KUALA LUMPUR 19 Februari:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menghadiri majlis Rumah Terbuka MCA bagi memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Wisma MCA di sini pada Khamis.
Najib yang datang diiringi isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba ke majlis itu pada kira-kira jam 9.45 pagi.
Ketibaan mereka disambut Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai serta barisan kepimpinan parti itu tarian Singa dan sorakan keterujaan hadirin melihat kelibat Perdana Menteri.
Turut hadir Duta Khas (Infrastruktur) Malaysia ke India dan Asia Selatan, Datuk Seri S. Samy Vellu; Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel; Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan Presiden PPP, Datuk M. Kayveas, serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.
Sebaik tiba, Najib yang juga Pengerusi BN dan Muhyiddin merangkap Timbalan Pengerusi BN kemudian diiringi ke pentas, untuk menggaul yee sang, makanan tradisi ketika sambutan perayaan itu, yang melambangkan kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.
Yee Sang merupakan sejenis salad ikan mentah gaya Chaozhou, biasanya terdiri daripada potongan daging ikan mentah (khususnya salmon), yang bercampur dengan cebisan sayur-sayuran dan beraneka sos serta perasa.
Setelah meluangkan masa lebih satu jam, Najib beredar daripada majlis, sambil bersalaman dengan orang ramai.
Para tetamu dihiburkan dengan persembahan kebudayaan Cina dan 1Malaysia, selain menikmati pelbagai juadah seperti sate, laksa, apam balik, teh cina, aneka kuih raya dan limau mandarin.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/19/najib-hadir-raikan-sambutan-tahun-baru-cina/#ixzz3SAyH45Vj
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.