SEKILAS PANDANG: Dalam kurang dari seminggu selepas menjamin sokongan dari 160 ketua bahagian Umno, presiden parti dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berdepan kritikan baru daripada orang lama Umno sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan ini menimbulkan persoalan sekali lagi adakah gelombang sokongan telah beralih daripada perdana menteri.
Mahathir mengulangi kegusaran beliau ke atas dakwaan penyelewengan kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dengan memberi amaran bahawa Barisan Nasional bakal berdepan kekalahan pada pilihanraya umum akan datang jika Putrajaya gagal untuk menjernihkan dakwaan yang dibuat ke atas buah fikiran Najib itu, 1MDB.
Menulis dalam blognya pada 12 Mac, Mahathir berkata keputusan Najib mengarahkan Ketua Audit Negara untuk melihat pada akaun 1MDB tidaklah mencukupi.
Malahan, bekas perdana menteri itu mahu polis melakukan penyiasatan forensik ke atas dakwaan yang dibuat kepada beberapa orang yant terlibat dengan pengurusan kewangan 1MDB.
Jika gagal berbuat demikian, tambah Mahathir, bakal membuatkan BN kehilangan sokongan dalam PRU akan datang. Beliau turut menegaskan bahawa orang awam akan menyingkirkan BN, walaupun pemimpin Umno menyokong dan berpuas hati dengan penjelasan terhadap 1MDB yang dibuat Najib.
Mahathir adalah pengkritik tegar terhadap 1MDB, yang sebelum ini telah meminta Najib untuk menjelaskan bagaimana 1MDB dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Beliau sekali lagi berkata bahawa, tiada keperluan langsung untuk dana berdaulat 1MDB yang mana telah mengumpul hutang sebanyak RM42 bilion dalam masa lima tahun beroperasi.
Dana ini dimiliki penuh oleh Kementerian Kewangan, di mana Najib adalah menterinya. Beliau juga adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB. Awal minggu ini, kerajaan telah melanjutkan ‘standby credit’ sebanyak RM950 juta kepada 1MDB, menimbulkan persoalan adakah kerajaan sedang menggali lebih dalam ke dalam perangkap 1MDB.
Mahathir turut menghentam apa yang dipanggil pusaka keluarga Najib, terutamanya terhadap anak tiri Najib, Riza Aziz yang memasuki Hollywood dan didakwa membeli hartanah di UK dan AS.
Setakat ini, Najib tetap mengatakan bahawa tiada masalah dengan urusan 1MDB dan kerajaan tidak kerugian wang langsung kerana pelaburan awal hanyalah berjumlah RM1 juta. Beliau juga berkata hartanah Riza dibeli melalui pusaka keluarganya, walaupun ‘pusaka’ ini telah dipertikai oleh adik-beradik Najib.
Hanya beberapa hari sebelum entri blognya, Mahathir telah memberi amaran hampir serupa kepada kerajaan bahawa cukai barangan dan perkhidmatan yang diilhamkan oleh Najib, yang akan dilaksana pada 1 April, tidak akan diterima baik oleh rakyat.
Beliau telah memberi amaran bahawa BN berdepan risiko tumbang di PRU akan datang dan menggesa rakyat supaya menghantar mesej kepada Najib yang mereka tidak akan mengundinya (BN) jika cukai ini ditambah.
Ini menjadikannya dua kali dalam seminggu, Mahathir memberi amarannya kepada Najib.
Perepsi umum sekarang jelas sekali menentang Najib. Pentadbiran beliau dalam urusan kewangan negara, terutamanya beliau membenarkan 1MDB bermain-main dengan wang yang dijamin kerajaan, di bawah pengawasan yang teliti. Rakyat mahukan jawapan dan mereka mahu kerajaan berlaku jujur kepada mereka.
Memanggil pemeriksaan oleh Ketua Audit Negara ke atas akaun 1MDB sahaja tidak mencukupi. Sebagai orang yang berkuasa, Najib seharusnya mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pihak polis dan Bank Negara untuk membuka kertas siasatan untuk memeriksa sebarang potensi salahlaku.
Apa yang perlu ditakutkan, lebih-lebih lagi apabila orang yang dibelakang kontroversi 1MDB, Jho Low, sendiri telah berkata bersedia untuk bekerjasama terhadap sebarang siasatan?
Berdiam diri dan tiada tindakan dari Najib hanya akan membuatkan pengkritik 1MDB, termasuk Mahathir, akan menteruskan serangan mereka, sehingga satu ketika Najib akan bersendirian tanpa sokongan, walaupun beliau tidak bersalah selama ini.
Menariknya, blog Mahathir chede.cc telah digantung selepas beberapa jam entrinya mengenai 1MDB. Tiada siapa masih mengaku bertanggungjawab!
- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Dua-amaran-dalam-masa-seminggu-oleh-Dr-M-dan-ianya-boleh-menjadi-lebih-buruk-buat-PM#sthash.vWcY77O4.dpuf
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.