Saturday, February 14, 2015

Perarakan "Justice for Anwar" hambar

Khairil Ashraf and Adam Abu Bakar
Tidak takut dengan ugutan Ketua Polis Negara yang dilihat bekerja secara terus melalui laman sosial di twitter.
KUALA LUMPUR: Agak mengejutkan apabila mendapati perhimpunan “Justice for Anwar” yang dianjurkan parti pembangkang di Jalan Tuanku Abdul Rahman hari ini, didapati hambar.

Terdahulu, kumpulan penyokong Anwar diuar-uar akan berhimpunan di pusat beli-belah Sogo. Namun, kelihatannya perhimpunan yang bermula pada 4.30 petang di kompleks beli-belah itu tidak mendapat sambutan.

Hanya kira-kira 80 orang termasuk beberapa pemimpin yang hadir bagi menyokong himpunan yang diketuai bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol.

Antara yang hadir ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar, ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Fahmi Zainol, Ahli DAP, Syefura Othman (Rara), Pengarah Eksekutif Lensa Anak Muda Malaysia, Safwan Anang dan Aktivis Mahasiswa, Adam Adli.

Nasib baik ada pembesar suara dan penyokong yang bergendang yang meriuhkan keadaan, serta sejumlah wartawan dari dalam dan luar negara, selain para pengunjung pusat beli-belah berhampiran yang kebetulan “meramaikan suasana”.

Perhimpunan tersebut bertujuan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang menjatuhkan hukuman lima tahun penjara lterhadap kepada Anwar.

Mereka kemudiannya berarak dari Sogo ke kawasan Pudu walaupun pada asalnya merancang berarak dari Sogo ke Dataran Merdeka, terpaksa mengubah haluan kerana dataran tersebut ditutup.

Sewatu berarak, tidak ada polis yang menghalang perarakan tersebut, mungkin kerana jumlah masih terkawal.

Bercakap kepada pemberita, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berharap rakyat akan turun pada Selasa depan untuk memberikan sokongan kepada Anwar.

“Selasa depan, Anwar akan ‘keluar’ semula, untuk memberikan keterangan bagi kes beliau dan Datuk Seri Anifah Aman.

“Saya harap rakyat dapat memberikan sokongan kepada Anwar dan memberikan peringatan kepada hakim, bahawa mereka sedang diperhatikan,” katanya lagi.

Sementara itu,Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa rakyat kini sudah muak dengan politik UMNO.

Katanya, walaupun kerajaan UMNO ingin memasukkan ramai lagi pemimpin dan aktivis pembangkang ke dalam penjara, anak muda akan terus bangkit dan tidak akan memberi ruang untuk dimasukkan ke dalam penjara

Beliau juga menyatakan tidak akan takut dengan ugutan Ketua Polis Negara (IGP) yang dilihat bekerja secara terus melalui laman sosial di twitter.

“Saya cakap kepada IGP bahawa kita tidak akan takut dengan ugutannya demi cintakan negara dan masa depan anak-anak kita. Kita akan teruskan dalam apa jua bentuk himpunan agar Anwar dibebaskan,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-