Kegagalan mencapai wawasan 2020 adalah kegagalan perancangan kepimpinan negara membawa kemajuan kepada rakyat.
Ukuran pencapaian ini bukan hanya diukur daripada pendapatan perkapita rakyat yang jauh panggang dari api, bahkan ia turut mencerminkan kegagalan kerajaan menyediakan kemudahan asas kepada rakyat sebagaimana yang digembar-gemburkan dalam wawasan tersebut.
Sebenarnya Tun Dr Mahathir tidak perlu menyerang Najib atau sebelumnya Pak Lah, kerana dialah yang mencadangkan keduanya.
Kegagalannya adalah kegagalan mengemukan seorang PM yang berwibawa. Atau apakah ini sebagai isyarat bahawa BN khasnya Umno sudah tiada tokoh wibawa bagi menggalas tanggungjawab besar ini.
Mungkin Tun M sudah terbayang betapa kecewanya apabila "Deklarasi Wawasan 2020" yang akan dibaca pada saat yang bersejarah nanti. Kerana ia bukan lagi suatu gagasan kejayaan perancangan beliau sebaliknya ia adalah kemusnahan sabuah cita-cita bertukar menjadi igauan yang menakutkan. - HARAKAHDAILY 15/4/2015
TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Naib Presiden PAS
Pesuruhjaya PAS Pahang
15 April 2015
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.