KUALA LUMPUR, 10 Mac:
Seramai 15 orang termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan dua Ahli Parlimen (MP) dari pakatan pembangkang membotakkan kepala dalam satu protes di perkarangan bangunan Parlimen hari ini sebagai simbolik menuntut pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Protes itu turut disertai ramai Ahli Parlimen pembangkang walaupun hanya segelintir daripada mereka yang membotakkan kepala.
“Kami buat ini adalah untuk memaklumkan kepada dunia bahawa ketua pembangkang perlu bebas dan juga perlu dibenarkan berada di dalam Parlimen.
“Beliau seharusnya tidak disekat untuk bersama di dalam Parlimen adalah kerana dia masih Ahli Parlimen dan juga Ketua Pembangkang yang sah,” kata Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul ketika ditemui semasa protes itu berlangsung.
Johari yang juga dilihat menyapu sisa rambut peserta protes yang dibotakkan berkata “saya akan simpan rambut ini sebagai bukti pengorbanan mereka.”
Protes ini bertujuan untuk memaklumkan kepada dunia bahawa Anwar perlu bebas dan juga perlu dibenarkan berada di dalam Parlimen. (Pix 2) – Foto TRP/Muhammad Arif Kartono
Katanya lagi, protes hari ini juga bertujuan meraih sokongan rakyat agar menandatangani petisyen menuntut pembebasan Anwar, dan petisyen tersebut akan diserahkan kepada Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.
Sebelum acara membotakkan kepala itu bermula, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dr Afif Bahardin membacakan kenyataan pakatan pembangkang meletakkan sasaran untuk mendapatkan antara 100 ke 200 ribu tandatangan untuk memohon pengampunan Anwar itu dalam masa dua minggu.
Antara yang kelihatan turut serta membotakkan kepala adalah Ahli Parlimen PAS Pasir Putih, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad, Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu, Jimmy Wong.
“Saya botakkan kepala untuk pembebasan Anwar dan juga bersihkan Sabah dari ‘sia’ (sial) sebab ada pendatang asing,” kata Jimmy sambil menambah beliau merasa bebas selepas membotakkan kepala.
Manakala ADUN yang turut hadir pada protes pagi dan membotakkan kepala masing-masing ialah ADUN PKR Machang Bubuk, Lee Kai Loon, ADUN PKR Semambu, Lee Chean Chung, serta ADUN PKR Simpang Pulai, Tan Kar Hing.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/03/10/mp-pembangkang-botakkan-kepala-simbolik-tuntut-kebebasan-anwar/#ixzz3TxBzNWXb

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.