Ia jelas menunjukkan pengaruh liberalisme sedang menular di Pulau Pinang, malah perkara ini dilihat semakin menjadi-jadi dalam kalangan anak muda.
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata tindakan seorang gadis Melayu bertudung memeluk seekor anjing ketika kempen ‘Be A Paw Walker’ yang diadakan di Penang Times Square jelas menunjukkan umat Islam di negeri itu dipengaruhi fahaman liberalisme.
“Walau bagaimanapun, saya belum pasti kesahihan gambar tersebut. Tetapi jika ia benar-benar berlaku, saya akui pengaruh liberalisme sedang menular di Pulau Pinang, malah perkara ini semakin menjadi-jadi,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Air Tawar berkata, kes gadis Melayu Islam memeluk anjing bukanlah kejadian terbaru menunjukkan mereka semakin bebas dan tidak menghormati pegangan agama Islam.
“Bukan sahaja kes memeluk anjing, malah ada kes yang mana budak-budak kita (beragama Islam) yang memakai salib, apabila ditanya, mereka menjawab tindakan tersebut merupakan trend dan fesyen terkini,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau menggesa, supaya Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan kerajaan negeri bangkit mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membanteras fahaman liberalisme daripada terus menular.
“MAINPP dan Kerajaan Negeri tidak boleh ambil enteng benda-benda sebegini, kerana ia melibatkan akidah dan pegangan Islam di negara kita,” katanya.
Program ‘Be A Paw Walker’ yang diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai penjagaan anjing liar sebagai haiwan peliharaan.
Program anjuran sekumpulan pelajar Diploma daripada Kolej Han Chiang itu turut mendapat kerjasama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ‘Save Our Strays.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.