hasil siasatan.

“Saya akan menentukan tarikh yang sesuai untuk mendengar taklimat itu yang dijangka diadakan secepat mungkin.

“Saya pasti ramai yang tahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sedang menyiasat kes ini dan kita akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak penguat kuasa yang bertanggungjawab,” katanya pada majlis perasmian Karnival Sukan Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2025 hari ini, lapor Berita Harian.

Media sebelum ini melaporkan, DBKL menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Maimunah dilapor mengesahkan siasatan itu dan sedang bekerjasama rapat dengan unit integriti DBKL.

Dakwaan salah laku membabitkan ahli lembaga penasihat terbabit mula tular di media sosial sejak akhir bulan lalu.

Ia membabitkan pelanggaran proses tadbir urus berkaitan perolehan projek kerja penerbitan bahan kreatif untuk DBKL bernilai RM4 juta, yang didakwa tidak diberikan melalui tender terbuka.

Afdlin kemudiannya mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan salah laku dalam perolehan projek di bawah DBKL.

Beliau mendakwa isu berkenaan sengaja dimainkan untuk memburukkan namanya.

Friday, May 3, 2024

Dr Zaliha terus kunci mulut berkaitan Titah Adendum, minta rujuk ulasan PM

bharian.com.my
Oleh Mohd Iskandar Ibrahim
bhnews@bh.com.my
 - Mei 3, 2024 @ 2:31pm
Menteri Wilayah Perseketuan, Dr Zaliha Mustafa. - Foto fail NSTP

PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa enggan mengesahkan atau menafikan kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung pengampunan Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, Dr Zaliha yang juga Ahli Lembaga Pengampunan hanya bertindak mengunci mulut ketika diajukan persoalan berkenaan.

Beliau kemudiannya meminta semua pihak merujuk ulasan yang sudah diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai perkara itu, baru-baru ini.

"Dah ada from (dari) Datuk Seri (Anwar), you just follow (anda hanya ikut) apa yang Datuk Seri dah sebut itu, nothing more from me (tiada apa dari saya)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Semarak Aidilfitri Wilayah Persekutuan Putrajaya di sini, hari ini.

Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar ketika berucap pada Konvensyen 25 Tahun PKR di Shah Alam pada 21 April lalu, menegaskan sebarang keputusan berhubung Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 berkaitan tahanan di rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mesti diputuskan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak mahu mencampuri urusan berkenaan, biarpun ditohmah dan dilempar dengan pelbagai kritikan kononnya tidak berbuat apa-apa.

Pada 1 April lalu, Najib, 70, memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum atau titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Titah Adendum itu supaya bekas Perdana Menteri terbabit menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Susulan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit selaku 'saksi kritikal' yang mengikrarkan afidavit bagi menyokong permohonan Najib mendapatkan kebenaran semakan kehakiman mencabar kewujudan Titah Adendum itu.

Menerusi afidavit diikrarkan Ahmad Zahid pada 9 April lalu, Timbalan Perdana itu berkata, beliau dimaklumkan mengenai kewujudan titah itu oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO berkenaan di Country Heights, pada 30 Januari lalu.

Friday, October 25, 2019

Lembaga pentadbir Kg Baru tidak setuju RM1,000, dakwa agenda halau orang Melayu



Lembaga Pentadbir Petempatan Pertanian Melayu Kampung Baru (MAS) berkata, walaupun kerajaan bersetuju menaikkan harga tanah Kampung Baru kepada RM1,000 berbanding RM850 sebelum ini, ia tetap satu agenda mahu menghalau orang Melayu dari kawasan tersebut.

Sehubungan itu, Setiausaha Kehormat MAS, Shamsuri Suradi meminta Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berhenti bermain politik.

“Saya berani cakap macam ini. Kalau sudah jual mana mereka nak tinggal? Dapat duit lepas itu merempat.

“Ini nak pecahkan orang Melayu supaya tidak ada di Kuala Lumpur. Kita sudah ‘menghidu’,” katanya kepada FMT.

Susulan rayuan dan desakan, semalam kerajaan mengumumkan kadar harga baru tanah Kampung Baru iaitu RM1,000 satu kaki persegi.

Pengumuman itu dibuat Khalid selepas perbincangan dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bagi menyelesaikan kemelut pelan pembangunan kampung itu.

