Sunday, April 26, 2015

Ahmad Maslan, bagaimana dengan 'alternatif' kepada GST ini?

oleh V Shuman
PANTAUAN GST: Jika saya menerima seringgit setiap kali Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan berkata sesuatu yang boleh dianggap tidak bijak, sudah tentu saya jutawan sekarang.

‘Budak Poster’ Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ini telah berkali-kali menjadi bahan jenaka, dengan kenyataan beliau terhadap “kelebihan” cukai itu.

Malang sekali (buat beliau), justifikasi “pointer 3.85” beliau dengan mudah sekali disangkal oleh rakyat Malaysia dari semua golongan, termasuklah pelajar senior.
Tanpa sebarang pengetahuan jelas, Maslan seringkali dihentam dalam media sosial (yang mana menjadi kegemaran ramai), sebagai “Menteri 3.85” kerana beliau pernah membuat tweet bahawa “Saya tak lah bodoh sangat. Ijazah pertama di Victoria University Wellington New Zeland. MBA di UKM pelajar terbaik daripada 177 orang, CGPA 3.65”.

Anda tahu wahai Ahmad - seseorang tidak perlu untuk memasuki universiti untuk menjadi bijak, dan tidak semua pelajar cemerlang di universiti itu bijak.

Terdapat genius yang tidak berpendidikan, dan si dungu yang berpendidikan.

Ingin tahu cubaan komedi terbaru Ahmad - meminta pengkritik GST untuk memberikan alternatif.

Laporan memetik beliau sedang melatih senapangnya kepada pembangkang, yang seringkali mengkritik GST.

Ahmad berkata “Jika pelaksanaan GST ditolak, saya mahu tahu alternatif yang pembangkang boleh persembahkan untuk membantu kesukaran rakyat, dan dalam masa yang sama, membangunkan negara.

“Sistem percukaian GST yang lebih baik dan sistematik berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang diguna pakai sebelum ini,” Bernama memetik timbalan menteri itu sebagai berkata.

Adakah Ahmad tidak menyedari sesuatu yang jelas? Seorang anak muda separuh dari umurnya boleh menyenaraikan perkara yang sedang tenat melanda negara dan jika ditangani, boleh meningkatkan negara ini secara drastik.

Jika Ahmad mahukan alternatif, jadi dengar ini.


Apa kata Putrajaya tangani korupsi yang menjejaskan negara dan merugikan billion ringgit setiap tahun?

Bagaimana dengan memotong perbelanjaan mewah oleh kerajaan - sebagai contoh, pembelian dan pengubahsuaian jet baru, pada saat sukar begini? Dalam nada yang sama, kenapa tidak hapuskan juga 1MDB dan juga dana dan syarikat yang membawa kerugian yang merugikan billion ringgit wang negara.

Apa kata potong pembaziran kerajaan yang diketengahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun? Ribuan atau jutaan ringgit, telah rugi, sementara rakyat disuruh supaya berjimat-cermat.

Bagaimana dengan meminta rakan sejawat beliau dalam Dewan Rakyat (dari kedua-dua pihak), supaya menunda daripada memberi diri mereka sendiri kenaikan gaji yang besar? Lagipun, gaji mereka diambil dari “peti khazanah” negara yang dipenuhi dengan wang pembayar cukai bukan?

Apa kata, kecilkan saiz Kabinet yang terlalu besar? Kenapa kita perlu punyai banyak menteri dalam satu portfolio? Pernah dengar pepatah “too many cooks spoil the broth”? (terlalu ramai orang yang terlibat dalam sesuatu tugas, akan menjejaskan hasilnya)

Oleh kerana anda juga tergolong dengan mereka, apa kata singkirkan budaya kronisme yang sinonim dengan Umno dan Barisan Nasional? Amalkan ketelusan apabila memberi kontrak dan anugerahkannya berdasarkan meri, dan bukan pilih kasih.

Dengan melakukan semua ini, atau setidak-tidaknya sesetangah darinya, seharusnya dapat menjimatkan berbilion ringgit wang negara bukan?


Jika anda dapat menjimatkan bilion ringgit dengan buat perkara yang sebetulnya, tiada keperluan lagi untuk melaksanakan GST. Betul?

Sudah cukupkah alternatif yang diberi wahai “Encik 3.85”, atau anda mahukan lebih lagi?

Wahai Encik Menteri GST, jika anda tidak boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian (kepada kesengsaraan rakyat sekarang), paling kurang yang anda boleh lakukan adalah jangan menjadi sebahagian dari masalah.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Ahmad-Maslan-bagaimana-dengan-alternatif-kepada-GST-ini#sthash.i5Na6Vu8.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-