Thursday, September 1, 2022

Lokman Adam didakwa hina PM, kerajaan

malaysiakini.com

Diterbitkan: Sep 1, 2022 12:35 PM
Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Lokman Noor Adam, 49, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap dua pertuduhan membuat dan memulakan hantaran jelik terhadap kerajaan dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Pertuduhan berkenaan adalah mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Mengikut kertas pertuduhan, Lokman didakwa membuat dan memulakan penghantaran jelik di sebuah restoran pada 22 Ogos lalu melalui aplikasi Facebook atas nama profil ‘Lokman Noor Adam Official’ dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Bagi pertuduhan kedua, Lokman didakwa membuat dan memulakan hantaran jelik pada 20 Ogos lalu dengan menggunakan akaun Facebook sama dan dibaca pada 24 Ogos lalu.

Bercakap kepada pemberita, hari ini, Lokman melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan kerajaan sekarang dan Ismail Sabri.

Ia sususulan selepas bekas perdana menteri, Najib Razak dipenjarakan 12 tahun berikutan keputusan mahkamah persekutuan mengekalkan sabitan ke atasnya berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International.

[Berita penuh menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-