Tawaran yang diumumkan itu disifatkan sebagai yang terakhir oleh kerajaan.

Dalam pada itu, Shamsuri yakin 70 hingga 80% penduduk Kampung Baru tidak akan setuju dengan tawaran baru daripada kerajaan itu.

Beliau berkata rata-rata penduduk Kampung Baru mahukan pembangunan bukan untuk menjual tanah mereka.

“Walaupun tidak dinafikan ada yang mahu menjual tanah mungkin dalam 800 orang tetapi, ada 5,000 lebih penduduk di Kampung Baru.

“MAS telah diberi mandat untuk membuat keputusan bagi mewakili penduduk Kampung Baru.

“Tetapi malangnya, Khalid hanya berminat berjumpa dengan penduduk Kampung Baru berbanding NGO atau persatuan seperti MAS,” katanya.

Shamsuri juga menyalahkan Perbadanan Kampung Baru (PKB) yang tidak memberi maklumat tepat kepada Khalid.

Beliau berkata 80% penduduk Kampung Baru mahukan pembangunan dan tidak ada pilihan daripada PKB untuk mereka menjual tanah.

“Daripada tahun lalu, kita jumpa Khalid sebab mahukan pembangunan. Tetapi tiba-tiba Mac lalu kata nak beli tanah Kampung Baru.

“Kalau nak jual kena ada pilihan untuk orang Kampung Baru,” katanya.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan di Kampung Baru Muhammad Nizar Jali berkata tawaran baru daripada kerajaan itu mengelirukan dan tidak meyakinkan.

Beliau berkata sebenarnya harga itu kekal RM850 sekaki persegi tetapi RM150 diberi dalam bentuk saham.

“Saya sendiri pun tak faham RM150 diberikan kepada semua pewaris atau tidak.

“Macam tanah ibu saya ada sembilan beradik. Adakah setiap mereka dapat RM150 atau hanya seorang daripadanya,” katanya.

Nizar berkata penjelasan Khalid juga tidak betul.

“Kita memang tidak akan jual. Dalam borang PKB pun tak ada pilihan untuk kita jual tanah.

“Bila kita hantar borang tak ada kata setuju ke tidak. Kita rasa memaksa,” katanya.

Nizar juga menafikan dakwaan Khalid bahawa ada penduduk Kampung Baru yang terdesak ingin menjual tanah mereka.

“Ini adalah satu kenyataan yang tidak wajar sama sekali,” katanya.

FMT

Tuesday, November 28, 2017

Pemimpin perlu cermat dalam ucapan, jangan jadi gurauan rakyat

DR RIDUAN MOHD NOR

UCAPAN Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam satu program semalam di Majlis Anugerah Nadi negara 2017 semalam yang mengaitkan pelajar UiTM sebagai ‘slow learner’ (tempat mereka yang kurang cemerlang dalam pelajaran), sememangnya melucukan. Pastinya kenyatan beliau menjadi bola tanggung buat sesiapa sahaja khususnya bekas pelajar UiTM untuk ‘membelasah’ beliau secukupnya. Biarpun beliau menafikan dengan mendakwa kenyataannya disalahtafsirkan, namun hakikatnya beliau telah menyebut perkataan itu, dan kini perlu bersedia menerima apa juga kritikan mahupun kutukan.

Sememangnya kenyataan bodoh dan kurang matang seperti ini ditunggu buat ahli politik atau seteru politik, lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-14. Sikap pandir atau bendol dalam kenyataan memang akan menjadi mangsa belasahan awam, sama ada daripada netizen mahupun para pemimpin sendiri. Jadi usah menyesal jika kenyataan beliau menjadi bahan kempen jenaka dan kritikan pedas daripada mana-mana pihak buat beberapa hari dan minggu ini.

Sebagai pemimpin besar Umno dan berstatus menteri, Datuk Seri Tengku Adnan seharusnya berfikir dahulu sebelum mengeluarkan apa-apa ucapan atau kenyataan. Jika tidak mahu kenyataannya disalah tafsir, jangan memberi kenyataan yang bersifat kontroversi atau menimbulkan persoalan dan polemik. Beliau perlu menjaga air muka Perdana Menteri yang teruk dihentam ekoran kata-kata kesat ‘Kepala Bapak Kau’ beberapa minggu yang lalu yang mengundang kemarahan rakyat.

