Katanya, sikap PAS tidak bersetuju dengan pilihan raya majlis perbandaran itu sejak tahun 1970-an hingga sekarang.
“Masalah yang ditimbulkan itu masalah lama dan pilihan raya majlis perbandaran ini sikap PAS sejak tahun 70-an lagi tidak setuju dengan (pilihan raya) majlis perbandaran.
“Sampai kita masuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU), sehingga kita masuk Barisan Alternatif (BA) dan masuk Pakatan Rakyat, daripada awal dan bukan perkara barulah.
“Kita hendak jaga semua dan bukan hendak jaga penduduk bandar sahaja,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Marang kepada media, semalam.
Ketika ditanya apakah melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat seperti yang dijadualkan esok boleh menyelesaikan pertelingkahan antara PAS dengan DAP, beliau berkata semua pihak dalam Pakatan Rakyat perlu memainkan peranan proaktif bagi memulihkan keadaan.
“Itu kena semua pihaklah tak boleh kita (PAS) sahaja,” ujarnya. - HARAKAHDAILY
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.