Thursday, March 12, 2015

SPRM akan siasat 1MDB? Tak mungkinlah!

oleh Ng Kee Seng

SEKILAS PANDANG: Tolonglah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tiada siapa yang berfikiran waras percaya anda akan menyiasat dakwaan kejanggalan dan akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga Menteri Kewangan, adalah bos 1MDB! Dan SPRM akan siasat? Memang kelakar.


Kecualilah Najib tidak lagi menjadi PM dan Menteri Kewangan. Barulah mungkin, hanya mungkin, ada pihak yang akan dipertanggungjawabkan dalam isu ini.

The Star Online 9 Mac lalu melaporkan, SPRM akan menyiasat akaun 1MDB jika ada petanda berhubung kejanggalan dan salah laku yang melibatkan badan pelaburan strategik itu.

Jika SPRM benar-benar bebas dan bertaring – bukan seperti tanggapan ramai – jadi mengapa tunggu lagi dan berkata “jika”?

Mulakan sahaja siasatan dengan segera, seperti apa yang akan dilakukan terhadap pegawai dan politikus pembangkang. Walaupun hampir tiada apa-apa untuk disiasat, Teoh Beng Hock kehilangan nyawa ketika dalam jagaan SPRM enam tahun lalu.

Kini, dengan 1MDB yang menanggung hutang berjumlah RM42 bilion, dan pelbagai pendedahan dan dokumen yang menunjukkan urusniaga yang “dipersoalkan”, masih tiada siasatan?

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, SPRM akan menunggu laporan penuh daripada Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) sebelum mengambil apa-apa tindakan.


“Lihat kembali kenyataan kerajaan oleh Perdana Menteri. Audit akan masuk (dan siasat), periksa, dan mereka akan mengemukakan kepada PAC.

"Jika ada kes, mereka akan membawa perkara ini kepada badan penguatkuasaan undang-undang, SPRM," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer(Puspakom) di Shah Alam.

Rakyat Malaysia sudah bosan mendengar “cakap besar” daripada penjawat awam kanan yang “tidak bertaring”, cuba mengabsahkan kewujudan mereka dengan menunjukkan mereka berani bertindak tanpa takut dan pilih kasih.

Dalam isu 1MDB yang masih berterusan ini, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz memarahi 1MDB dan mengancam untuk mengambil tindakan.

Itu sahaja. Semuanya kata-kata tanpa tindakan terhadap badan itu. Dan 1MDB memerlukan tiga kali penangguhan untuk menyelesaikan hutang RM2 bilion dengan bank-bank komersial.

Dan kini, giliran Abu Kassim dan SPRM pula untuk berlakon bagi mengabsahkan kewujudannya.

Namun, apakah yang kita jangka akan dikatakan oleh Abu Kassim, ketika wartawan bertanyakan soalan itu? Adakah untuk bercakap benar, yang SPRM tidak berani untuk menyiasat 1MDB?

Abu Kassim patut tutup mulut sahaja, itu lebih baik untuk dirinya dan SPRM, bukan?

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/SPRM-akan-siasat-1MDB-Tak-mungkinlah#sthash.Uw279X83.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-