Umum melihat kenyataan beliau dan pemimpin Umno langsung tidak mencerminkan sikap profesional, bijak, matang dan cerdik, berjiwa besar dan berstatus negarawan. Malah, rakyat mengaitkan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno sekarang sebagai golongan yang begitu emosional dan bercakap tanpa berfikir. Ia menggambarkan betapa buruk dan busuknya hati mereka yang suka bercakap kasar dan kesat di hadapan media.

Meskipun mungkin ucapannya bernada gurau, berjenaka atau sinikal kepada pihak tertentu, atau mungkin tersalah cakap dan disalahtafsir media. Namun rakyat melihat ucapan beliau mengandungi unsur penghinaan. Bagaimana perasaan ribuan bekas graduan UiTM yang kini berjaya dalam pelbagai lapangan termasuk usahawan, teknokrat, profesional, mahupun pemimpin negara tatkala membaca atau menghayati ucapan beliau. Janganlah kerana beliau dan beberapa kerat pemimpin besar belajar di institusi pendidikan terkenal dalam dan luar negara, graduan UiTM pula diperkecilkan. Sedangkan UiTM begitu banyak jasanya kepada rakyat terutama anak-anak Melayu. Tanpa UiTM, betapa ramai anak Melayu tercicir dalam pelajaran, dan mungkin tidak mendapat kedudukan seperti sekarang.

Bagi pemimpin berjiwa besar, ucapan salah maksud atau tersalah cakap seperti ini tidak harus dijadikan modal politik dalam mengharungi PRU ke 14. Namun pendidikan dan pengajaran perlu disampaikan, agar pemimpin negara berhati-hati dalam menyampaikan ucapan. Jangan kerana ‘nila setitik, habis rosak susu sebelanga’ atau kerana satu dua kerat pemimpin yang tidak menjaga mulut, habis rosak Umno dan pemimpinnya dijatuhkan rakyat.

Sebaiknya, dalam waktu-waktu kritikal ini, pemimpin Umno perlu banyak belajar menghormati dan menghargai rakyat. Sekalipun jika tidak mampu memuji rakyat atas jasa dan pengorbanan mereka, jangan pula mengeji mereka. Jika tidak mampu menyenangkan rakyat, jangan pula menyusahkan rakyat dengan pelbagai bebanan dan tekanan. Jika tidak mampu memberi bahagia, jangan menjadikan rakyat menderita.

HARAKAHDAILY
   28/11/2017

Tuesday, October 3, 2017

Promosi Umno di sekolah tanda terdesak, kata ahli politik, aktivis

Minderjeet Kaur
October 3, 2017

Mereka mahu kerajaan membangunkan pendidikan bermutu dan bukannya politik di sekolah.
PETALING JAYA: Ahli politik dan aktivis menghentam Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana menyalahgunakan kuasa mempromosikan Umno di sekolah daripada membantu kerajaan membangunkan pendidikan bermutu.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata Tengku Adnan tidak patut mencampur adukkan politik dan fungsi kerajaan.

“Itu salah guna kuasa. Beliau ialah kerajaan memerintah dan tidak sepatutnya mencampur adukkan kedua-duanya.

“Rakyat mengundi kerajaan untuk mentadbir negara bagi pihak mereka dan bukannya menyalahgunakan kuasa untuk merekrut murid-murid. Itu sudah melampaui batas,” katanya.

Maria mengulas laporan mengenai ratusan murid-murid dan guru-guru dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14(1) mengambil bahagian dalam pertandingan bertemakan “Umno dan Kemerdekaan #Negaraku”.

Dalam acara itu, bendera Umno dipasang di seluruh sekolah. Para murid juga mengibarkan bendera Umno dan menyanyikan lagu parti.

Menurut laporan itu lagi, sepanduk “Hidup Umno, Hidup Melayu. Dulu, Kini dan Selamanya” dinaikkan di pentas.

Tengku Adnan dalam ucapannya menggesa para guru menyertai Umno. Selepas menteri menggulung ucapannya, para murid melaungkan “Hidup Umno!”.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan Ambiga Sreevivasan tidak boleh menerima Tengku Adnan membawa politik ke sekolah.

“Kanak-kanak tidak boleh diheret ke dalam politik kepartian di sekolah. Jelas sekali ini tanda-tanda Umno terdesak.”

