SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan pihak yang memonopoli barangan asas di negara ini sehingga mengakibatkan harganya sukar dikawal dan melambung tinggi.
"Saya nak sebut terus terang. Siapa yang monopoli beras, gula dan tepung? Apakah kita berpuas hati dengan harga dan harga itu berpatutan?
"Tetapi mengapa isu ini tidak dibangkitkan? Kerana mereka itu tauke dan kroni besar. Mereka menindas pun, dimaafkan kerana ia menguntungkan ahli politik," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Buku Syed Husin Ali, di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mengulas berkaitan isu boikot ke atas peniaga Cina yang mengaut keuntungan berlebihan oleh Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Anwar yang tidak bersetuju dengan kenyataan Ismail Sabri turut menyifatkan kenyataan itu sebagai mengelirukan rakyat kerana ujarnya walau apa bangsa sekalipun, peniaga yang menipu rakyat harus ditekan.
"Tidak pernah terfikir atau terlintas di fikiran kita, seorang menteri Kabinet boleh membuat kenyataan yang dangkal dan mengelirukan.
"Umpamanya, jika isunya penindasan. Orang menipu, peniaga menipu maka peniaga Cina yang menipu harus kita tekan. Peniaga Melayu atau India yang menipu juga kita kena tekan," tegasnya.
Mengulas lanjut, beliau menyifatkan dasar yang diterapkan perlu adil dan telus serta tidak memeras rakyat jika berpendirian untuk memberikan keadilan kepada rakyat.
"Kalau pendirian kita untuk memberi keadilan kepada semua, maka tanpa berkecuali tidak kira namanya siapa (yang monopoli).
"Dasar itu mesti telus, adil, tidak memeras rakyat dan sistem pemerintahan pentadbiran dan dasar politik dan ekonomi tidak boleh memihak kepada si pemeras yang menekan rakyat," katanya. - SH
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=244212:anwar-kenapa-tak-bangkit-isu-gula-tepung-mahal?&Itemid=2#ixzz3Qv8Cl7Oa
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mengapa Tamin Taja BN? [Blog Marhaen] Sebuah syarikat pembuat kicap dan sos, Syarikat Tamin yang beroperasi di Enggor Perak selama ini...
-
Apa bila terpandang aje gambar poto ni, wak rasa sangat geli nak masuk restoren ................ Anda semua bagai mane pula? Walaupun ianya ...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...
-
Ari ni Wak terasa sangat terkilan di atas perbuatan MB Selangor yang telah ketepikan peranan PAS sebagai sebuah Parti yang berteraskan Islam...
-
DAP,PKR dan PAS pecahkan kuasa politik melayu Kuasa politik menentukan siapa yang berhak memerintah dan berkuasa dalam sesebuah negara d...
-
Wak hairan sungguh, kenape le bangang se sangat pencacai2 umno ni. Kan ke yang di perkatekan oleh Tn Guru tu lebih kurang begini bunyi ny...
-
Dalam PRU12 dan PRU13 kite menyaksi kan bagaimane rakyat menilai kedudukan kerajaan Barisan Nasional yang di pimpin oleh UMNO. PRU12 dan PRU...
-
Wak heran juge kenape Kongres Melayu Pulau Pinang ni terlalu sibuk dengan status quo 20 anggota jawatankuase DAP Pulau Pinang. DAP tu memang...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.