Friday, February 6, 2015

Kit Siang 'bodoh', kata Ismail Sabri

Ismail Sabri meminta Kit Siang menyiasat terlebih dahulu sebarang isu dengan teliti sebelum mengeluarkan kenyataan.

KUALA LUMPUR, 5 Februari:

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sebagai seorang yang `bodoh’ kerana menuduh beliau memadamkan status di Facebook berhubung gesaan supaya memboikot peniaga Cina yang enggan menurunkan harga barangan.

Ismail berkata, beliau tidak pernah membuat sebarang status di laman Facebooknya berhubung perkara itu sebaliknya beliau hanya memberi komen pada akaun orang lain.

“Bodoh Kit Siang ini, dia bercakap tanpa fakta.

“Saya tidak pernah buat ‘posting’ di dalam FB sayapun dan hanya komen ‘posting’ orang lain,” katanya lapor portal Astro Awani.

Ismail Sabri mengulas dakwaan Kit Siang yang mempersoalkan tindakannya memadamkan status Facebooknya selain kini diraikan bagaikan wira, melebihi daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu kata Ismail Sabri, Kit Siang diminta menyiasat terlebih dahulu sebarang isu dengan teliti sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Kini nampak kebodohannya sendiri. Kit Siang tuduh saya padamkan status di FB…sedangkan saya tidak buat statuspun,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri menjelaskan hanya akan ‘menghadap’ polis untuk memberikan keterangan selepas selesai lawatan tiga hari Presiden Indonesia Joko Widodo di negara ini.

“Tunggulah selesai lawatan Jokowi ini, kemudian saya akan bagi keterangan,” katanya.

Ismail Sabri difahamkan disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan masyarakat.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/05/kit-siang-bodoh-kata-ismail-sabri/#ixzz3Qv6FuaOk

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-