Bagaimana pula prestasi murid?

Wakil rakyat DAP Charles Santiago berkata kerajaan sepatutnya membantu pembelajaran murid dan bukannya menyelamatkan Umno di sekolah.

“Ini salah sama sekali. Pendidikan sepatutnya bebas daripada sistem kerajaan.

“Peranan kerajaan ialah memastikan murid-murid belajar dan mendapat ilmu. Para guru sepatutnya menyampaikan ilmu, tetapi ini lain pula yang berlaku,” katanya.

Ahli Parlimen Klang itu menambah para murid seolah diasuh hanya ada satu parti politik di dunia dan parti itu ialah Umno. “Pelindung dan penyelamat mereka. Umno tak mungkin berbuat salah.”

Beliau mahu pengetua sekolah itu, Mohd Amin Hamzah, ditegur kementerian pendidikan kerana menyokong peranan Umno di sekolah.

“Beliau rasa tiada masalah. Itulah masalahnya,” katanya.

Santiago merujuk kepada laporan Malaysiakini di mana Amin dipetik sebagai berkata sekolahnya tidak melanggar peraturan. Beliau menjelaskan tema itu ditetapkan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Santiago berkata dalam lawatan ke sekolah di Selangor, pengetua tidak akan menyambut ahli politik tetapi oleh ahli lembaga persatuan ibu bapa dan guru.

Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata kerajaan yang tidak lagi mampu membezakan apa yang betul dan salah tidak lagi layak memerintah.

Beliau berkata kejadian itu bukti terbaru kerajaan persekutuan sudah menjadi “gabungan muflis moral”, dan menambah bekas perdana menteri sama sekali tidak akan meluluskan atau membenarkan acara seperti itu.

Beliau berkata acara sekolah itu hanya mengagungkan Umno tanpa mengiktiraf sumbangan parti komponen BN lain seperti MCA, Gerakan, MIC dan parti-parti di Malaysia Timur.

Beliau berkata Tengku Adnan juga terpaksa “merayu” para guru menyertai Umno. Ini menunjukkan Umno tiada lagi sokongan majoriti Melayu dan penjawat awam, tambahnya.

“Masa depan perkhidmatan awam tidak bergantung kepada nasib gabungan Umno-BN, yang sedang menjunam.”

Thursday, September 14, 2017

Henti subahat, cemari ibu negara dengan arak

MOHD SHAHIR ABU HASSAN
KUALA Lumpur yang telah sedia dibejati oleh pelbagai kemungkaran dan maksiat, sewajibnya dicegah dan dibendung dari curahan kebanjiran arak seperti penganjuran Better Beer Festival 2017 (BBF17). Ia bakal mengundang keparahan lebih besar dengan mensasarkan kehadiran 6,000 penyertaan.

Seringkali festival sedemikian menampilkan perlakuan tidak senonoh dan pernah menyebabkan tindakan luar kawalan akibat mabuk. Kerana itulah perkara ini menjadi larangan oleh agama Islam di mana arak adalah punca kejahatan dan berpotensi menyebabkan tindakan melampau serta jenayah.

Menteri Wilayah Persekutuan seharusnya mengenengahkan satu penyelesaian jitu dalam menangani hal ini dari membudaya dan kekal menjadi sebahagian lanskap memualkan di ibu negara. Pelbagai kesan negatif dari penjualan dan peminuman arak seharusnya dikawal dan dimurnikan dengan kesedaran.

Kecuali sekiranya pihak kerajaan terus mengharap ia menjadi sebahagian perolehan lumayan ke kantung pendapatan negara. Tetapi sekiranya perkara ini tidak dihadapi dari sekarang, ianya pasti menjadi sebahagian rutin warga kota. Negara harus bersedia menanggung akibat pelbagai yang menular darinya.

Kesejahteraan hidup tidak mungkin dicapai dari masyarakat yang membudaya arak dalam kehidupan mereka, bahkan timbul pelbagai penyakit sosial dan jenayah sukar untuk ditangani. Ketika itu, pendapatan besar lebih mudah dihabiskan semata-mata hanya untuk menangani segala kesannya.

Kami yakin dan percaya, penganjuran sedemikian bukan sahaja tidak selari dengan budaya masyarakat Malaysia, bahkan tiada keperluan langsung untuknya. Kami menggesa ia semua pihak berkaitan supaya tidak memberi permit dan kebenaran penganjuran kerana boleh dianggap bersubahat dengan kemungkaran.

