Wednesday, February 11, 2015

Kempen 'March to Freedom' fokus pembebasan Anwar dari penjara

Dari kanan: Nurul Ilham, Nurul Izzah, Nurul Nuha, Nurul Iman dan Nurul Hana merupakan anak-anak perempuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika mereka mengadakan sidang media sempena pelancaran kempen 'March To Freedom' di rumah mereka di sini, pagi tadi. Foto TRP/Mokhsin Zamani

KUALA LUMPUR, 11 Februari:

Kempen ‘March to Freedom‘ yang diwujudkan oleh enam orang anak Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dijadikan antara agenda terbaru Pakatan Rakyat (PR).

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata bagi tujuan membebaskan Anwar dari penjara dan memperbaiki kepincangan undang-undang di negara ini, mereka akan menjelajah hingga ke peringkat antarabangsa.

“Malam tadi kami, Sekretariat PR mengadakan mesyuarat untuk bincangkan hal ini dan wakil PAS dan DAP telah menyatakan persetujuan supaya Dr Hatta Ramli mengepalai kempen ini.

“Persoalan (dapat sokongan PR) tak perlu timbul kerana kami akan bawa ia sebagai agenda PR,” ujarnya di sidang media di kediaman Ketua Umum PKR di Jalan Segambut.

Kempen ‘March to Freedom‘ merupakan kesinambungan perjuangan reformasi Anwar dalam menbentuk keadilan negara ini.

Pengasas kepada kempen ini adalah Nurul Nuha Anwar yang merupakan anak kedua kepada ahli politik PKR itu.

Dalam pada itu, Izzah memberitahu kesemua adik-beradiknya bersepakat untuk lebih ke depan selepas ini bagi menyekat penganiayaan politik yang didakwanya berlaku kepada bapanya.

Beliau meminta diberikan ruang terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang terpaksa berdepan dengan ketiadaan Anwar selepas dijatuhkan hukuman penjara lima tahun sejak semalam.

“Sudah 12 tahun Wan Azizah mengharungi cabaran dan mendepankan diri. Kini anak-anak sudah besar dan dewasa dan kami dapat membantu. Berilah beliau ruang untuk bersendirian dan bernafas. Hendak berdepan dengan media bukan mudah. Dan inilah apa yang akan kami lakukan selepas ini,” kata Izzah yang turut disertai lima lagi adiknya di sidang media berkenaan.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/11/kempen-march-freedom-fokus-pembebasan-anwar-dari-penjara/#ixzz3RPkM9tk7

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-