Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata secara peribadi beliau berpandangan mungkin Barisan Nasional (BN) tidak perlu meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.
Ini kerana tumpuan perlu diberi kepada kerja pemulihan pasca banjir di negeri ini, kata Mustapa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bersama Bencana Banjir Negeri Kelantan.
"Itu pandangan peribadi. Saya belum bincang dengan Umno Bahagian Pengkalan Chepa dan Badan Perhubungan Umno Negeri untuk mendapatkan pandangan mereka (mengenai PRK itu)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat pasca banjir di sini hari ini.
Mustapa mengulas persiapan Umno Kelantan untuk menghadapi PRK itu berikutan kematian penyandang kerusi berkenaan, bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Khamis, akibat kanser prostat.
Mustapa menarik perhatian bahawa banyak kerja perlu dilakukan dalam pemulihan pasca banjir seperti pembinaan rumah yang hilang atau membaiki rumah rosak akibat musibah itu Disember lepas, di samping memastikannya dapat diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.
Beliau juga berkata dalam usaha pasca banjir ke arah membantu rakyat, seelok-eloknya tumpuan diberi kepada mengeratkan hubungan dan mengelak pergeseran yang membawa kepada perpecahan.
"Kebiasaannya bila ada pilihan raya akan ada pergeseran, perbalahan, isu keselamatan. Pada pandangan peribadi saya, demi mengelak perpecahan dan pergeseran, kita tumpukan kepada usaha pemulihan pasca banjir," katanya.
Dalam pada itu, Mustapa berkata perbincangan dengan Umno Bahagian Pengkalan Chepa dan Badan Perhubungan Umno Kelantan mungkin diadakan dalam tempoh seminggu dua lagi.
Beliau berkata hasil perbincangan itu nanti akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN untuk membuat keputusan muktamad.
Mustapa bagaimanapun berkata: "Sebenarnya terlalu awal bercakap mengenai pilihan raya kecil ini kerana Allahyarham (Nik Abdul Aziz) baru meninggal dunia,tidak sesuai tetapi apabila ditanya (oleh wartawan) saya jawab".
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), ...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 14, 2023 2:28 PM Bekas menteri kanan, Rafidah Aziz, menyatakan rasa gelisahnya apabila melihat keadaan se...
-
Hassan Basri ketika Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 atas tujuh tuduhan rasuah pada Disember ...
-
malaysiakini.com Hidir Reduan Abdul Rashid Diterbitkan: Jul 13, 2022 Seorang wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menimbulkan menye...
-
bharian.com.my Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my - Mac 18, 2025 @ 7:08pm Anwar menandatangani plak simbolik perasmian pada Majlis Pe...
-
Norman Goh | Diterbitkan 26 Jul 2018, 8:49 pagi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengetuai delegasi ke China bulan depan...
-
agendaily.com 21/11/2022 ADUN UMNO Perak yang bersekongkol dengan DAP. Memetik kata-kata Tan Sri Annuar Musa “Nak membina memakan masa berta...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.