“Sejahtera Bersama Islam”

“Mara Menuju Cita”

MOHD SHAHIR ABU HASSAN

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

 – HARAKAHDAILY 13/9/2017

Monday, February 6, 2017

Ku Nan kini dakwa semua kaum 'dipinggirkan' di Pulau Pinang

Alyaa Alhadjri

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini mendakwa bahawa bukan sahaja orang Melayu yang dipinggirkan di bawah pentadbiran negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP.

Sebaliknya, kata beliau, di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng, semua kaum diketepikan.

“Bukan Melayu saja dipinggirkan. Semua bangsa dipinggirkan di Pulau Pinang!

“Dia pilih bangsa Melayu saja. Saya kata semua bangsa. Kalau kita di Wilaya Persekutuan boleh pastikan harga rumah berpatutan kepada rakyat, kita pastikan kita nak kurangkan kekangan hidup warga Wilayah.

“Masalah harga naik lain-lain. Dia (DAP) makan cili dia rasa pedas,” kata Tengku Adnan kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina kementeriannya di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Beliau mengulas mengenai laporan polis yang dibuat terhadapnya awal hari ini oleh Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berhubung kenyataannya bahawa 'Melayu terabai di Pulau Pinang' .

Lim membuat laporan itu berdasarkan kenyataan Tengku Adnan yang dipetik agensi berita nasional Bernama pada Sabtu lalu sebagai berkata "Apa yang berlaku di Pulau Pinang kita tahu, dia (kerajaan negeri) tidak pedulikan orang Melayu."

Saturday, January 14, 2017

Himpunan RUU355: Minta maaf.....Dataran Merdeka tak boleh - Tengku Adnan

 BY LUKMAN ABDULLAH
Dataran Merdeka tetap tidak dibenarkan sebagai lokasi Himpunan RUU355 yang hendak dianjurkan oleh PAS pada 18 Februari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengulangi cadangan agar PAS mengadakan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

"Dataran Merdeka kita tidak akan benarkan, tidak kira siapa. Saya sudah memberikan cadangan agar mereka (PAS) menggunakan Stadium Titiwangsa seperti yang dilakukan semasa Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya," katanya kepada wartawan di Putrajaya.

"Minta maaf ,itu keputusan kita dari awal,"katanya lagi.

Beliau menegaskan Stadium Titiwangsa tempat terbaik dan semasa Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pun hadir.

Beliau berkata kementerian itu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam melaksanakan larangan terhadap sebarang perhimpunan daripada diadakan di Dataran Merdeka.

DBKL sebelum ini pernah melarang pihak Bersih dan juga gerakan Baju Merah menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan mereka.

Monday, August 22, 2016

Pengisytiharan harta: Polis akan lindungi Ku Nan dan Datuk Bandar

Sheith Khidhir Bin Abu Bakar
 August 21, 2016

Fahmi berkata, sistem semasa iaitu menteri mengisytiharkan aset kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi daripada mereka dalam kementerian masing-masing tidak cukup bagus.
PETALING JAYA: Kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kononnya takut mengisytiharkan aset secara terbuka bukan satu tindakan yang memperlihatkan demokrasi dan tadbir urus yang baik, kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.

Beliau merujuk kepada laporan Malaysiakini yang memetik kata-kata Ku Nan, tidak akan mengisytiharkan harta kepada umum, takut perbuatan itu boleh mengundang bahaya dan sasaran penjenayah kepada keluarganya.

Ku Nan berkata, beliau dan Datuk Bandar Kuala Lumpur sememangnya mengisytiharkan harta setiap tahun tetapi tidak didedahkan kepada umum.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada FMT hari ini, Fahmi berkata, Ku Nan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Amin Nordin Abdul Aziz tidak perlu takut mengisytiharkan aset mereka kepada umum kerana polis akan memastikan keselamatan mereka dan semua rakyat Malaysia daripada penjenayah.

“Malah, jika dasar mengisytiharkan aset kepada awam dilaksanakan bukan sahaja di KL tetapi juga di Putrajaya, saya yakin kita dapat menyelamatkan Malaysia daripada ‘Malaysia Official 1’ dan Kuala Lumpur daripada ‘DBKL Official 1’,” sindirnya.

Isnin lalu, SPRM menahan seorang Pengarah Eksekutif DBKL, bergelar Datuk Seri, dua pegawai tinggi kerajaan yang lain dari Kelantan dan Melaka kerana didakwa menerima rasuah, salah guna kuasa dan terlibat dalam pengubahan wang haram.

Fahmi berkata, sistem semasa iaitu menteri mengisytiharkan aset kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi daripada mereka dalam kementerian masing-masing tidak cukup bagus.

“Ku Nan berkata, beliau mengisytiharkan hartanya kepada Perdana Menteri (Najib Razak) setiap tahun, manakala Datuk Bandar Kuala Lumpur mengisytiharkan asetnya kepada setiausaha negeri, tetapi sistem ini jelas tidak cukup dan perlu dirombak kerana ia gagal mengenal pasti dan mencegah pengumpulan harta milik ‘Datuk Seri’ dari DBKL (juga dikenali sebagai ‘DBKL Official 1’) seperti yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lepas,” katanya.

Dalam konteks Kuala Lumpur katanya, pembayar cukai tidak diberi hak untuk memilih Datuk Bandar atau ahli Lembaga Penasihat DBKL.

“Oleh itu, proses periksa dan seimbang terhadap mereka yang mempunyai kuasa eksekutif membuat keputusan, termasuk Menteri Wilayah Persekutuan sepatutnya berada pada tahap yang lebih tinggi daripada sekarang, termasuk dalam pengisytiharan harta.”

Fahmi Fadzil mencabar kenyataan Ku Nan dan Amin Nordin pada Jumaat lepas untuk memimpin melalui teladan dengan mengisytiharkan aset mereka kepada umum.

Ini susulan arahan Ku Nan yang meminta setiap jabatan di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan meneliti pengisytiharan harta pegawai-pegawai bagi memeriksa rasuah.

Wednesday, August 17, 2016

Dia komited, Ku Nan puji pegawai DBKL terlibat rasuah

FMT Reporters
 August 17, 2016

Ku Nan berkata, lelaki bergelar "Datuk Seri" itu dinaikkan pangkat ekoran komitmennya menjalankan tugas dengan baik dan kebijaksanaannya dalam membuat keputusan.

PETALING JAYA: Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang ditahan atas kesalahan rasuah adalah “pegawai yang baik”, menerima dua kenaikan pangkat dalam satu tahun, lapor New Straits Times.

Menurut laporan itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dipetik berkata, lelaki bergelar “Datuk Seri” itu dinaikkan pangkat ekoran komitmennya menjalankan tugas dengan baik dan kebijaksanaannya dalam membuat keputusan.

“Setakat yang saya tahu, pegawai itu menjalankan tugasnya dengan penuh iltizam. Dia dinaikkan dari Gred 54 ke Gred Khas C, dan kini berada di Gred B khas kerana cemerlang dalam tugas selain berpotensi tinggi.

“Itulah dia di tempat kerja … tetapi apa yang dia lakukan di luar daripada itu, saya tidak tahu,” kata Ku Nan.

Beliau juga meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang kesimpulan tetapi memberi masa untuk SPRM menyiasat perkara itu. Beliau turut menasihatkan pegawai kementerian dan DBKL supaya menjauhkan diri daripada rasuah dan hidup mengikut kemampuan.

Beliau tidak menolak kemungkinan pencapaian pegawai DBKL dicemburui rakan-rakan dan kontraktor lain.

Pegawai DBKL tersebut adalah salah seorang daripada tiga pegawai kanan kerajaan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Dua suspek lain, juga bergelar Datuk ialah pegawai dari Jabatan Kerja Raya Melaka (JKR) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB) Kelantan.

Berikutan penangkapan itu, SPRM merampas kereta mewah, membekukan akaun bank dengan simpanan lebih RM13 juta, serta RM400,000 dalam bentuk wang tunai yang disembunyikan di atas siling rumah salah seorang suspek.

Ketiga-tiga lelaki kini di tahan reman tujuh hari bermula semalam.

Sunday, February 28, 2016

Ku Nan: Jangan ambil risiko tukar kerajaan

Khairil Ashraf | February 28, 2016

Apa yang dikecapi hari ini adalah disebabkan kerajaan yang kukuh dibina dengan kekuatan perpaduan nenek moyang kita.
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia dinasihati supaya tidak mengambil risiko dengan menukar kerajaan diperintah oleh Barisan Nasional (BN) pada masa kini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini kerana apa yang dikecapi hari ini adalah kerana negara memiliki kerajaan yang kukuh iaitu BN.

“Semua bangsa, tanya diri anda..apa yang kita dapat hari ini, semuanya kerana kerajaan yang kukuh sekarang.

“Kita tak ingat semua itu, kita ambil mudah. Kadangkala kaum Cina ambil mudah kononnya nak tukar, nak ubah (kerajaan)..tapi saya nasihatkan jangan ambil risiko,” katanya semasa berucap pada Majlis Kenduri 1Wilayah Persekutuan Peringkat Setiawangsa di sini hari ini.

Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, nenek moyang kita pada masa dahulu telah membuat satu platform di mana kepelbagaian agama dan bangsa sebagai kekuatan kepada perpaduan negara ini.

“Kita mesti sentiasa bersatu padu. Tidak kita Cina, India, Melayu, Kadazan, Iban, anda Kristian, Buddha, Muslim kita mesti sentiasa bersama. Itu yang paling penting,” katanya.

Beliau yang juga merupakan Setiausaha Agung UMNO turut menasihatkan penduduk Setiawangsa agar memberitahu Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa Tan Sri Zulhasnan Rafique sekiranya mahukan pertolongan.

“Bagi tahu apa yang kita perlu lakukan kerana kita tak nak kita hanya tolong orang Melayu manakala yang Cina kata kita tak tolong Cina, padahal bukan kita tak tolong Cina, tetapi pemimpin Cina tak peduli kepada bangsa Cina, ini masalah.

“Jika anda tidak dapat lakukan, bagi kepada orang lain untuk buat,” tegasnya.

Tuesday, January 19, 2016

Dedah lokasi tumpuan pengganas bukan untuk takutkan orang ramai - Ku Nan

OLEH MANZAIDI MOHD AMIN
Tengku Adnan Tengku Mansor bersalaman dengan veteran dalam Majlis Perasmian Dan Makan Malam Perhimpunan Agung Veteran UMNO Malaysia kali ke-7/2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 JANUARI 2016

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyerahkan kepada polis untuk mengawal dan menjaga keselamatan negara termasuk beberapa kawasan yang dikenal pasti menjadi tumpuan pengganas.

Katanya, kenyataan beliau semalam tidak bermaksud hendak menakutkan orang ramai, sebaliknya membuat andaian berdasarkan strategi pengganas adalah memilih lokasi yang strategik.

“Saya tidak mahu ulas panjang. Saya serahkan kepada polis untuk mengawalnya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis makan malam Perhimpunan Agung Veteran UMNO Malaysia di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, malam ini.

Turut hadir, Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali dan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan.

Semalam Tengku Adnan dilaporkan mendakwa menerima maklumat bahawa selain pusat tumpuan pelancong Bukit Bintang, beberapa kawasan di sekitar ibu kota termasuk Bangsar dan Hartamas turut tersenarai antara kawasan panas yang menjadi ancaman pengganas.

Dakwanya, beliau ada menerima maklumat itu daripada perisikan dan akan bekerjasama dengan pasukan keselamatan negara untuk mengenal pasti kumpulan yang merancang menghuru-harakan negara.

Bagaimanapun, kenyataan beliau dinafikan Penolong Ketua (Komunikasi Korporat) Ibupejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad yang dilaporkan berkata, polis tidak pernah memaklumkan lokasi strategik yang menjadi sasaran kumpulan pengganas.

Jelasnya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hanya memaklumkan bahawa polis meningkatkan kawalan di tempat awam bagi memastikan keselamatan orang awam, termasuk menambah bilangan anggotanya.

Monday, October 5, 2015

Kenapa Ku Nan mempertahankan Tajuddin yang 'sukar dikawal'?

oleh Alyaa Alhadjri

SEKILAS PANDANG: Adakah Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor cuba untuk membayangkan yang Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tajuddin Abdul Rahman tidak begitu bijak?

Setiausaha Agung Umno itu telah dilaporkan berkata bahawa parti itu tidak akan meminta Tajuddin untuk meminta maaf kepada masyarakat Cina kerana mengancam untuk menampar mereka, kerana beliau dikatakan telah terkeliru oleh media sosial dan seterusnya bertindak dalam kemarahan.

Tengku Adnan berkata punca kemarahan Tajuddin berkemungkinan salah faham yang telah membuatkan beliau berfikir bahawa orang Cina tempatan telah meminta bantuan dari China.
Huang Huikang
“Saya faham perasaan dia. Perkara yang sama turut berlaku, apabila saya pada awalnya salah faham kenyataan duta besar China (ke Malaysia) Huang Huikang, dan saya begitu marah.

“Kenyataan Huang telah diputar belit oleh pemimpin DAP Ronnie Liu. Duta itu tidak pernah menyebut Cina Malaysia tetapi rakyat China. Kenyataan itu telah diputar belit kepada barisan diplomatik,” kata Tengku Adnan yang dipetik oleh Sin Chew Daily pada 3 Oktober.

Huan telah melawat Jalan Petaling di ambang perhimpunan kontroversi yang dirancang, yang telah dibatalkan. Ketika tinjauan mesra, duta itu berkata China menolak sebarang bentuk keganasan, perkauman dan ekstrimisme.

Jelas sekali Tajuddin tidak mengikut ‘nasihat’ oleh pemimpin Umno sendiri yang telah menggesa rakyat supaya sentiasa berwaspada terhadap Internet dan tidak percaya semua yang mereka baca di atas talian.

Ahli majlis tertinggi Umno itu telah memberitahu orang Cina Malaysia supaya berhenti berangan yang ‘Godfather’ dari China akan datang membantu mereka.

Beliau kemudian mengeluarkan amaran ‘melempang’ orang Cina Malaysia yang mengadu terlalu banyak.

Tajuddin telah menolak untuk meminta maaf kepada masyarakat Cina, menafikan beliau telah mengancam untuk melempang mereka, walaupun rakaman audio oleh Malaysiakini telah membuktikan sebaliknya.

Tengku Adnan, bagaimanapun, menegaskan bahawa keseluruhan situasi telah diputar belit oleh Pembangkang - lebih tepat lagi DAP - untuk mengubah debat itu kepada isu perkauman.

Ini walaupun Tajuddin sendiri telah cuba yang terbaik untuk mengelak penjelasan terus atau setidak-tidaknya mengaku yang beliau telah membuat kesilapan.

Menurut Malaysiakini, dalam tempoh hanya 24 jam, penjelasan Tajuddin berubah-ubah daripada penafian terus kepada mendakwa yang beliau disalah petik, kepada berkata bahawa ia “hanya peringatan” dan mengatakan ia hanya sekadar satu “jenaka”.

Pertamanya, ia tidak akan mungkin buat Tajuddin terkeliru jika beliau telah mengambil masa untuk mengesahkan apa yang sebenarnya dikatakan atau dimaksudkan oleh duta besar China itu.

Tetapi walaupun begitu, apa saja keadaan sekarang, Umno harus setidak-tidaknya cuba untuk meneggur Tajuddin yang sering bercakap tanpa berfikir - daripada dilihat mempertahankan orang yang sukar dikawal.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Kenapa-Ku-Nan-mempertahankan-Tajuddin-yang-sukar-dikawal#sthash.KUOMyUL5.dpuf

Sunday, January 18, 2015

Tengku Adnan selar PERKASA pertikai bina kuil

Khairil Ashraf

Pembinaan sebuah kuil tidak akan menjadikan Putrajaya kawasan Hindu.


SERDANG : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyelar PERKASA yang mempertikai keputusan memberikan kebenaran membina kuil di Putrajaya.

Katanya, pembinaan sebuah kuil di Putarajaya tidak akan menjadikan semua orang di kawasan itu Hindu.

“Kenapa buat bising? Kita negara majmuk, negara yang berbilang bangsa, kaum dan negara,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran projek dan galeri jualan Parkhill Residence di One South, Seri Kembangan.

Tengku Adnan yang juga merupakan Ahli Parlimen Putrajaya berkata, kuil yang dibina itu berbeza dengan kuil yang lain.

“Ia merupakan tempat untuk menarik pelancong. Di dalam kuil itu ada dewan, perpustakaan dan semua orang boleh pakai..bukan sahaja orang Hindu. Kalau orang Islam dan Kristian nak menggunakan dewan kuil itu pun boleh,” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-